Bab 33

6.8K 109 35
                                    

Setelahmenghantar isterinya ke KLIA, fakhrul memandu kereta menuju ke rumah johari. Niatnya ingin mengajak rakannya itu bermalam di rumahnya. Mungkin fakhrul juga ada berfikir untuk mengajak kekasihnya bermalam bersama. Perjalanan memakan masa hampir setengah jam.

"malam ni free?" tanya fakhrul ketika melihat johari duduk di sofa.
"free kot, pehal?" tanya johari
"aku baru balik dari airport tadi, hantar isteri aku. Dia ada seminar kat labuan, seminggu. So, selama seminggu ni kira aku free to do anything that I want" kata fakhrul
"hahaha kira kau nak enjoy la malam ni, nak clubbing ke?" tanya johari
"ermm aku ingat nak ajak awek aku tidur rumah aku. kau lak ajak lah awek kau tidur sama kat rumah aku, let wat 4some hahahaha" gelak fakhrul
"giler ar hahaha" johari turut ketawa mendengar idea gila dari sahabat karibnya itu.

"wait, aku rasakan, malam ni kalau dapat rileks-rilekskan badan pun best gak" kata johari
"maksudnya?" tanya
fakhrul
"kita panggil zard suruh urut kita, pastu kita buatlah yang macam malam hari itu" cadang johari
"err kau nak lagi ke?"
"best la, ala kau pun sendiri mengaku yang cara dia servis terbaik, isteri kau pun tak buat sebaik dia kan?"
"betul gak tu. Tapi, aku tak bolehlah nak main belakang. Geli ar" kata fakhrul
"mula-mula aku pun geli gak, tapi bila main dengan dia hari tu, bersih je. kau sendiri yang nampak kan"

Fakhrul mengangukkan kepala
"tapi terpulang pada kau la. Aku cuma cadangkan je" kata johari

*******

Aku mengangkat kening sedikit sebagai respon.
"dah lama dah billy nak katakan benda ini pada zard. Tapi billy Cuma tak berani je" kata billy
"apa dia?" tanyaku
"zard, sebenarnya billy suka pada zard. Suka lebih dari seorang kawan, suka sebagai seorang kekasih" kata billy sambil memandang tepat ke mataku.
Aku tercengang mendengar setiap bait kata-kata yang terpacul keluar dari mulut billy. Jantungku bagai terhenti seketika.

"ermm" aku kehilangan kata-kata untuk ku ucapkan
"zard, billy betul-betul dah jatuh cinta pada zard" kata billy bersunguh-sunguh.
"ape ni billy..zard, tak sangka lak billy ada perasaan begitu pada zard" kataku
"tapi betul ni zard, billy tak tipu, bill sangat cintakan zard" kata billy

"zard mintak billy berikan zard masa untuk fikirkan hal ni. zard tak boleh cakap apa-apa pasal ni" kataku
"oo ok" billy kelihatan hampa
"bill, zard tak kata zard tak sukakan bill, tapi zard minta bill berikan zard masa je nak fikirkan pasal hal ni. Janganlah buat muka macam tu" pujukku
"ermm ok" balas billy.

Aku melangkah masuk, kelihatan jacky sedang sibuk membelek-belek telefon bimbitnya. Aku menghampirinya manakala billy pula duduk di sofa.
"hi jacky, ermm I nak cakap something dengan u" kataku
"ye, apa dia?"
"esok dah puasa, so I fikir I nak tak nak kerja buat masa sebulan ni, pasal I nak puasalah, tapi lepas puasa I sambung balik kerja" kataku
"u puasa ke?"
"of course!" tegasku
"heheheala u ni, I bergurau jela." kata jacky sambil mencuit daguku.

Tiba-tiba terdengar suara dari bilik urutan menuju ke kaunter.
"u memang bagus, I rasa sangat enjoy dengan u tadi" kata azlan bila melangkah keluar dari bilik bersama dengan boni sambil memegang bahunya.
"terima kasih" kata boni sambil tersenyum

Mataku hampir terbeliak melihat azlan dan boni. Tidak ku sangka akan bertemu dengan azlan di sini. Hatiku remuk sekali lagi. Sudah lah pagi tadi azlan buat perangai denganku, dan sekarang dia melakukannya sekali lagi. rasa pedih dan perit begitu menusuk-nusukhatiku
"eh zard?!" azlan terkejut melihatku di meja jacky.
"tak kusangka.."
"zard, maafkan abang, abang tak tahu lak zard ada kat sini, zard buat apa kat sini??" tanya azlan yang mula mengelabah
"zard ni pekerja kat sini" kata jacky
"tak lagi, jacky I berhenti!" kataku lalu keluar dari rumah urut jacky

"zard tunggu!" jerit jacky
"zard!" billy memanggilku lalu berlari mengejarku
Boni terpinga-pinga. Azlan terkaku.
"zard, tunggu! kenapa ni?" tanya billy
"bill, kau nak tau, lelaki tadi adalah kekasih aku.."

