04

23 3 0
                                    

Apy Elina berjalan terjengket-jengket meredah padang yang lecak itu. Dengan bantuan lampu jalan, dia dapat melihat lecak lecak pada padang bola sepak sekali gus membantunya mencari laluan yang bebas daripada lecak.

"Salah satu sebab kenapa aku benci sangat dengan bola sepak adalah padang bola sepak yang banyak lumpur lepas hujan. Lecak sana sini. Bila sepak bola dalam lecak,habis satu badan kotor."

Apy Elina bercakap sendirian.

Dia yang ingin ke gelanggang bola keranjang,cuba menggembirakan hatinya dengan bercakap sendirian,seolah olah ada orang menemaninya pada saat ini. Selalunya apabila dia keseorangan ,dia akan bercakap sendirian dan melayan karenah hatinya supaya dia tidak rasa bersendiri.

"Tak tahu nak pergi mana dan tak tahu nak buat apa. Aku harap,dapat main bola keranjang. Tapi tak ada pula bola keranjang. Kalaulah tuhan makbulkan doa aku dan turunkan sebuah bola keranjang dari langit,bukankah bagus." 

Apy Elina mengeluh sambil masih memandang padang basah itu.

"Hati hati!"

Tiba tiba dia dikejutkan dengan satu  suara lantang. Lantas dia berpaling ke hadapan dan melihat dua orang lelaki di gelanggang bola keranjang. Entah bila mereka ada disana,dia pun tak pasti. Kemudian,dia ternampak sesuatu berwarna jingga yang datang ke arahnya dari atas langit. Apy Elina memandang objek itu tanpa berkelip dan seketika kemudian barulah dia menyedari bahawa itu ialah bola keranjang!

'Bola jatuh dari langit. Tuah!'

Hanya beberapa meter,bola bergerak laju hampir mengenainya. Hajat di hati ingin menangkap bola itu,tetapi dia mula berasa sesuatu yang tidak kena dan mengambil keputusan drastik! Bukan tuah tapi bahaya! Lari!

Akan tetapi,dia berlari ke arah yang salah. Bola jingga tadi melantun di hadapannya,menyebabkan dia terperanjat dan terpijak bola itu. Serta merta badannya hilang kawalan dan tanpa sempat membuat apa apa,Apy Elina jatuh tersembam ke tanah. Lebih teruk lagi dia termandi air lecak. Pengajaran daripada kejadian ni jangan sesekali minta benda yang bukan bukan pada waktu malam dan di tempat yang sunyi!

-----

"Bodoh." Alex yang melihat dari jauh tidak langsung berasa bersalah atas apa yang berlaku,tetapi menggangapnya sebagai satu kejadian bodoh yang pernah dilihat. Baginya,perempuan yang tidak diketahui asal usulnya itu,boleh mengelak daripada dihentam bola.

"Tengok apa kau dah buat?"

Hazrul menggelengkan kepalanya.

"Aku taknak dengar kau berleter" ujar Alex sebelum mengorak langkah meninggalkan gelanggang bola keranjang.

"Kau nak pergi mana?"

"Balik."

"Habis,perempuan tu.."

"Kau kan baik hati,kau selesaikanlah." jawab Alex selamba.

"Alex!"

Langkahnya mati. Dia lantas memusingkan badannya. Namun, tidak sempat dia hendak berkata apa apa,dia terlihat sebuah  bola jingga melyang dengan laju dan menghentam dahinya. Berpinar kepalanya sebentar sehingga memaksanya terduduk menahan kesakitan.

"Kau tak apa apa ke?"

Tiada jawapan daripadanya buat seketika.Selepas beberapa minit,sakit yang ditanggung nya tadi semakin menghilang. Namun,ketika kesakitan itu hilang,barannya pula menerjah keluar.

"Tak guna! Siapa yang berani hentam kepala aku dengan bola?!" jerit Alex tidak dapat menahan kemarahannya.

"Aku!"

Alex yang sudah berdiri berpaling ke arah satu suara di belakangnya itu. Suara seorang perempuan yang seluruh badannya dikotori lumpur melangkah pantas ke arahnya. Dia tidak dapat mengecam wajah perempuan itu kerana hampir separuh wajahnya masih dipenuhi lumpur.Namun,wajah tidak penting baginya sekarang. Yang penting ialah balas balik tidak kira lelaki perempuan,dia tidak mudah melepaskan orang yang sengaja mencari gaduh dengannya.

