Chapter | 29

5.2K 270 4
                                    

TAHNIAH! Puan telah mengandung 2 bulan...!

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Layakkah panggilan 'puan' untuk dirinya? Badan disandarkan pada katil. Bosan. Entah bila boleh keluar melihat flora dan fauna semula. Asyik terperuk dalam rumah sahaja. Haih. Sakit kepala. Semua rasa bercampur. Marah. Geram. Takut. Sedih. Gembira?

Mimi menolak dedaun pintu dengan perlahan sambil menatang sarapan untuk Sarah.

"Babe, aku bawa English breakfast ni. Makan tau. Kesian baby tu. Sudah lah semalam tak makan apa-apa. " dulang itu diletakkan di atas meja kecil, bersebelahan dengan katil Sarah.

Sarah hanya memerhati. Entah apa yang dia patut rasa sekarang ni. Dia memegang perutnya. Betul ke dalam ni ada baby? Ada nyawa yang hidup dalam rahim aku? Sungguh. Tak. Percaya.

Melihat Sarah yang hanya memilih untuk mendiamkan diri, Mimi terus pergi dari situ. Tak boleh jadi ni. Takkan nak biarkan Sarah terus murung. Apa yang harus aku lakukan?

~~~

Azra! Sini!

Daniel melaung memanggil Azra yang sedang rancak berbual dengan kru lain. Terkedek-kedek dia berjalan mendapatkan captainnya itu.

"Yes, captain? " gulp. Janganlah dia tanya pasal hal tu. Tolong.

"You... Ada apa-apa dengan Irfan ke? "

"Er... t...ak mana ada! I pun terkejut dengan apa yang jadi hari itu. "

Keadaan jeda seketika.

"T...api... "

Attention to all crew, please make a preparation for the next trip, thank you.

"Er, I think we should go know. See you later, captain. " Azra terus membuka langkah meninggalkan Daniel di situ. Fuh. Nasib baik. Lega. Nyaris-nyaris sahaja.

Oh, pandai kau mengelak ya. Nampak sangat memang ada 'apa-apa' yang berlaku. Aku akan siasat...

BATRISYIA menanti kepulangan Irfan di KLIA itu. Setiap minit, pasti dia akan menilik jam tangannya. Excited nak jemput future husband? Of course lah! 3 hari tu, rasa macam 3 tahun. Ni belum berpisah seminggu, sudah diasak perasaan rindu. Kejap, nampak macam desperate sangat ke? Ah, suka hatilah bakal laki aku. Dititipkan senyuman manis seketika. Rindunya terhadap sang pangeran sudah mengatasi gunung.

Pesawat A139 sudah pun selamat tiba. Dilihatnya ramai pelancong Malaysia dan ada juga yang dari luar negara sedang melalui pintu gerbang itu. Alhamdulillah, mereka selamat tiba. Dia memanjangkan leher mencari si pengubat rindu. Mana dia?

Gedebuk!

Auch.

"Alamak! Sorry miss saya tak sengaja! " lelaki itu cepat-cepat mengangkat semula bagasinya yang jatuh. Dia menghulurkan tangannya ke arah Batrisyia.

"It's ok...ay... " terkedu dia dibuatnya. M.U.K.H.L.I.S?! Seriously?! Tak tahu nak sambut atau tidak.

Bat? Kecilnya dunia ni!

"Bat? Memang nak terus duduk dekat lantai ke? " ucap Mukhlis, loyar buruk. Dengan pantas dia menarik tangan Batrisyia. Sempat dia perhatikan kesemua jari wanita itu. Fuh, nasib baik kosong lagi.

Batrisyia menghantar jelingan tajam ke arah Mukhlis.

"Bat, shall we have a talk? Well dah lama kan kita tak jumpa? "

"Er, takpe lah. Saya tunggu orang dekat sini. "

"Tapi... " kejap, dia tunggu siapa sebenarnya ni? Belum sempat dia berkata, Batrisyia telah pun membuka langkah menuju ke arah lelaki yang sedang berpakaian lengkap seperti seorang pilot. Macam tak pernah nampak lelaki itu. Siapa dia?

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now