prolog

7.9K 167 18
                                    

~Tengku Amyra Northem~

Masa telah berlalu bersama dengan memori tetapi Shaf masih lagi belum  boleh melupakan apa yang terjadi kepadanya sehingga menjadikan  Shaf seorang Rossa yang kejam tanpa belas kasihan walau sebesar kuman pun terhadap musuh dan tanpa rasa gentar. Shaf seolah-olah robot. Hidupnya hanya sekadar meneruskan kehidupan. Senyumannya hanya untuk orang tertentu. Itu pun belum tentu senyuman yang manis. Ianya sekadar syarat untuk senyum.

Namun,sifat itu tidak pernah ditunjukkan kepada pesakitnya.Ya, setelah tiga tahun belajar dalam bidang perubatan,Shaf kini bergelar seorang doktor pakar bedah di hospital yang dibina oleh arwah daddy nya empat tahun yang lepas.

Hadiah terakhir daripada kesayangan sebelum kesayangan pergi menghadap Ilahi. Sejak itulah Shaf berubah menjadi seorang yang tidak berperasaan.

Kenangan silam yang amat susah untuk dilupakan dan salah faham yang berlaku antara TWT dan TSL menyesakkan pemikiran Shaf.

Angkara siapakah kejadian ini? Kehilangan memang memeritkan.

Dimana kawan kawan Shaf yang selalu berada di samping Shaf selama ni.

Rossa,Rissa& Rayzn. Selamat kembali

~Tengku Danish Lynx~

Dash kini menjadi pemilik kekal NX HOTEL iaitu anak syarikat daddy nya yang berkembang pesat di serata dunia.

Namun, jauh di sudut hatinya masih belum boleh melupakan Shaf. Bukan dia tidak berusaha mencari Shaf namun semua usahanya hampa apabila Shaf menghilangkan diri tanpa sebarang jejak. Maklumat Shaf seolah olah dikawal ketat dan ia susah untuk digodam walaupun TSL mempunyai penggodam yang hebat. Dia berasa seolah-olah tidak berguna pada ketika itu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Maka disinilah bermulanya sebuah kisah dimana mereka bertemu.

Perlanggaran yang tidak disengajakan mendatangkan rasa aneh di hati masing masing. Namun ego kedua duanya dijulang setinggi langit.

Permintaan dari keluarga tidak dapat ditolak,rahsia yang masih tersimpan rapi.

Perjumpaan antara TWT dan TSL menjentik rasa curiga di kalangan kawan kawan Dash namun, TWT masih tenang kerana TWT tahu segala galanya kerana TWT tidak bodoh seperti musuh yang cuba untuk menjatuhkan TWT dan TSL. Cuma diorang ingin melihat sejauh mana permainan musuh mereka.

Hutang darah dibayar dengan darah
Hutang nyawa dibayar dengan nyawa
Itulah prinsip TWT dan TSL.

Malahan mereka sedar bahawa gunting dalam lipatan hanya menunggu masa untuk menyerang.

Kehadiran orang kita sayang dalam hidup kita membawa sinar bahagia.

Pemergian orang yang kita sayang dalam hidup kita membawa 1001 derita,luka dan parut yang tiada ubat untuk mengubati.

Kadang terubati,
Kadang tidak.

Belajar untuk redha.
Belajar untuk menerima.
Belajar untuk melepaskan.
Belajar untuk kuat.
Dan belajar untuk tidak melupakan Allah.

Kerana Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu.

Jika dahulu mereka perlu berdepan dengan musuh-musuh yang sudah berusia. Kini, mereka perlu berdepan dengan waris musuh-musuh yang sebaya dengan mereka.

Bahagia sudah dikecapi namun itu bukan penghujungnya. Terlalu banyak yang mereka lalui sehingga kadang,rasa putus asa wujud dalam diri. Mampukah mereka semua bertahan hingga ke akhirnya atau ada yang terkorban?

 

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now