26

1.6K 170 45
                                    

[Kediaman Haechan]

Mereka melangkah masuk ke rumah agam itu. "Aku ingat rumah kau biasa-biasa je.. Wow" jelas Hyeri sedang mengagumi rumah itu

Haechan hanya memerhatikannya

"Ya, sekejap lagi saya datang"

Hyeri dan Haechan menoleh ke arah suara itu. "Eomma" sapa Haechan kepada wanita separuh baya itu

"Haechan ah" balas ibunya. Dia memandang Hyeri pula. "Siapa ni?" soal ibunya sambil tersenyum manis. "Ni Hyeri.. Chingu Haechan yang kahwin awal tuu"

"Oh laaa Hyeri rupanya.. Maafkan aunty ya.. Maklumla dah tua haha" dia terus memeluk Hyeri. "Gwaenchana" Hyeri membalas pelukan itu

"Oh ya, eomma ada hal ni.. Bilik Hyeri eomma dah mintak maid siapkan" ucap wanita itu setelah meleraikan pelukannya. Haechan mengangguk sambil tersenyum

Ibunya pun melangkah keluar dari rumah itu. "Apa maksud eomma kau.. bilik aku?" Hyeri memandang Haechan dengan pelik

"Aku.. cakap kat eomma yang aku nak tumpangkan kau kat sini.." terang Haechan sambil menggosok tengkuknya

Hyeri mengeluh. "Kau tahu kan aku tak suka susahkan orang walaupun kawan rapat aku"

"Macam yang aku cakap, kau kawan dunia dan akhirat aku.. so biar la aku tolong kau" bantah Haechan. "Dah la, aku tak nak kita bergaduh pasal benda ni.. Jom, aku tunjukkan bilik kau"

Hyeri menghembus nafas berat tetapi masih membuntuti Haechan

skip

"Kenapa budak tu gelarkan diri dia sebagai... isteri aku?"

"Serius la dia isteri aku? Dia nampak muda"

"Tapi kenapa aku tak ingat apa-apa pun pasal dia?"

Krekkk

Bunyi pintu terbuka itu membuatkan lamunan Taeyong terhenti. Dia menoleh ke arah pintu

"Oppaaaa~" Minyoung masuk ke dalam bilik kerja itu

"Chagiya, wae?~" balas Taeyong dengan suara gedik yang sama macam Minyoung buat

"Emmm kajjaaa" Minyoung menarik tangan Taeyong. "Hm? Nak pergi mana malam-malam buta ni?" soal Taeyong hairan

"Tch, tidur la.. Takkan main masak-masak pula" Minyoung menggulingkan matanya. "Oppa ada kerja lagi ni"

Minyoung mula membuat muka seposen urh

"Pweaseeeeeeeee"

Taeyong tewas dengan puppy eyes yang dibuat oleh Minyoung. "Okay.. Jom" dia bangun dari kerusinya dan mereka keluar dari bilik itu

-------

Grukkkkk

"Ehmm" Hyeri memegang perutnya

Grukkkkkkk

"Sayang lapar ya?"

Dia bangun dari katil. "Jom kita tengok apa yang ada kat dapur"

Dia berjalan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, dia membuka peti ais

Matanya ligat mencari makanan

"Oh! Puding!" dia ambil puding tersebut dan duduk di kaunter dapur

Dia menyuap sesudu puding ke dalam mulut. "Ehm refreshingg"

Plak!

"Hyeri.....?"

Pergerakan Hyeri terhenti. 'Habis la aku'

Dia menoleh ke belakang. Pandangannya terpaut dengan pandangan Haechan. Haechan mengangkat kening

"Apa kau buat kat dapur ni?" Hyeri memandang puding dan memberikan Haechan senyuman iklan colgate

Haechan turut memandang ke arah puding yang dimakan Hyeri. "Ohhhh baby lapar yaa?" dia berjalan ke arah Hyeri dan duduk disebelahnya

"Kesiannya diaa" ucap Haechan kepada fetus yang berada didalam perut Hyeri. Hyeri tergelak kecil sambil makan puding

Haechan hanya memerhati. "Nak ke?" Hyeri menyua sudu ke arah Haechan. Haechan menggeleng

'Hm.. Aku nak sangat bagitahu kau pasal Taeyong.. Tapi.. Masanya belum tiba..'

"Oi" Hyeri menepuk bahu Haechan. "Termenung apa?" soalnya. "Tak ada apa~" dia bangun dari duduk untuk mengambil segelas air

"Aku masuk tidur balik ya" Hyeri turun dari kerusi dan melangkah keluar dari dapur

Haechan melepaskan keluhan berat setelah kelibat Hyeri hilang dari pendangannya. Dia meneguk air itu sehingga habis

Plak!

Dia menutup lampu dan terus menuju ke biliknya

tbc

idea mati

Crazy Couple S1&S2Where stories live. Discover now