0

2.1K 133 35
                                    

Nafasnya tercungap-cungap. Dari celah lubang pintu loker di koridor kelas, dia melihat ke kiri dan kanan. Jantungnya berdebar hebat.

"Leon! Leon!!"

Suara pelajar perempuan bergema diikuti dengan berpuluh tapak kasut yang berlari ke arahnya. Mujur saja beberapa saat selepas itu, semua pelajar tadi telah melepasinya tanpa menyedari yang Leon sedang bersembunyi di dalam loker.

Selepas memastikan dirinya selamat, Leon keluar dari tempat persembunyiannya Baru sahaja dia hendak menghela nafas lega, lengannya ditarik oleh seseorang. Melihat perempuan yang tersenyum ke arahnya, Leon hampir menjerit namun mulutnya pantas ditekup.

"Leon, ni aku." suara lelaki yang dikenali oleh Leon keluar dari mulut perempuan dihadapannya.

"Lucas?!" hampir tercabut jantung Leon. Kenapa sepupunya itu memakai pakaian perempuan?! Paling penting, dia nampak macam perempuan! Kalau bukan sebab suaranya yang masih sama macam lelaki, Leon dah lama tampar sepupunya itu.

"Hehe. Terkejut? Aku dah balik!" Lucas mengangguk sebelum memeluk Leon.

Sudah lama mereka berdua tidak bertemu. Kali terakhir pertemuan mereka adalah sepuluh tahun yang lalu dimana mereka berumur enam tahun. Kemudian, ibubapa Lucas berpindah ke luar negara disebabkan kerja. Mereka yang memang kawan baik sejak bayi terpaksa berpisah.

"Apa kau buat dekat sekolah aku?" soal Leon, sambil itu dia masih melihat sekeliling, takut ternampak oleh orang yang lalu lalang.

"Hm? Aku akan daftar ke sini nanti. Jadi aku datang nak melawat. Kenapa kau dalam loker?" soal Lucas sambil menunjuk ke arah loker tempat Leon bersembunyi tadi.

"Hahh.." Leon mengurut dahi. Mengeluh panjang dia.

"Hm.. Sejak kecil sampai sekarang masih dikejar ramai perempuan. Cemburunya aku." Lucas mencebik. Terus faham dengan apa yang baru saja berlaku.

"Lucas.. Aku nak balik rumah." beritahu Leon sebelum cepat-cepat dia menyorok dibelakang Lucas dan ditolak sepupunya itu supaya berjalan.

"Hm, jadi sekarang aku jadi tembok penghalang untuk kau?" Lucas tersengih.

"Berhenti Hm, Hm dengan aku. Dari dulu sampai sekarang tak berubah! Cuma rupa kau yang berubah!" marah Leon. Sakit hati betul dia dengar gaya Lucas bercakap.

"Hm? Cantik tak aku? Cantik?" soal Lucas.

"Diamlah." balas Leon tanpa perasaan. Tak dinafikan, Lucas sangat cantik walaupun dia seorang lelaki. Menakutkan.

Lucas ketawa. Dia akhirnya berjaya membawa Leon pulang ke rumah dengan selamat. Nasiblah pemandunya yang menanti dihadapan sekolah masih belum pulang. Leon dan Lucas dibawa ke rumah utama keluarga Zvein.

Ini pertemuan semula dua orang kawan baik. Leon Zvein dan Lucas Zvein.

"Selamat pulang, Tuan Muda Lucas dan.." pembantu rumah terdiam saat matanya memandang Leon.

"Shh! Jangan beritahu mama dan papa!" Leon memberi amaran.

"Tuan Muda Leon, ponteng sekolah adalah satu kesalahan." pembantu rumah itu menahan Leon dihadapan pintu.

"Hm? Leon tak sihat." Lucas memberi alasan dan menarik Leon masuk bersama dengannya.

"Sakit? Tuan Muda Leon nampak sihat saja." pembantu rumah itu menjongket sebelah kening.

"Uhuk, uhuk.." cepat-cepat Leon berlagak batuk.

"Hm? Tengok, dia tak sihat." Lucas tersengih lantas berlari naik ke bilik mereka di tingkat atas bersama dengan Leon.

Pembantu rumah itu menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. Tuan Muda Lucas baru saja balik dari luar negara pagi tadi namun sekejap saja mereka sudah rapat macam dahulu kala. Umpama sepuluh tahun perpisahan tidak pernah berlaku.

Vanilla Blue [Revised Ver]Where stories live. Discover now