Next... III

2.6K 197 10
                                    

EMIL tak mahu tidur. Sudahlah malam jumaat, anak sulungnya ini boleh pula merengek-rengek mahu mengajaknya keluar pergi Petronas. Agil bukan apa, dia malas nak keluar bila dah lewat-lewat begini disebabkan mahu lebih masa melayan Mel.  Isterinya inikan masih terkejut dengan insiden pagi tadi. Jadi, sebagai seorang suami yang perihatin dia perlulah sentiasa ada di sisi isterinya itu.

“Daddy tidurkan Emil? Kita beli ice cream esok, okey?” Dia dalam usaha nak alihkan perhatian Emil.

“Tak nak. Daddy dah janji nak bawa Emil pergi Petronas.Kalau dah janji, kena beli malam ni juga!” Emil peluk tubuh, nampak marah sangat bila daddynya mungkir janji. Tak pernah-pernah meragam, malam ni pula boleh pula meminta macam-macam.

“Kesian mummy…” Agil nak buat cerita sedih. Suara pun perlahan saja, biar perhatian Emil beralih dari terus berfikir tentang ice cream. Lagipun dah malam, bising mummy nanti.

“Kenapa dengan mummy daddy?”

“Mummy perlu rehat. Emil juga kata Emil nak baby baru, kan? Mummy perlu banyak tidur…barulah cepat dapat baby.”

Ooo…bibir budak lima tahun itu terlopong. Percaya saja dengan teori daddynya itu. Dengan hanya tidur rupanya boleh segera dapat baby.

“Tidur boleh dapat baby?”” Bercahaya matanya menyambut kata-kata si daddy. Semakin teruja bila daddynya terangguk mengiya.

“Ooo... Kalau macam tu Emil nak tidur dululah. Emil tak boleh kacau mummy dan daddy. Emil nak baby cepat keluar. Selamat malam daddy!” Nak adik punya fasal, sanggup dia tidur awal dan tak mengganggu mummy dan daddynya malam itu.

Anak…anak. Ada sepuluh macam ni, boleh kurus kering daddy sayang. Agil perhatikan Emil sehingga Emil masuk ke biliknya. Dia menunggu saja masa untuk menemani isterinya di bilik. Isteri isteri juga, anak perlulah diberi perhatian sama. Barulah adil.

“Fuh!” Terlepas juga keluh sebaik menutup pintu bilik yang kini menjadi bilik beradunya sama.

“Eh? Bukan kata nak keluar ke tadi? Emil tak bising ke daddy tak jadi ajak dia keluar?” Melia perhatikan suaminya melangkah masuk ke dalam bilik. Kata Agil tadi Emil mahu mengajak suaminya ini ke Petronas, nak beli ice cream Mat Kool  yang boleh dipatah dua tu. Emil tu kalau dah datang mengaruk dia, boleh tahan juga anginnya. Tapi tak melampaulah, kalau kena dengan cara pujuknya, cepat sahaja si kecilnya itu sejuk.

“Tak jadi. Daddy cakap malam ni mummy kena tidur awal. Kata nak baby baru…” lirikan Gatal Ahil sampai ke mata isterinya yang sudah berubah riak. Dia sendiri tak dapat baca,apa maksut kerutan di dahi isterinya itu.

Melia telan payau. Baby baru? So, mereka tak jadi keluar disebabkan perkara itu? Agil ni pun, suka sangat ajar anak yang tidak-tidak. Dibuatnya Melia dah tak mampu beri Emil adik, tidakkah kecewa si anak tu nanti. Dan lagi dia tak rasa soal menambah anak patut dibincangkan sekarang memandangkan masih banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan. Lihatlah cara penerimaan ibu mentuanya, Melia tak rasa yang wanita itu akan terima kehadiran dia sekali lagi.
Menambah anak….siapa saja tak teringin. Tapi bila memikirkan tentang ibu mertuanya, dia perlu pendam keinginannya itu.

“Dan malam ni mummy kena dengar cakap daddy...”

“Agil…” Mel tunjuk rasa tak senangnya. Manalah ada hati nak melayan permintaan Agil kalau fikirannya sekarang berkecamuk memikirkan tentang banyak perkara. Belum yang mahu melihat dia mati, cubaan untuk melihat dia mati. Semua itu buat hati Melia tak berada di tempatnya.

“Janganlah ambil serius. Abang saja cari helah, nak alihlan perhatian Emil. Abang faham Mel masih terkejut. Abang tak nak keluar sebab nak teman awak.”

Agil sudah sedia duduk di atas katil. Dua belah kakinya lurus dan diletakkan sebiji bantal di riba.

“Tidur sini?” Pelawa Agil, nak Melia berbaring di situ. Menikmati malam yang hanya ada dia dan isterinya itu.

Melia akur dalam terpaksa. Teragak-agak dia mahu menurut permintaan suaminya itu. Ditahan hati untuk tidak menolak, kerana perkara seperti ini takkan terulang bila sekali lagi mereka terpaksa berjauhan.

Dia tak tahu kenapa, sejak petang tadi hatinya seakan jauh. Kalau boleh dia tak mahu terlalu dekat dengan Agil. Permintaan ibu mentuanya siang tadi benar-benar mengganggu ketenteraman jiwanya.

“Any request?” Sentuh jemari kasar Agil pada pipi mulus Melia. Tak sudah di pipi, jemari nakalnya menjalar pula ke dagu.

“Ingat tak dulu…abang suka tenung wajah Mel sebelum Mel tidur?” ucapnya lembut bila soalan pertamanya tadi tak diendah Melia. Isterinya ini seperti orang jauh hati. Dalam fikiran Agil, isterinya masih memikirkan soal perjanjian dia dan ayah mentuanya dulu.

“Keindahan ciptaanNya yang abang kagum sampai sekarang.” Senyum Agil menggambarkan betapa dia tertawan dengan isterinya itu. Biarlah malam ini dia sekadar dapat memuja, cukup untuk dia bahagia sampai ke esok pagi.

“Seseorang yang mampu beri abang ketenangan walau cuma dengan melihat senyumannya. Jadi…abang nak Mel kekal begini. Ada setiap kali abang jaga. Setia di sisi abang walaupun abang lena. Cukuplah lima tahun yang cukup sakit untuk abang kenang. Abang nak Mel sentiasa dengan abang. Kita lalui sama-sama apa saja yang datang…sebab abang tahu, kita mampu tempuh semua itu…”

Agil cuba menenangkan fikiran isterinya. Tanpa sepatah kata begitu, tentu sahaja Melia sedang resah fikirannya.

“Setiap yang berlaku pasti ada jalan keluar. Sayang nak tahu tak, pertemuan dengan seseorang pun sebenarnya satu jalan untuk kita keluar dari masalah. Dan sekarang, Mel dah jumpa abang. Abang…akan cuba bantu sayang. Kita sama-sama buka jalan tu ya sayang?” Agil mahu jadi suami yang bertimbang rasa. Jika tak mampu mendengar luahan hati isterinya, cukuplah dia sekadar cuba untuk memahami.

Agil tahu diam Melia diam orang memendam. Biarlah, Agil tak mahu mendesak isterinya bercerita. Cukuplah dia ada di sisi, meneman Melia malam itu.

***

***

***

***

***

***

***

Holaaaaaaa! Maaflah cerita makin kelaut. Xdan edit. Tapi lepasni bab sedih2 k. Bersedialah. (Eleh, macam sedih sangat cerita dia.) Kikiki.

Segala Perasaan Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora