Tahajjud

162 10 2
                                    

Tips Menjaga Tahajud :

1. Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan minta," Ya Allah, tolong kejutkan hamba bangun Tahajud."

2. Minum air sebanyaknya.

3. Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal,

4. Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak anak keluarga kita bangun Tahajud sekali. SubhanaAllah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajud.

5. Selepas solat maghrib, ceritakan kisah kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi s.a.w di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6. Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7. Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat
.
8. Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajud.

9. Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajud pula tu. Allah.

10. Buat geng/group Tahajud. Sekumpulan kawan whatsapp/fb apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan. Saling bangun untuk ingat Allah bersama.

11. Mula uruskan masa. Urus masa kita sebaiknya. Pastikan masa kerja atau bisnes kita tidak menggangu waktu kita bersendirian dengan Rabbal Allamin. Kalau terganggu, ternyata saya khuatir kita lupa bahawa yang bagi kerja, bisnes, untung rugi itu sendiri adalah Allah yang bagi.

12. Mulakan tahajud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

In shaa Allah. Semoga bermanfaat. 

Dakwah 🌸Where stories live. Discover now