Untitled 8

44 6 15
                                    

"haa jom jom gerak.  Bising je" Asrul dibelakang bersuara.

"Dari tadi lagi suruh pergi photostate tak pergi pergi.  Anak murid sekolah ni teruk betul perangai....." Kedengaran satu suara bising yang muncul daripada pintu pusat sumber. 

Terperanjat semua melihat cikgu Chen memekak. Kitorang punyalah cakap bisik bisik, dia boleh membebel panjang lebar tak berhenti dengan suara dia yang menjengkelkan tu.

Kami tercengang.

Cikgu Chen dengan pantas masuk ke dalam bilik Cikgu Inara,

Srtttttttttt

"Bukan ke dalam bilik tu ada zombie yang kita tinggalkan tadi."Fadhil Fahmi mengingatkan.

Bergegas semua pergi ke arah Cikgu Chen untuk memastikan cikgu tu tak keluar dari bilik tu jadi zombie.

"Fadhil! Awak tak masuk kelas?!! Kenapa semua kat sini??!! Siapa yang jaga awak semua kat sini??!! Mana cikgu pengawas pusat sumber ni? Susah betullah orang dalam sekolah ni!!! Saya nak photostate pun kena tunggu tiga tahun!!!" Cikgu Chen menggelengkan kepalanya dan terduduk penat akibat menjerit dan bercakap pada masa yang sama. Dia mengeluarkan telefon pintarnya.

Mungkin untuk membebel dalam telegram sekolah.

"Dil, tu.." Faris memberi isyarat menggunakan matanya menunjukkan zombie di dalam bilik stor sedang cuba memecahkan tingkap untuk sampai ke sini.

Fadhil memberi isyarat kepada Afiq Naim dan Amirul Asyraf untuk menjaga pintu supaya zombie tu tak makan cikgu Chen.

Afiq Naim dan Amirul Asyraf bergerak.

Faris dan Fadhil mendekati Cikgu Chen dan berhenti.

"Cepatlah tarik!" Arah Faris kepada Fadhil dalam keadaan berbisik.

"Kaulah tarik!!" Fadhil membalas.

"Ok. Kalau macam tu tarik sama sama" Faris mencadangkan.

"Ok. Aku kira sampai tiga." Fadhil Fahmi mengangkat tiga jarinya bagi mengisyaratkan bagi dia akan mula pada bila bila masa.

"Satu"

"Dua"

"Ti...."

"Kamu buat apa dekat belakang saya ni? Kamu tengah mengejek saya ke??!!" Cikgu Chen memandang ke belakang kerana bau nafas Fadhil fahmi yang busuk nak mati memeranjatkan Cikgu Chen.

"Guys.. Guys... Guys" Afiq Naim memberi amaran.

Kleekk!! Kleekk!!

Bunyi tingkap yang sudah sampai penamatnya kedengaran.

Atas kebodohan Amirul Asyraf yang bodoh tak terhingga kerana membuka  jalan mudah untuk zombie tu memakan otak mereka dengan memulas tombol pintu bilik kurungan zombie tadi.

"Oppss.."

"Tch...Bodoh sial kau" Afiq Naim melafazkan kata kata yang sudah menjadi makanan rujinya.

Fadhil Fahmi dan Faris tiada pilihan lain selain melarikan diri. Seperti pondan.

"Hoi" Afiq Naim menjerit sambil menarik Cikgu Chen bersama ke arah satu lagi bilik di belakang mereka. Pintu bilik utama jauh sangat. Amirul Asyraf membantu dengan cara melarikan diri ke arah pintu terlebih dahulu. tak tahu la apa function dia tolong dengan jaga pintu bilik kecil tu. tapi sekurang kurangnya dia buat sesuatu.

Cikgu Chen memaki hamun Afiq Naim sambil menarik rambut Afiq Naim. 

Nampak kelakar dari jauh walaupun tengah kelam kabut. 

Faiq buat keputusan mendadak dengan menutup semua lampu pusat sumber. terkejut beruk Amirul Asyraf si penakut tu.

Bijak! Zombie tu tak dapat mengesan deria rasanya dalam gelap. dia sedang menghantukkan kepalanya di dinding sebelah Amirul Asyraf.

