Dalam perjalan balik, sempat Hakimi berhenti di jalan sunyi. Mata aku ditutup menggunakan kain hitam,tangan aku diikat sebelum aku dipaksa berbaring di belakang dan mendiamkan diri.
"Kau sini!"
Rambut aku ditarik kasar. Tahu-tahu sahaja aku dah sampai di tempat aku. Tubuh aku dicampak kasar, kain dari mataku ditarik kasar. Muka Hakimi bengis. Riak mukanya sahaja sudah menggambarkan perasaan marah yang terbuku di hatinya sejak peristiwa yang berlaku di mall tadi.
"Kau memang jahanam kan betina?! Kau berani buat hal lagi eh?! "
Tangan kanannya dikepal.
Bunyi retakan tulang dari jari-jemarinya jelas kedengaran sebelum..
Dush!!
"Amik kau!! Tu balasannya! Kau tak pernah nak bersyukur dapat orang macam aku ni, lain kali dengar cakap aku. Bila aku cakap jangan,maknanya jangan. Bila aku cakap ya,maknanya ya! Otak tu,jangan pernah letak dekat lutut! Kau dengan dia,sama jahanam!"
Bam!
Perlahan-lahan mata aku buka.
Auch!
Bangun sahaja,automatik tangan aku memegang kepala. Kali terakhir yang aku ingat cuma Hakimi mengenggam suatu objek sebelum menghentak kepala aku. Mungkin itu yang membuatkan aku pengsan.
Mamat tak guna! Bentak aku dalam hati.
Aku bangkit perlahan dari tempat aku pengsan. Perutku berkeroncong memainkan lagu menandakan betapa laparnya aku.
"Aduh,laparnya. Kena pukul satu hal, lapar satu hal, Hakimi si manusia jahanam"
Aku membebel seorang. Kepala aku toleh kiri kanan,yelah,mana tahu Hakimi adq tinggalkan makanan untuk aku jamah.
"Tak guna,satu makanan pun tak ada"
Sempat aku menyumpah Hakimi dalam hati, sedang aku berusaha memegang kepala aku yang ligat berdenyut, mata aku sempat menangkap kelibat objek di tepi tempat aku pengsan.
Peti?
****
"Unknown224"Nia ligat berfikir. Padanya,mungkin pengguna akaun misteri itu ada kaitan dengan kehilangan rakan baiknya, Yana.
"Ish,tak boleh jadi ni"
Instagram dibuka pantas sebelum nama akaun "Unknown224" di search.
0 post | 0 followers | 1 following.
Following tak lain tak bukan @puteridayana_ (cuma rekaan,kalau ada di ig,itu kebetulan 😂)
Muka Nia berkerut. Pelik. Otak Nia pantas berfikir untuk mengingati details cerita yang pernah diceritakan Dayana kepadanya.
"Takde post, followers pun takde. So mesti lah Yana tak kenal. But how can someone boleh terfikir nak bagi video bukan-bukan dekat Yana? If stranger pun, takkan bagi video pelik-pelik macam tu,haih"
Nia mengeluh perlahan. Galeri di telefon pintarnya dibuka. Gambarnya bersama Nia ditatap lama.
"Yana, aku rindu kau. Kali ni serious,aku tak tipu"
Bibirnya mengukir senyuman. Rindu dengan kenangan mereka bersama.
"Nia! Dah siap belum? nanti lambat karang nak ke sekolah"
"Ya ma, dah siap dah,nanti Nia datang"
Air mata diseka pantas.
"Seperti yang kita tahu, usaha pencarian rakan sekola kita, Puteri Dayana masih tiada hasil. Jadi, saya di sini menasihati kepada semua yang lain, jaga keselamatan anda ya, pastikan ada yang dapat mengawasi selalu. Mari kita sama-sama menadah tangan membaca Al-Fatihah dan berdoa agar usaha pencarian rakan sekolah kita akan dipermudahkan"
"Entah-entah kan weh,Nia tu ikut lelaki popular mana entah dari insta, yelah,dia tu kan popular,mana lah tahu tiba-tiba dia ada niat nak jadi liar,lagipun aku ada dengar-dengar yang dia tu ada masalah family,so tak hairanlah kan?"
Kata-kata 'panas' itu diakhiri dengan gelak ketawa yang kejam.
"Hoi! Kau kalau tak tahu apa-apa cerita, kau boleh amik stapler ,ketip mulut kau tu biar diam. Takut-takut nanti jatuh fitnah tahu tak? Kau kenal pun tak, senang-senang nak tuduh,fitnah orang lain"
"Sabar Nia,sabar. Manusia memang suka menghukum, kita ni doakan je yang terbaik untuk Yana eh?"
Belakang Nia diusap perlahan oleh rakan sekelasnya. Laju air matanya mengalir. Sumpah dia tak tahan dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan oleh orang sekelilingnya. Kalau lah dia boleh tutup mulut orang lain, dah lama dia buat.
"Yana,aku minta maaf. Aku kawan yang jahat. Aku harap sangat dapat bantu kau tapi aku tak dapat bantu".
***
Peti di tepi pantas aku kutip. Peti itu sudahpun berlumuran dengan darah. Mungkin objek ini lah yang Hakimi gunakan untuk menghentak kepala akiu. Aku menggoncang peti itu .
Ketak!
Eh! Ada bunyi lah! Aku berteriak teruja dalam hati.
Aku menggoncang sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Aku cuba untuk membuka peti itu.
"Ugh! Ketat! Takguna!"
Cepat-cepat aku capai pin rambut aku sebelum aku cuba mencungkil peti itu.
"Cepatlah buka!"
Setelah berkali-kali aku cuba menggunakan pen,pin untuk membuka peti itu,akhirnya usaha utu membuahkan hasil, peti itu berjaya terbuka sedikit.
Pang!
Aku menghempas peti itu ke lantai, bertaburan isi di dalamnya.
Gambar Polaroid dari dalam peti itu aku capai. Gambar Hakimi dan seorang wanita yang berkulit putih kemerah-merahan jelas kelihatan di gambar itu. Wanita itu memang agak seiras dengan aku. Mata dan mulutnya memang agak seiras, aku tak nafikan. Gambar itu aku pusingkan ke belakang. Tulisan di belakangnya aku baca perlahan
-Nur Ain Syafinaz Binti Hilmi-
-8 Dec 2016-* 2 minggu sebelum our big day. I'm looking forward to spend my whole life with you*
-kimi-Sebentuk cincin juga aku capai. Cincin itu berukiran bunga ros di atasnya. Cincin itu mempunyai ukiran nama Hakimi di sekelilingnya. Mungkin ini cincin milik perempuan di dalam gambar itu tadi.
Bunyi dari pintu mengejutkan aku. Cepat-cepat aku menyembunyikan peti dan isinya di celah-celah lipatan baju aku.
"Sayang,abang bawa makanan ni, jom makan makanan ni dengan abang"
Aku segera berlakon seolah tiada apa.
"Kenapa muka nampak takut, pucat ni. Saya minta maaf ya, tak berniat nak pukul , saya marah sangat tadi, awak pun janganlah buat lagi,awak pun tahu,saya taknak kehilangan awak kan?"
Rambutku diusap perlahan. Aku tersenyum tawar sambil menjamah makanan perlahan. Otakku pula,ligat berfikir mengenai peti yang aku baru jumpa tadi. Semoga peti itu dapat tolong aku selesaikan persoalan dalam fikiran aku.
***
"Abang! Baca lah buku diari Yana ni!"Pantas Puan Maziah turun lalu menuju ke biliknya. Buku yang dijumpainya tadi dihulurkan kepada suaminya. Semoga isi di dalamnya dapat membantu pencarian anaknya sedikit. Dia menjadi bertambah bersalah. Kalaulah dia dapat tahu yang Dayana diganggu lebih awal,sudah pasti perkara buruk ini terjadi.
To be continued..
YOU ARE READING
PSIKOPAT
Mystery / ThrillerPuteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tida...