WHO ARE YOU?

1K 48 8
                                    

"Please Lisa. Please.. Wake up. I miss you so much.." Rayu Chaeyoung sambil memegang erat tangan gadis yang sedang terbaring di atas katil hospital itu.

Wajah gadis tersebut dipenuhi dengan kesan calar dan kepalanya pula berbalut. Sudah seminggu gadis tersebut tidak sedarkan diri dan perkara tersebut betul-betul menyakitkan hati Chaeyoung.

Lisa koma. Sudah tentu perkara tersebut sungguh menyakitkan hati. Lagi-lagi apabila melihat keadaan gadis tersebut. Chaeyoung merasakan yang hatinya bagai dihiris halus-halus.

Kalau boleh, dia nak gantikan tempat Lisa. Dia sanggup berada dalam keadaan tersebut asalkan bukan Lisa.

***

Chaeyoung tersedar daripada lenanya apabila merasakan tangan yang dipegangnya itu ada sedikit pergerakan.

Apabila kepala didongakkan, dia terkejut melihat Lisa yang sudah sedar dan sedang merenungnya. Serentak itu, dia terbeliak lalu bangun dari kerusi dan melangkah keluar daripada bilik tersebut untuk memanggil doktor sebelum kembali masuk semula.

"Thanks, god. You're awake." Ujar Chaeyoung gembira dan berkira-kira ingin mencapai kembali tangan gadis itu tetapi Lisa terlebih dahulu melarikan tangannya.

Chaeyoung terkedu.

"Lisa?" Dia memandang Lisa dengan wajah yang kehairanan.

"Si..siapa kau?"

***

"Si..siapa kau?"

Soalan Lisa tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga Chaeyoung. Dia duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan bilik yang menempatkan Lisa.

Kenapa? Kenapa Lisa tak kenal dia?

"Chaeng!" Jerit satu suara membuatkan Chaeyoung mendongak lalu menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Serentak itu, dia ternampak akan Jisoo dan Jennie melangkah laju ke arahnya.

"Yah, Lisa macam mana?" Soal Jisoo lalu melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Chaeyoung mendiamkan diri lalu memandang Jisoo dengan air mata yang bergenang di kelopak matanya. Jisoo tersentak.

"Chaeng?" Serentak itu, air mata Chaeyoung mula tumpah dan mengalir lebat dipipinya. Dia menangis teresak-esak membuatkan Jisoo mulai cemas dan menariknya ke dalam pelukan.

"Yah.. Chaeyoung-ah.. What's wrong?" Soal Jennie sambil mengelus lembut kepala Chaeyoung. Chaeyoung tidak menjawab sebaliknya dia hanya terus menangis. Esakannya juga semakin kuat.

Jisoo dan Jennie saling berpandangan dengan pandangan yang penuh kehairanan. Kemudian, pintu bilik tersebut terbuka dan seorang doktor perempuan berambut ikal melangkah keluar dari bilik tersebut dan meluru ke arah mereka. Wajahnya kelihatan sedikit tertekan.

Lantas mereka berdiri dan menghampiri gadis itu.

"Unnie. Macam mana dengan Lisa?" Soal Chaeyoung sebaik sahaja dia menyeka air matanya. Chorong mengeluh berat.

"Unnie tak tahu nak cakap apa. Tapi, Chaeng.. Unnie nak kau bersabar dengan apa yang unnie nak cakap. Mungkin apa yang berlaku ni ada sebabnya." Ujar Chorong sambil menepuk bahu Chaeyoung. Wajah adiknya itu dipandang dengan penuh simpati. Chaeyoung menelan air liur sebelum mengangguk perlahan.

Sekali lagi Chorong mengeluh berat sebelum bersuara.

"Ketika Lisa kena langgar dalam kemalangan minggu lepas, unnie rasa yang kepalanya terhantuk kuat menyebabkan..." Dia terdiam seketika sebelum menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghebus perlahan.

"Dia hilang ingatan..."

***

Jam telah menunjukkan pukul 11 malam dan Chaeyoung masih lagi duduk di atas kerusi sambil merenung wajah Lisa yang sedang tidur lena itu. Jisoo dan Jennie pula sudah lama pulang ke rumah mereka.

Tiba-tiba, kata-kata Chorong tadi bermain-main difikirannya.

"Ketika Lisa kena langgar dalam kemalangan minggu lepas, unnie rasa yang kepalanya terhantuk kuat menyebabkan... Dia hilang ingatan."

Bagaikan batu besar yang menghempak dirinya, Chaeyoung terkedu.

"W-What?" Soal Chaeyoung lagi sekali. Betul ke apa yang dia dengar? Atau dia silap dengar.

"Lisa hilang ingatan, Chaeng. Amnesia. Dia amnesia. Separuh memori dia yang lepas dah banyak hilang. Yang dia ingat, dia masih lagi berusia 20 tahun. Single dan masih lagi merupakan pelajar universiti." Terang Chorong lagi. Chaeyoung merasakan yang lututnya menjadi lembik tiba-tiba. Dia hampir rebah tetapi sempat dipegang oleh Jennie dan Jisoo.

"No...." Lisa hilang ingatan? Dia masih ingat yang dia baru berusia 20 tahun? Jadi, Lisa tak ingat aku. Dia tak kenal aku sebab kami berjumpa ketika masing-masing berusia 23 tahun.

Chaeyoung tersedar apabila dia terdengar akan pintu yang ditutup seseorang dia menoleh dan melihat Chorong yang berdiri di pintu bersama senyuman nipis dibibir.

"Hey." Sapa Chorong sambil menghampirinya. Chaeyoung membalas senyumannya unnienya itu dengan senyuman kelat.

"Hey."

"So, dia tidur lagi?" Soal Chorong. Chaeyoung mengangguk perlahan.

"Banyak sangat ke ubat tidur yang unnie suntik dalam badan dia?" Soal Chaeyoung.

"Sikit jer. Tapi rasanya badan dia still lemah, jadi masa tidur dia tu jadi lama sikit." Terang Chorong dan serentak itu, suasana bilik tersebut kembali senyap.

Chorong tunduk memandang Chaeyoung yang sedang memandang wajah Lisa itu. Dia mengeluh berat.

"Please bersabar Chaeng. Kau kena kuat. Lisa perlukan kau sekarang. Dia..."

"Dia pasti tak ingat semua memori pasal kitorang kan? Dia pasti tak ingat pasal kewujudan aku dalam hidup dia. Atau lebih tepat, dia pasti tak ingat yang aku ni isteri dia." Potong Chaeyoung membuatkan Chorong terdiam.

"Chaeng..." Panggil Chorong tapi panggilannya itu tidak dilayan. Chaeyoung mencium belakang telapak tangan Lisa sebelum bangun dan melangkah keluar dari situ.

Chorong yang melihat pemergian adiknya itu mengeluh berat. Dia kembali memandang Lisa yang masih lagi lena dibuai mimpi itu.

Apa yang akan jadi lepas ni, Lisa? Macam mana kau akan layan adik aku?

#bersambung...

Annyeong... So, here is my first story.. This is Special for Chaelisa ft Jensoo shipper only. So, siapa yang tak suka.. Boleh back and cari cerita lain. And btw, citer ni hanya rekaan dan untuk suka-suka semata-mata. Just for fun, so, please jangan ambil serius sangat...

(✔)HER UNTOLD SECRET[CHAELISA] GirlxGirlWhere stories live. Discover now