Penghubung Cinta

3.9K 248 10
                                    

DIAM-diam rupanya Agil dah siapkan satu beg baju besar untuk keperluannya di kediaman cik isteri. Agil, biasalah. Banyak akal! Nak hidup perlulah bijak dan pandai ambil kesempatan. Alang-alang orang dah lembut hati, Agil pandailah curi peluang! Bukan mudah untuk dia dapat peluang baik sebegini. Macam-macam halangan yang perlu dia tempuh dan mujurlah dia masih kenal erti sabar dan setia walaupun sering ditolak isterinya itu.

Hari ini merupakan hari kemenangannya. Sudah tiba ke garisan kemenangan, cuma tinggal sedikit masa lagi untuk dia memperoleh hadiah untuk kemenangan sebenarnya. Selagi hal kehilangannya tidak diceritakan, selagi itu dia masih berhutang dengan isterinya itu.

Dia sudah masuk ke dalam rumah, beg yang dibawanya tadi digalas untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Ke bilik siapa dia belum putuskan, tapi kaki ni macam menggedik nak menumpang di bilik cik isteri.
Agil dah terbayang yang indah-indah, tambahan bila dia teringatkan apa yang dia lakukan sepanjang malam terakhir dia dan isterinya itu di tanah tinggi Cameron!

Kalau bantal pun dah boleh berkongsi, takkan bilik pun masih nak asing kut? Dia nak peluk isterinya itu lagi dan lagi! Masih terasa kehangatan pagi di mana isterinya minta dilayan pagi itu. Hai...alangkah indah jika semua tu berulang.

“Daddy!” tegur Emil. Dia dah berdiri di depan pintu biliknya macam polis trafik pencen yang mengawal lalu lintas lorong depan rumah. Diperhatikan saja daddynya tersengeh-sengeh macam kerang busuk sebaik melangkah ke tangga paling atas.

“Nak bawa pergi mana beg daddy tu?” kepohnya bertanya. Semua benda Emil nak tahu.

“Err...” Itulah yang Agil fikir sejak tadi, mana mahu di bawa beg ini. Di bilik mummynyakah ataupun di bilik si anak. Kalau di bilik Melia, macam-macam yang dia boleh buat. Kalau tidur bersama Emil pun, paling-paling dia cuma boleh berbed time story dengan si kecilnya ini.

“Daddy nak tidur dengan Emil malam ni, kan?” Emil masih teringat, di malam terakhir tinggal di hotel, daddynya mengajak dia berpindah ke bilik lain yang lebih besar dan selepas itu daddynya tidur bersama mummynya sampailah ke pagi. Apa semua ni? Sebelum ini siapa yang mengaku dirinya dah terlalu besar sampai dah tak boleh tidur dengan mummy lagi?

“Daddy kata daddy dah besar, kan? Mana boleh tidur sama mummy lagi.” Dia nakkan kepastian. Atau daddynya ada alasan lain yang boleh menguatkan alasan daddynya untuk tidur dengan mummynya itu.
Agil tayang sengeh kerang. Habislah kau Agil. Mengajar sangat budak ni macam-macam. Sekarang ni dah macam-macam yang dia fikirkan.

“Daddy kena teman mummy.” Agil duduk melutut semata nak terangkan pada Emil kenapa dia perlu tinggal di bilik mummynya itu.

“Kenapa pulak?”

“Mummykan tak sihat. Emil ingat lagi tak, mummy pernah pengsan sorang-sorang dalam bilik, sebab tak ada sesiapa jaga mummy?”

Emil kerutkan dahinya comel, dianggukkan kepala, baru teringat mummynya ada pengsan beberapa minggu lepas.

“Sebab tu daddy kena teman mummy. Mummy tak boleh tidur sorang. Lagipun daddy nak kena dekat dengan mummy selalu. Emil nak adik bukan? Jadi...daddy kena lebih masa dengan mummy. Tapi daddy janji, daddy akan teman Emil tidur macam selalu dulu. Daddy habiskan baca buku cerita yang daddy belikan minggu lepas. Okey handsome boy daddy?” Baik punya alasan Agil beri. Harapnya Emil faham dan tak bertanya apa-apa lagi.

“Daddy janji akan sayang Emil?”

Anak...anak. Permintaan tu tak boleh ke kalau tak sayu macam ni? Dipeluk tubuh kecil Emil. Nak Emil merasai kasih sayang seorang bapa yang sebelum ini Agil abaikan.