Billy terkejut. Dahinya berkerut.
"dia ada buat salah dengan aku pagi tadi, dan sekarang aku tak sangka, dia boleh ada kat sini. Sakit sial hati ni, apa punya BF ar!" kataku dengan nada tinggi
"zard, sabar zard. Tapi tak kanlah sampai zard nak berhenti kerja sebab ni"
"aku dah malas nak fikir lagi. akurasa aku nak berhenti. sejak aku jadi tukang urut ni macam-macam perkara yang dah jadi kat aku. Akku dah malas nak jadi tukang urut lagi. Aku rasa baik aku blah" kataku

"zard tunggu dulu.." pujuk billy
"bill, tak de benda lagi nak dicakapkan, zard nak balik, zard malas nak fikir benda ni laagi."
"zard, sabar la dulu"
"dah la billy, tolong jangan desak zard, bagi zard masa untuk diri zard k. bye" kataku lalu melangkah ke motorsikal.

*****

Setelah siap mengemaskan pakaian. Aku melangkah keluar ke balkoni rumah. Kepalaku ku dongakan ke langit. Langit gelap dan ku lihat begitu banyak bintang bertaburan di atas langit pada malam ini. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi. Di hadapanku terbentang luas pandangan kotaraya yang bermandikan cahaya lampu neon yang berwarna-warni. Begitu indah sekali permandangan kotaraya di waktu malam.

Aku menjenguk seketika di dalam rumah yang kosong tanpa kelibat rakan-rakan serumahku yang semuanya sudah lama pulang ke kampung dan esok barulah mereka kembali. Kelihatan beg pakaianku pegun kaku di sebelah sofa. Beg pakaian untuk ku bawa pulang ke kampung. Akhrinya aku nekad untuk pulang ke kampung. Aku kembali melihat pemandangan kota, walaupun sudah tepat jam 10 malam, suasana bising kenderaan dan persekitaran masih segar kedengaran. Aku ingin pulang ke kampung sempena bulan Ramadhan ini. Sudah hampir setengah tahun ku tidak pulang ke kampung. Walaupun cuti aku sebenarnya hanya tinggal dua hari lagi, namun ku tidak peduli, aku tetap akan pulang ke kampung.

Aku seakan malas untuk duduk lama di sini. Begitu perit sekali hati ini. Begitu banyak kejadian menyakitkan hati yang terjadi kepadaku pada hari ini. Sikap azlan yang mementingkan diri dan nafsu sendiri amat menyakitkan hati. Diriku tidak dihormatinya. Azlan mengambil kesempatan ke atasku. Lafaz cinta azlan sebenarnya bertulangkan nafsu. Perit sekali bila mengingatinya. Dari waktu kejadian pada tengahhari tadi hinggalah pada pukul 8 malam tadi, azlan tidak berhenti menelefonku dan menghantarkan whatsapp. Tapi tidak satu pun ku layan.

Boni ada menelefon ku tadi, dia meminta maaf apa yang terjadi. Dia tidak mengetahui bahawa azlan itu adalah kekasihku. Aku katakan padanya, bahawa itu bukan salahnya dan tidak perlu baginya untuk meminta maaf. Mengenai billy, insan yangku gelarkan sahabat selama ini rupanya menyimpan perasaan kepadaku. Alangkah bagusnya jika billy meluahkan perasaannya padaku sebelum aku bersama azlan. Tapi kini, aku hanya memerlukan masa untuk berfikir panjang mengenai niat billy yang ingin membuatkan aku sebagai kekasihnya.

Bintang malam mengerlip malap. Bulan tidak kelihatan pada malam ini. Menara berkembar petronas dan menara kl megah berdiri jauh dihadapanku. Setelah puas ku tatap pemandangan kotaraya ini akhirnya ku masuk ke bilik untuk mengambil rokok. Telefon bimbitku bergetar berkali-kali, aku mengambil telefon bimbitku setelah rokok ku bakar. Panggilan daripada johari.

Bersambung...

Korang pernah ada bf/gf yg kantoi mcm azlan x? Apakah kesudahan hubungan zard & azlan? Adakah zard akan terima billy? Sama2 kita tunggu kesudahan Massage Boy...

Massage Boy (Complete)Where stories live. Discover now