02

15 2 0
                                    

Headphone ditekap di telinga. Muzik rancak yang berkumandang di telinga langsung tidak menggangu konsentrasi Adam Alexander dalam memerhati rakan rakannya berlatih bermain bola keranjang di dewan gelanggang. Sebaliknya dia masih lagi dapat mendengar bunyi bola keranjang dan kasut kasut pemain pasukannya menyentuh lantai gelanggang. Setiap pergerakkan mereka tidak terlepas daripada pandangan matanya.

"Mulai hari ni,aku nak letak jawatan!" ujar Encik Annas dengan lantang.

Namun suara lantangnya itu langsung tidak dipedulikan Adam Alexander yang masih menutup telinga dengan headphone.

Suara lantang Encik Annas bukan sahaja  membuatkan dewan gelanggang bola keranjang itu bergema tetapi juga bertindak seperti alat menghentikan bunyi bunyian. Suasan di dewan itu bertukar menjadi sunyi sepi. Tiada lagikedengaran bunyi kasut menyentuh lantai atau bola keranjang men-yentuh lantai.Malah,semua pemian pasukan yang diberi nama  The Legend itu saling berpandangan.

Adam Alexander masih tenang seperti selalu. Bukan sekali dua dia mendengar jeritan Encik Annas,jurulatih The Legend,menjerit memarahinya. Sejak Encik Annas dilantik menjadi jurulatih The Legend tiga bulan yang lalu,sejak itulah perangnya dengan Encik Annas bermula.

"Jadi? Apa tunggu lagi?" tanya Adam Alexander yang lebih selesa dengan panggilan Alex kepada Encik Annas.

Headphone di telinga tadi ditanggalkan dan disangkut pada leher. Dia memandang Encik Annas dengan wajah yang angkuh.

"Kau..kau.." Suara Encik Annas tergetar getar menahan marah.

"Kau jangan ingat aku takut. Suatu hari nanti aku akan pastikan.."

"Rinazila."potong Alex sambil menjeling seorang gadis bertudung putih yang berdiri di tepi gelanggang.

"Uruskan peletakkan jawatan Encik Annas dan pastikan dia tinggalkan Universiti Lagenda hari ni juga." 

Alex memandang tepat wajah Encik Annas yang kini menjadi bekas jurulatihnya.

"Kau.." Encik Annas seakan akan ingin menumbuk Alex tetapi pandangan mata Alex yang tajam membantutkan pergerakkannya.

"Aku dah cakap dari awal lagi,kau memang tak layak jadi jurulatih."

Alex tersenyum sinis.

-----

"Bagus! Masuk kali ni dah sembilan orang jurulatih yang letak jawatan dalam masa dua tahun. Dan satu lagi rekod yang paling hebat telah dicipta oleh Encik Annas yang hanya 3 bulan berkhidmat."

Rinazila menyuarakan ketidakpuasan hatinya sejurus Encik Annas meninggalkan dewan gelanggang dengan marah.

"Tiga bulan? Kenapa aku rasa macam tahun saja?" tanya salah seorang pemain The Legend.

Satu jelingan tajam dihadiahkan oleh Rinazila. Menyedari pandangan Rinazila yang bagaikan singa betina sedang kelaparan,lantas pemain yang bernama Khairul itu memberi isyarat mengunci mulut. Menyedari isyarat dari Khairul,Rinazila kembali memandang Alex.

"Kau tau tak,bila kau buat perangai macam ni,secara tak langsung kau dah menyusahkan semua orang dalam pasukan ni. Ya. Aku tahu,kau ada hak dalam pasukan ni. Bukan saja hak sebagai kapten pasukan tapi hak kau sebagai pewaris Empayar Alexander yang memiliki Universiti Lagenda ni,tapi itu tak bermakna kau boleh buat apa saja hingga menyusahkan orang lain!" Bagaikan bom meletup Rinazila memarahi Alex.

"Relaks,Rina." 

Azhar cuba mententeramkan RInazila selaku setiausaha pasukan The Legend.

"Relaks? Kau suruh aku relaks? Macam mana aku nak relaks kalau asyik asyik timbul masalah yang sama?"

Rinazila membidas Azhar dengan kemarahannya.

Sama seperti Khairul,mulut Azhar juga terkunci.Jikalau Encik Annas menganggap Alex adalah orang yang menakutkan tetapi bagi pemain The Legend,Rinazila ialah orang yang paling menakutkan. Hal ini kerana apabila Rinazila marah,tiada siapa yang boleh redakan api kemarahannya.

"Izwan,apa pendapat kau?" Rinazila memandang lelaki tinggi lampai itu.

"Err...kita tak boleh nak buat apa.Encik Annas sendiri yang letak jawatan,jadi tak guna kita pujuk dia untuk kembali sebagai jurulatih The Legend." Izwan memberi pendapat.

"Jadi,maksud aku kena bersiap sedia dengan ketepikan semua assignment aku,turun naik pejabat Dato' Azrina untuk dapatkan persetujuan dia,buat iklan jawatan kosong,adakan sesi temu duga untuk cari jurulatih baru dan laporan temu duga untuk Dato' Azrina memilih jawatan The Legend...lagi?"

"Rina.." Alex mula bersuara.

"Ah,tak guna kau cuba pujuk aku lagi. Ya. Sebagai seorang setiausaha kelab dan sebagai orang suruhan kau,aku akan jalankan tugas aku. Jangan risau, aku akan cari jurulatih yang benar benar ada nafsu gay supaya kau orang terpikat dengan jurulatih baru ni sehingga kau orang semua tak akan terima surat perletakkan jawatan jurulatih seterusnya kelak. Aku pergi dulu."

Rinazila sengaja tidak mahu mendengar penjelasan Alex. Baru dia hendak melangkah,kakinya terhenti apabila melihat kehadiran seorang pemuda yang berpakaian segak dan tampan mengatur langkah menghampiri mereka. Terus bibirnya mengukirkan senyuman ke arah lelaki yang berusia lewat 20-an itu.

"Encik Hazrul,tepat pada masanya." ujar Rinazila dengan mesra kepada penasihat kelab,merangkap abang angkat Adam Alexander yang angkuh lagi sombong itu.

"Apa dah berlaku? Tadi saya terserempak dengan Encik Annas dan dia seperti tidak seceria selalu.

"Jangan beritahu saya Encik Annas juga menyerahkan satu sampul surat seperti yang dilakukan oleh bekas bekas jurulatih yang lain?" Hazrul mengerling adik angkatnya.

"Bukan tu saja. Encik Annas menjerit. Mulai hari ni, aku nak letak jawatan! Sampai bergema dewan ni."

"Kenapa boleh jadi macam ni?" Hazrul inginkan penjelasan.

Masing masing membisu,begitu juga dengan Alex. Rinazila pula awal awal lagi sudah memberi isyarat tidak mahu menjawab pertanyaan itu.

"Takkan orang yang bertanggungjawab pun hilang kata kata?" sindir Hazrul.

"Alex?"

"Tak ada apa nak dibincangkan lagi."jawab Alex tenang. Dia kemudiannya memandang Rinazila.

"Rina,uruskan hal Encik Annas dan siap sedia dengan iklan jawatan kosong. Pasal naik turun pejabat orang tua tu,nanti aku uruskan."

"Alex." panggil Hazrul. 

Tetapi Alex bertindak meninggalkan dewan gelanggang.

"Budak ni.." Hazrul mengeluh tidak puas hati dengan perangai Alex.

"Kenapa tak ada seorang pun berani menjinakkan Alex yang angkuh itu?" Rinazila menggeleng kepala perlahan.

"Ada." 

Semua mata memandang Izwan.

"Siapa?" 

Pantas Rinazila bertanya,

"Dulu..hanya dia seorang saja yang boleh jinakkan Alex." jawab Izwan meninggalkan seribu tanda tanya.

Hikayat Cinta (SLOW UPDATE)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें