Prolog

37 2 0
                                    

                                            Kata Hikayat:

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal hal yang ingin kamu lakukan.

Pintu dewan gelanggang dibuka seseorang. Satu detapan kaki kedengaran melangkah masuk ke dalam,mencuri perhatian Apy Elina yang baru sahaja ingin mencatat sesuatu pada Hikayat Cinta. Bayangan seorang remaja lelaki kelihatan. Melangkah masuk ke dalam. Tanpa disedari,bibirnya terukir satu senyuman.

Perlahan lahan Apy Elina mengangkat punggung. Hikayat Cinta yang selalu menemaninya dilektak di tepi. Dengan berhati hati dia menagatur langkah,turun ke gelanggang bola keranjang untuk berhadapan dengan remaja lelaki yang tinggi lampai dan berbadan tegap seperti seorang atlet itu.

'Adam Alexander,sudah lama aku tunggu saat ini. Kau mungkin tak kenal aku tapi aku kenal kau dan aku masih ingat lagi kejadian di gelanggang bola keranjang tempoh hari. Benarlah kata pepatah Melayu, kalau ada jodoh takkan ke mana. Ah,kita memang dijodohkan untuk saling balas dendam'

Detak hati Apy Elina .

Pandangan mata Apy Elina masih lagi tidak terlepas daripada memandang tepat wajah anak kacukan Melayu-Cina di hadapannya itu. Walaupun hakikatnya jantungnya berdebar debar apabila berhadapan dengan orang kental seperti Adam Alexander, tetapi sebenarnya dia gembira kerana dapat berhadapan dengan manusia yang pernah mencari pasal dengannya itu.

"Show me what you got" Alex melempar sebuah bola jingga ke arah Apy Elina.

Apy Elina menyambut bola itu dengan kemas. Perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman lebar sekali lagi manakala mata masih tajam memandang ke arah Adam Alexander. Peperangan baru saja bermula....Adam Alexander!


Hikayat Cinta (SLOW UPDATE)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora