Chapter | 33

5.6K 263 5
                                    

WANNA hear some bed time stories?

"Dahlah Azra, tolonglah lepaskan aku. Aku dah penat dengan permainan kau ni. "

Pintaan Batrisyia dibalas dengan tawaan berdekah. Terkekek-kekek dibuatnya. Entah apa yang lawak.

"Penat? Pfftt. Ni baru permulaan hidup kau, tak guna. " dart dibaling tepat ke arah gambar mukanya. Memang dasar psiko perempuan ni.

"Pada suatu hari... Ada seorang perempuan cantik ni, hidup dia sangat bahagia bersama lelaki yang dicintai. Suatu hari, tiba-tiba ade perempuan hodoh ni, RAMPAS! Lelaki tu dari perempuan cantik tu. Biadap bukan? Sejak dari hari tu, perempuan cantik tu, rasa sedih sangat-sangat. Kesian kan dia? Huhu, sad life. "

Okay, perempuan ni memang gila. Apa patut aku buat ni? Nak lari, macam takde harapan, nak tunggu orang selamatkan... Agaknya aku yang mati dulu nanti.

"Baaaaaaaaat... " suara garau itu membisik halus dekat telinganya.

Siapa bodoh main bisik-bisik ni?! Sudahlah matanya tiba-tiba 'digelapkan' dengan penutup mata. Kepala otak dia! Permainan apa ni?! Dia mengepalkan penumbuk kecil di belakang badan.

Lagu You In Me dimainkan melalui kaset. Batrisyia menelan air liurnya yang kesat. Peluh mula menyelubungi lehernya. Terketar-ketar tubuhnya tiba-tiba apabila merasakan ada 'sesuatu' sedang menyentuhnya dengan perlahan. Berkali-kali dia menyeru nama papanya dan Irfan. Dengan mulut yang terketar-ketar. Mengharapkan bantuan tiba dengan segera.

Sementara itu, Doktor Azlan masih menunggu anak bujang itu sedar. Fikirannya runsing sekali lagi. Apa yang patut dia lakukan? Sudah 2 hari Batrisyia hilang. Irfan pula masih belum sedarkan diri. Haih. Dia mengeluh berat.

"Tolong beritahu saya jika pesakit ni sudah sedar. Saya balik dulu ya? " Doktor Azlan pamit. Nurse yang bertugas ketika itu hanya mengangguk.

~~~

Auw!!! Sakitnya!!!

"Eh, Aina kenapa ni?! " makcik Hana berlari mendapatkan dirinya.

Aina menunjukkan jarinya yang sudah dilitupi dengan cecair merah pekat. Hatinya berdebar. Kenapa dia rasa tak sedap hati?

"Hakim! Cepat pergi ambilkan first aid! "

"Ah? Oh, kejap ibu! "

Kotak putih kecil itu dihulurkan pada ibunya. Dia memandang Aina yang hanya termenung, termenung jauh.

"Aina, lain kali hati-hati ya. Nasib baik luka kecil saja ni. " well, memang tidak boleh dinafikan sifat keibuan dalam setiap wanita bukan?

Aina hanya mengangguk.

Makcik Hana beredar dari situ. Ingin menyambung tugasnya yang terbengkalai barangkali. Hakim berdehem sambil memandang Aina.

"Okay tak jari tu? " dia menggosok hidung mancungnya. Saja nak hilangkan awkward.

"Oh, okay je. Alah sikit je ni... Nanti eloklah dia. " okay, aku awkward pula... Macam mana ni! Mahu saja dia menampar dahinya itu.  

Masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri. Dah tak tahu nak bual apa lagi.

Bunyi deringan telefon milik Hakim menyelamatkan keadaan. Aina melepaskan nafas kelegaan. Entah kenapa dia tidak pernah rasa berdebar teruk macam ni.  Haish!

Hakim beredar ke kawasan yang lebih selamat. Skrin telefon dibelek. Haish! Perempuan ni memang suka ganggu life aku ke?! Eiiii!!

"Kau nak apa lagi perempuan?! "

Psikologi Cinta ✓ Where stories live. Discover now