omc 17 - gift

204 11 1
                                    

Di depan cermin dia mengelamun. Hari ini dia akan bertemu keluarga mertuanya setelah hampir 2 tahun tidak bertemu. Hati siapa yang boleh tenang setelah melakukan kekacauan. Ingin dia menolak pelawaan Jimin tempoh hari tapi itu bukan keputusan yang bijak.

Namun lambat laun nanti dia juga pasti akan berjumpa dengan keluarga mertuanya itu.

"mamma! "

Suara Minji sedikit mengejutkan Seulgi. Terus sahaja dia berpaling ke belakang. Minji sudah siap begitu juga Jimin. Kemas dan bergaya.

Seulgi dan Minji masing² mengenakan pakaian baru. Semasa dia menjejakkan kaki di rumah ini, pakaian dari atas hingga bawah, Jimin telah sediakan beberapa jenis pakaian khas untuk Seulgi dan Minji.

"sudah? "

"hm"

"khaja.. "

——

"Mama mandilah dulu.. " Jisoo mula merengek pada mamanya.

"kamu ni kenapaaa! "

"nanti Taeyong sampai awal macam mana? "

"apa kena mengena dengan Mama pula?  Taeyong tu nak jumpa kamu bukan Mama"

Jisoo kini berperang dengan Mamanya di dapur. Rancangan mereka akan  dijalankan pukul 9 nanti, dia perlu mengambil makanan dari luar untuk majlis keluarga tersebut. Puan Park yang mana kini sedang menyediakan pencuci mulut memberhentikan kerjanya saat Jisoo ingin mengambil alih tempatnya.

Kata Jisoo, Taeyong ingin datang ke rumah. Disebabkan itulah Puan Park menyediakan manisan. Sebaik melihat si ibu mula naik ke atas, Jisoo terus berlari ke ruang tamu, mengajak Si ayah yang mana juga sedang menunggu masa untuk menyiapkan rumah tersebut. Tidak lama itu,  Taeyong sampai tepat pada waktu dengan kek dan makanan segera.

Lilin disusun di setiap ruang, tidak lupa juga belon yang bergas. Sebaik sahaja siap segalanya, Jisoo mula mencapai telifonnya. Selain dari itu, ada yang lebih menarik.

——

"eo Noona...dalam erm, 5 minit lagi kami sampai..eo,  arraseo"

Seulgi hanya diam di sebelah Jimin. Sungguh dia gugup, jika tadi dia berasa tenang dengan suara gembira Minji yang dapat keluar, sekarang dia kembali gugup setelah Jimin mendapat panggilan dari Jisoo. Kepulangan dirinya  boleh menjadi kacau sekiranya ibu mertuanya itu marah padanya, hanya itu dia bimbangkan.

Minji yang mana duduk dalam kerusi bayi di belakang dari tadi tidak berhenti dari mengeluarkan suara terujanya. Kadang kala Jimin akan melayani gadis kecil itu di belakang. Entah bila Seulgi pun tidak tahu bila adanya kerusi bayi tersebut. Sampai sahaja di kereta, kerusi bayi tersebut sudah ada di belakang.

Semuanya baru bagi Seulgi, pasti ada saja yang dibeli oleh Jimin buat si kecil itu dan tidak lupa juga untuk dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semuanya baru bagi Seulgi, pasti ada saja yang dibeli oleh Jimin buat si kecil itu dan tidak lupa juga untuk dirinya. Beberapa hari lepas, Jimin memaksanya menerima satu credit card. Katanya Jimin itu duit atau lebih tepatnya nafkah bulanan semasa Seulgi menghilang, mahu tak mahu dia menerima selepas lelaki itu merayu. Tambahan pula, dia memang tidak mengajar kanak² mahupun pelajar sekolah semenjak duduk di rumah baru Jimin.

one more chance +pjmksgWhere stories live. Discover now