Semua bernafas lega. Kecuali Cikgu Chen.

Aku dan yang lain tunggu Afiq Naim dan Amirul di dalam bilik APD yang bersambung dengan bilik kecil tadi yang merupakan bilik Cikgu Rozita.

Izz memberi air minuman aku kepada cikgu Chen. tak guna punya palesit , tu air aku !

"Cikgu tak tahu ke?" Faiq memulakan bicara.

"Tahu apa?" jawab cikgu berselang seli dengan batuk yang cuba ditahan.

"Sekolah ni. apa yang berlaku dalam sekolah ni. cikgu tak tahu ke?" 

"Saya baru sampai dari lawatan luar sekolah. tahu apa. kenapa elektrik tak ada tiba tiba. kenapa bawa saya pergi tempat berhabuk macam ni. saya penat baru balik kenapa awak semua serang saya. dah 15 tahun saya mengajar tak pernah lagi saya berhadapan dengan anak murid macam kamu semua . saya akan call parents awak semua"

Haihh, cikgu. saya dah 17 tahun hidup tak pernah lagi jumpa cikgu macam cikgu.

Kami semua dah malas masuk campur dalam perbicaraan Faiq dan Cikgu Chen. semua tahu keras kepala cikgu selain Faiq. yela dia budak baru tahu apa. 

aku,Ellyana dan Qisthina bersandar di tepi dinding. aku betul betul ngantuk. aku dah cakap rehat je dulu taknak percaya. dengan sangat cakap izz tu entah entah diornag dah memang zombie. eeee

Hafizah dan Erika hilang. aku pun dah malas nak cari diorang. nanti pandai pandaila pulang. diorang pun dah besar. siap tengok wayang berdua lagi. mestilah pandai bawa diri. #ytjt

"Jom gerak" tiba tiba Asrul datang menyapa telinga aku yang sedang elok memejamkan mata.

Apa kebenda nya la dia ni. orang baru nak rehat.

"Kemana?" aku bertanya sambil mata tertutup.

"Ke sana. panas la bilik APD ni ish" kedengaran Adib merungut sambil cuba melawak. ni ada yang aku balik kasut ni kang.

"Adib. shhh" Amirul membuat isyarat jari telunjuk di bibir mengarahkan Adib senyap.

Adib akur. dia baring di depan aku.

"Haihh, kita pergi bilik seni la." Asrul mengingatkan sesuatu yang aku taknak ingat.

"Alaaa aku baruuu je baring. tahu tak berapa banyak tenaga aku guna untuk baring ni . kau ingat kau siapa senang senang je suruh aku bangun. aku penat tahu penat. kau ni " Adib bangun smabil mulut tak berhenti membebel macam buat bertih jagung.

Aku ketawa, penatla aku dengan si bebal ni.

"Eh, cikgu ikut ke?" Ellyana bertanya.

"Tak, kitorang plan nak jadikan dia umpan zombie" Amirul Afiq menyampuk lalu kepalanya diketuk oleh Syukri. Faiq di sebelah menggelengkan kepala.

"hehe gurau je ala"

"Erika dnegan Hafizah mana?" tanya qisthina.

"Ada tu tengah geledah bilik cikgu Rozita. kut la ada makanan ke" Farith menerangkan.

kami mengangguk kan kepala. 

Adib yang sudah bersedia di pintu keluar memandang kami.

"Woi, bila gerak" katanya.kasar.

"Esok, ni dah senja. nanti gelap" Faiq memberitahu lembut.

"Eee babilaaa penat aku bangun tadi, hantu raya mana bagitahu aku gerak sekarang tadi, kau nak aku pijak kau ke eee tak guna betullah, ni habis terbakar lemak lemak belaan aku sebab kau eee" Marahnya sambil menghentakkan kaki ke lantai.

Tergelak kami dengan telatah bodohnya. habis bergegar sekolah kena hentakan dia. kalau kurus tak apalah juga. hahaha

******

EEE entah la aku bedal je, aku tak reti la nak buat aksi aksi ni, ni entah tahun bila pulak la aku update. lagi 2 minggu dah trial, ah petak kepala otak aku. 

Saja je update even tak ada siapa nak baca.

Haa okay la, sama sama

Get Shit DoneWhere stories live. Discover now