03

17 2 0
                                    

                                                   Kata Hikayat:-

Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Apy Elina melompat turun dari bas yang dinaikinya dua jam yang lalu. Jam di tangan dijeling. Tepat pukul 8:00 malam. Dia menarik nafas lega sambil memerhati keindahan malam di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur,yang seperti biasa akan disinari lampu lampu yang indah apabila menjelang malam.

"Pukul 8:00 malam. Di tengah tengah Kuala Lumpur. Seorang diri. Yahoo! Apy,kau dah jadi orang dewasa sekarang!"

Apy Elina tidak menghiraukan orang yang lalu lalang di sekitarnya. Namun,dia langsung tidak mengendahkan mereka yang sedang membisikkan sesuatu dengan rakan mereka dan memandangnya pandangan pelik.

"Huh,tataplah muka aku ni. Sebab satu hari nanti,bila aku dah jadi jurulatih yang terkenal,berjumpa dengan aku pun belum tentu dapat tau."

"Hah,mengantuk pula."keluh Apy Elina langsung tidak mengendahkan manusia manusia yang masih memandangnya. Mulutnya menguap besar tanda mengantuk.

Tanpa buang masa,Apy Elina terus berlalu dan duduk di sebuah tempat perhentian bas. Apabila dia menghampiri perhentian bas yang penuh dengan orang ramai itu,beberapa orang gadis lewat belasan tahun bangun dari tempat duduk mereka dan kelihatannya seperti cuba melarikan diri daripadanya.

' Emm..barulah aku tau kenapa orang gila memang suka jadi gila. Bila orang tahu dia gila,semua orang akan hormat kat dia.Hehehe.' Apy Elina mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.

"Tengok tu,orang gila pun pakai telefon bimbit."

Telinganya dapat menangkap suara salah seorang remaja perempuan yang takut dengannya tadi.Sekali dia menjeling tajam,terus mereka semua berkumpul jauh dari perhentian bas itu.

"Telefon bantuan kecemasan dulu." Dia tersengih sengih mendail nombor seseorang. Namun panggilannya langsung tidak disambut.

"Isy,boleh pula dia tak nak jawab! Tak apa,cuba lagi!" Dia mencuba lagi tetapi hasilnya tetap sama. Setelah beberapa kali mencuba,masih lagi tidak berhasil juga.

"Err..lupa. Bukan ke si Nabula tu out-station kat luar negara!" Serentak itu dia menepuk dahinya.

"Sekarang aku nak pergi mana?"

Dia buntu. Tidak tahu siapa lagi yang boleh membantunya sekarang.Apatah lagi memikirkan dia hanya ada RM20 di dalam poket.Belum cukup hendak menyewa motel murah di bandaraya Kual Lumpur ni. Selain Nabila,dia tiada rakan yang tinggal di Kuala Lumpur . Begitu juga dengan abang dan kakaknya.

"Emm..apa kata hikayat cinta?" Jarinya dipetik. Bibirnya terukir senyuman. Lantas,dia mengeluarkan sebuah buku tebal.

"Apabila sesat jalan..." Dia terbaca ayat yang tertulis di dalamnya dan tertarik dengan satu ayat di dalam sana. Setelah membacanya,tiba tiba sahaja dia terfikir sesuatu. Tanpa buang masa,Apy Elina memulakan langkah pertamanya.

-----

Adam Alexander mengorak langkah panjang ke tengah tengah gelanggang bola keranjang yang pernah menjadi sumber inspirasinya suatu ketika dahulu. Kedua dua tangannya bermain main dengan bola jingga yang tidak pernah berpisah daripada hidupnya itu. Matanya galak memandang bakul keranjang yang masih kukuh walaupun papan pantulan (back board) itu kelihatan agak usang dan hampir mereput.

Bola di tangannya beralih arah apabila dilempar ke arah papan pantulan itu dengan sengaja. Seperti selalu,menghentam papan pantulan dengan bola jingga itu sudah menjadi kemestian apabila dia berada dalam mood yang tidak baik.Bola yang dilempar tadi jatuh ke lantai kurang beberapa meter dari tempatnya berdiri dan melantun semula ke arahnya. Dengan menggunakan sebelah tangan, Alex menyambutnya dam melemparnya kembali ke arah papan pantulan seperti tadi. Perbuatannya diulang beberapa kali. Namun begitu,kakinya tidak bergerak seinci pun.

"Memang tepat jangkaan aku,kau memang akan datang ke sini."

Kedengaran satu suara,tiba tiba menyapanya.Tidak perlu lihat,Alex sudah tahu siapakah gerangan orangnya. Tanpa mempedulikan abang angkatnya itu,Alex terus  mengulangi perbuatannya tadi.

"Nampaknya apa yang Encik Annas kata dulu memang betul."

"Kalau beginilah sikap kau,kau takkan jadi pemain yang handal dalam sukan ni."

Alex masih senyap dan meneruskan perbuatannya. Kali ni,dia menghentamnya dengan kekuatan yang lebih kencang daripada sebelumnya. Dia masih tidak mengendahkan abang angkatnya itu.

"Alex,tolonglah hadapi semua ni dengan matang. Kau bukan budak kecil lagi yang perlu berperangai macam ni. Fikirkan masa depan kau dan masa depan Empayar Alexander yang akan kau warisi..."

"Aku tak minta nak warisi semua tu.Dan kalau kau rasa kau nak semua tu,kau boleh ambil. Lagipun,bukankah kau anak kesayangan mama? Mungkin kau boleh pujuk mama untuk pastikan kau dapat hak pewaris mutlak."

Alex mula bersuara.

"Walaupun aku anak kesayangan mama,tapi itu tak bermakna aku boleh dilantik sebagai pewaris.Mama tak ada kuasa dalam hal tu. Dan itu bukan tujuan aku datang sini. Aku nak berbincang dengan kau."

"Tak ada apa nak dibincangkan lagi."

"Itu bagi kau,bagi aku, banyak yang perlu dibincangkan. Kau sendiri tahu,aku penasihat kelab tu dan itu bermakna aku ada hak.."

"Beritahu aku,sepanjang dua tahun kau dilantik jadi penasihat, berapa kali kau masuk pejabat dan ambil tahu pasal kelab?"

"Itu tak dikira. Aku pegang dua jawatan serentak dan kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan jumpa pelanggan..."

"Di kelab malam?"

Alex pantas memintas kata kata Hazrul.

Hazrul terus terdiam. Dia menarik nafas panjang. Memang susah untuknya berkomunikasi dengan Alex.

"Dengar sini,aku tak pernah ganggu hidup kau. Aku tak pernah persoalkan keputusan mama ambil kau sebagai anak angkat dalam keluarga ni. Malah,aku tak pernah anggap kau sebagai abang aku. Aku juga ada kesabaran. Jadi,sila berambus daripada hidup aku. Biar aku tentukan dan uruskan hal kelab bola keranjang. Kami tak perlukan penasihat yang makan gaji buta."

Alex memandang tepat wajah Hazrul. Walaupun lelaki itu tua lima tahun daripadanya,dia langsung tidak gentar berhadapan dengan orang yang lebih berusia daripadanya.

Hazrul tersenyum sinis,seolah olah mentertawakan Alex di hadapannya.

"Alex,kau masih tak berubah lagi. Aku tak lantik diri aku untuk jadi penasihat,tapi mama. Kalau kau nak singkirkan aku daripada pegang jawatan penasihat dalam kelab ni,kau perlu yakinkan mama. Semoga kau dapat yakinkan mama."

Hazrul terus mengorak langkah meninggalkan gelanggang bola keranjang itu.

Alex yang tidak dapat menahan baran,lantas menampar bola jingga di tangannya itu ke arah papan pantulan dengan kuat. Akan tetapi,lemparannya itu begitu tinggi dan kuat,menyebabkan bola tidak singgah ke papan pantulan,akan tetapi melayang jauh melepasi pagar gelanggang yang bersebelahan dengan padang bola sepak.

"Eh.." Dia hanya mampu melihat bola jingga yang dilemparnya itu menuju ke arah sesorang. 

"Hati-hati!" jerit Hazrul yang melihat kejadian itu.

"Bodoh," ujar Alex sepatah apabila melihat orang itu tersembam jatuh ke dalam lecak kerana cuba lari daripada dihentam bola. Tetapi malangnya, kakinya terpijak bola itu.

Hikayat Cinta (SLOW UPDATE)Kde žijí příběhy. Začni objevovat