I'm okay

21K 44 0
                                    

Siang dan malam silih berganti. Aku jarang pulang ke rumah. Aku tidak lagi memasak makanan kegemaran suamiku, Asyraf. Aku terlupa bahawa aku mempunyai seorang suami. Aku lupa. Aku lupa tanggungjawabku sebagai seorang isteri kepada Asyraf apabila adanya Zarul di depan mataku.
Aku mengikuti Zarul kemana sahaja dia pergi. Langkawi, Melaka, Perlis, kemana sahaja, aku melangkah di sisinya. Aku sedar bahawa aku sudah jatuh cinta sepenuhnya dengan Zarul.
Zarul tidak tahu bahawa aku sudah berkahwin, aku merahsiakannya. Asyraf, tidak pernah berhenti menghantar mesej kepadaku. Semuanya aku " delete ". " Saya okay ", itu sahaja yang aku balas.

Bodohnya Aku !Where stories live. Discover now