“Daddy janji sayang. Daddy janji akan sayang Emil...sayang mummy sama rata. Emil masuk bilik dulu okey? Daddy nak kemas baju. Masukkan dalam bilik mummy.”

Emil anak yang bijak, tak perlu Agil cakap banyak kali, si kecilnya itu sudah atur langkah masuk ke biliknya sendiri. Macam inilah jadinya bila dia lambat muncul dalam hidup Emil. Bila anak dah besar, macam-macamlah yang si anak nak tahu. Mujurlah dia sempat fikir mencari alasan yang agak munasabah. Selamat untuk beberapa minit. Dia elus dadanya sendiri.

“Sayang,” tegur Agil perlahan sebaik masuk ke dalam bilik cik isteri.

Kelam kabut Melia tutup semula bahunya yang terdedah. Dia baru naik mandi dan berkemban tuala. Tak sangka pula Agil boleh tiba-tiba muncul dibiliknya. Errr…tapi tak boleh salahkan lelaki ini juga. Bukan awal tadi dia yang berkeras tak nak lelaki ini pergi ke?

“Errr…awak.” Dia nak garu kepala, tapi takut tuala terlucut pula.

“Sayang dah mandi?” Agil masih berdiri di daun pintu. Menunggu dipelawa masuk.

“Ha...ah, err masuklah. Tutup pintu tu,” katanya teragak. Nak malu apa lagi pun dia tak tahu.

“Tak ajak...” Dia pun nak mandi sama juga.

“Err…” Penyakit ‘err’ Melia datang mendengar ayat ‘tak ajak’ suaminya. Dan dia nampak sangat comel bila kalut begitu. Lagi-lagi bila Agil memanggilnya sayang, nampak sangat kalutnya bila diseru begitu. Manalah tak kalut, sebelum ke Cameron mereka masih bercakar, sekarang pulang dari Cameron tetiba dah berbaik. Tentulah canggung dan kalutnya tersisa.

“Beg tu...” tunjuknya pada beg besar yang dibawa Agil.

“Kenapa? Tak boleh bawa ke sini ke?”

“Ish, beg tu biar je dekat situ. Esok tunggu hilang penat, Mel tolong lipat dan masukkan dalam almari.”
Oh... Agil ingatkan tak bagi dia bawa masuk beg besar yang dibawanya itu.

“Baju awak ada lagi dalam almari tu. Kalau nak mandi...towel ada dalam bilik air. Pergilah.” Sengaja dia menyuruh Agil mandi sebab dia nak pakai baju. Ni karang kalau dia bertuala sepanjang Agil ada depan mata, tak tahulah apa akan jadi. Sudahlah Melia tak boleh nampak suaminya ini. Dengar suaranya lagilah, habis seluruh badan menggeletar teringatkan hal semalam.

“Thanks sayang.”

“Tak buat apa pun lagi. Err...Mel nak pakai baju.” Ish, itu pun nak bagi tahu. Cepat dia larikan diri ke arah almari baju. Nak segera memilih baju. Kalut bila dia perasan dengan ekor mata, suaminya itu mengekor pergerakannya ke sana ke sini.

Ya Allah, selamatkanlah dia. Takkan nak kena pakai baju dalam bilik air kut? Mana pulak baju ni...baju yang ada semuanya boleh buat suaminya itu terjojol mata. Melia kan memang seksi di bilik tidur! Leka memilih pakaian tidur, tak perasan Agil sudah berdiri keras di sisinya ketika itu.

“Nak request sesuatu...boleh?” Tangan Agil sudah di bahu Melia yang sedang memilih pakaian tidur.

“Ha? Apa dia?” Agil ni pun, nak cakap, cakap sajalah, ini tangan pun nak menyotong tak reti diam. Menakutkan tahu tak!

“Malam ni abang nak...”

Nak apa lagi Agil ni? Tak tahu ke jantung Melia terasa nak pecah setiap kali lelaki ini berbisik di telinganya begitu? tolonglah berjarak sedikit, ada yang pengsan sekejap lagi ni karang!

“Nak sayang kenakan dress merah lace yang...” Dia turut memilih, nak ambil mood awal-awal, selain memberi Melia hint yang dia mahukan isterinya sekali lagi.

“Yang ada lace ni... bolehkan?” soalnya, tak tinggal senyum senget di bibir yang jarang-jarang tertayang.

Jawapan Melia tak terluah, memadailah jika dia mengangguk dan menerima cadangan suaminya itu. Apa jadi antara dia dan Agil malam nanti, biar sajalah mereka berdua yang tahu.

Segala Perasaan Where stories live. Discover now