Finally

19.3K 50 5
                                    

Hari berganti hari, sudah hampir setahun aku bersama dengan Zarul. Hubungan aku dengan dia menjadi semakin istimewa. Zarul menghadiahkan aku sebentuk cincin perak yang amat cantik. Zarul mahu aku. Aku mahu dia. Pada malam itu, aku dan Zarul duduk di sebuah " Home Stay " yang sama. Aku keluar ke beranda rumah untuk menghantar mesej kepada Asyraf dan menceritakan perkara yang sebenar kepadanya. " Saya ceraikan awak ". Kata-kata terakhirnya kepadaku dalam panggilan telefon terakhir kami, pada malam itu juga. Aku tersenyum, " bagus, kau ceraikan aku, settle juga akhirnya masalah aku ". Aku tersenyum gembira memandang ke langit yang dihiasi dengan kilauan bintang-bintang. Aku menarik nafas panjang, menghirup udara segar malam itu. Aku menoleh, Zarul. Dia berada di belakangku, sudah lama dia tercegat di situ. " Aku dah dengar semua nya, kau ni memang sampah, kau tk layak kahwin dengan siapa-siapa, aku putuskan hubungan kita , jangan cari aku lagi " . Aku kelu, aku keliru. Aku rebah ke bumi. Lelaki yang mencintaiku telah meninggalkan aku kerana aku mencintai lelaki lain, namun kini, lelaki yang aku cintai itu juga telah meninggalkan aku. Akibat perbuatanku sendiri, yang tidak menggunakan akal dan menuruti hawa nafsu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bodohnya Aku !Where stories live. Discover now