"Itulah balasannya apabila kau gunakan bola keranjang untuk cederakan orang." Apy Elina tersenyum puas.

"Hei,kau yang bodoh sangat pergi lari tu apasal?"

"Oh nak salahkan aku pulak. Kalau kau tak lepaskan bola tu, bola tu takkan melayang kat aku dan aku takkan terjatuh dalam lumpur! Itupun nasib baiklah terjatuh dalam lumpur. Kalau aku terjatuh dalam paya,macam mana?!" Apy Elina tidak mahu mengaku kalah.

"Mak cik, Kuala Lumpur ni mana ada paya." Alex turut tidak mahu mengalah walaupun dengan perempuan.

"Oh ya,Kuala Lumpur tak ada paya. Lupa pula,bahawa orang Kuala Lumpur macam kau ni langsung tak pernah paya. Agaknya rupa paya pun tak tahu."balas Apy Elina dengan bengangnya.

"Kau!" Alex semakin tidak dapat menahan kemarahannya. Langkahnya maju setapak,tetapi Hazrul pantas menahannya daripada berbuat demikian.

"Sudahlah. Takkan dengan perempuan pun kau nak gaduh?" kata Hazrul cuba mententeramkan keadaan yang semakin tidak terkawal itu.

"Ya. Takkan dengan perempuan pun nak bergaduh." Apy Elina sengaja hendak mengapi apikan lelaki di hadapannya itu.

"Hei,makcik! Jangan ingat kau perempuan,aku tak berani nak bertumbuk dengan kau. Hari ni kau terlepas sebab aku tak ada mood nak bergaduh dengan kau. Kalau kita berjumpa lagi,jangan harap aku nak lepaskan kau!" Alex cuba menahan kemarahannya yang semakin memuncak. Dia juga tahu,jika dia menurut kemarahan,dia juga akan rugi. Jadi lebih baik dia pergi dari situ dengan segera.

Tanpa mempedulikan mereka berdua,Alex mengorak langkah ke keretanya yang diletakkan di luar gelanggang.

"Alex."

"Hei,kau nak pergi mana!?" jerit Hazrul dari belakang.

Dari dalam kereta,Alex melihat perempuan itu memintas abang angkatnya itu. Tanpa berlengah lagi Alex pantas menghidupkan enjin kereta dan memandu keretanya meninggalkan gelanggang usang yang selalu dijadikan tempat lepaknya.

----

"Sekarang aku macam mana?" tanya Apy Elina kepada lelaki yang segak memakai pakaian pejabat itu. Melihat pada pakaiannya,dia sudah pasti lelaki itu bukan calang calang orang.

Kemudian,dia mendengar Hazrul mengeluh berat. Barangkali tidak puas hati dengan lelaki angkuh,bongkak dan tidak bertanggungjawab tadi yang pergi dengan begitu sahaja. Lelaki tadi menyeluk poket,mengeluarkan dompet dan seterusnya menghulur duit sebanyak RM200 kepadanya. Mata Apy Elina terkebil kebil selama beberapa saat. Bukannya terperanjat dengan jumlah yang dihulurkan itu,tetapi terkejut dengan tindakan lelaki di hadapannya itu.

"Apa ni?"

"Duit. Takkan itu pun tak tau."

"Apakah malang aku hari ni dapat jumpa dua orang lelaki yang bongkak lagi angkuh." ujar Apy Elina perlahan. Walaupun perlahan tetapi suaranya masih jelas didengar oleh lelaki itu memandangkan jarak mereka tidak jauh.

"Kenapa? Tak cukup?" Hazrul kemudian menghulurkan beberapa lagi wang kertas,mencukupkan jumlah RM500.

"Encik,saya tak minta duit. Tengok keadaan saya. Saya jadi macam ni sebab kawan encik yang tak reti hormat. Jadi,apa  salahnya kalau encik balas balik dengan sesuatau yang dapat tanggalkan segala kekotoran ni?" Apy Elina cuba mengawal marahnya.

Sekali lagi lelaki di hadapannya itu menarik nafas lemah. Dia kelihatan seperti tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa selesaikan masalah itu.

"Okey,awak boleh bersihkan diri awak dekat sauna."

"Sauna?" Perlahan lahan bibir Apy Elina mengukir senyuman.

Hikayat Cinta (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now