Puteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup membuatkan dia kesunyian. Tindakan kurang bijaknya yang memberi nombor telefon kepada lelaki yang tidak dikenali sebagai tanda pengenalan membawa padah apabila lelaki itu kemudian mempunyai obsesi dan niat jahat kepadanya.