GO BACK WITHOUT HER?

349 28 2
                                    

Seminggu. Sudah masuk seminggu selepas penipuan Lisa terbongkar. Sudah masuk seminggu selepas Lisa mengatakan yang dia ingin bercerai. Dan sudah masuk seminggu jugalah Chaeyoung dan Lisa tidak bersua muka.

Walaupun mereka berada dalam satu apartment, tapi Lisa cuba untuk mengelak daripada berjumpa dengan Chaeyoung.

Sebelum Chaeyoung bangun dari tidur, Lisa sudah keluar dari rumah dan pulang apabila gadis tersebut sudah lena dibuai mimpi.

Dia terpaksa berbuat sedemikian kerana dia masih lagi buntu. Dia buntu sama ada hendak meneruskan rancangannya atau tidak. lebih lagi apabila Chorong mengatakan yang jantung baru untuknya sudah dijumpai. Hanya ingin meminta persetujuan sahaja.

Kalau dia dah pulih, dia akan tak akan bercerai dengan Chaeyoung ke? tapi, apa yang dia nak cakap kepada gadis itu nanti?

***

Sebaik sahaja Chaeyoung melangkah keluar dari bilik air, dia terdengar akan pintu rumah yang ditutup seseorang. Serentak itu dia mengeluh apabila mengetahui yang itu adalah daripada Lisa.

Macam biasa, Lisa akan keluar dari rumah tersebut pada awal pagi dan pulang pada lewat malam.

Chaeyoung mengeluh berat. Selama seminggu ni, sudah lebih 100 kali dia mengeluh. Sudah berkali-kali dia menangis. Matanya bengkak. Hidungnya merah. Badannya makin kurus kerana kurang makan.

bagaimana hendak makan kalau orang yang dia cinta hendak berpisah dengannya?

Hari ni dia mengambil keputusan untuk menyarung hoodie Lisa. Hoodie yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Sebaik sahaja hoodie kuning itu tersarung pada badannya, Chaeyoung berasa sebak tiba-tiba. Bau badan Lisa yang ada pada hoodie tersebut menerpa ke hidungnya.

Chaeyoung menggigit bibir dan cuba sedaya upaya dia untuk tidak menangis lagi. Dia sudah penat. Penat kerana banyak menangis.

Selepas mengenakan make up yang simple bagi menutup sedikit sembab di mata, Chaeyoung keluar dari bilik dan bergerak ke ruang tamu.

Sarapan? Selera makannya sudah terpadam sejak hari pertama Lisa kemalangan lagi dan apabila Lisa mengatakan yang dia ingin bercerai, Chaeyoung merasakan yang dia tiada lagi selera makan. Mati.

Dia langsung tidak menyentuh apa-apa makanan kecuali hanya minum air.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung diatas sofa, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering menandakan yang ada panggilan masuk. Serentak itu, Chaeyoung terbeliak apabila melihat nama pemanggil.

Omma

Dia berdehem kecil untuk memastikan yang suaranya okay sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hye, omma." Sapanya dengan suara yang dijadikan seceria yang boleh.

"Hye, my baby. How are you?" soal suara wanita separuh abad disebalik talian. Chaeyoung tersenyum nipis.

"I'm fine. Omma dan appa macam mana? Sihat?"

"Sihat.. Macam mana keadaan Lisa?" Nama Lisa yang disebut itu membuatkan Lisa berasa sebak. Lagi.

"Ermmm.. okay. Dia okay." Lisa okay tapi tidak bagi Chaeyoung.

"Ouhh.. bagus la. Jadi, dia dah ingat banyak benda ke?" Soal Miss Park yang tidak tahu apa-apa itu. Serta-merta air mata Chaeyoung menitis perlahan dengan kenaifan ommanya yang tidak tahu apa-apa itu. Keluarganya di Australia itu langsung tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Yang mereka tahu hanyalah tentang kemalangan Lisa dan kesan kemalangan tersebut.

"Banyak jugaklah." terlalu banyak omma. Terlalu banyak sebab dia tak pernah lupa satu pun..

"wah.. senang hati omma sekarang. Nanti dia dah betul-betul pulih, balik la ke sini. Kitorang rindu nak berbual dengan korang. Ataupun terus pindah jer sini. Appa kamu tu dah kena ada pengganti untuk uruskan kompani. Daripada kamu berdua duduk dekat sana tanpa bekerja, baik datang sini. Nak suruh Alice, Alice dah nak jadi peguam. Chorong pula dah jadi doktor. Jadi omma harapkan kamu jer." Ujar Miss Park. Chorong mengurut dahinya.

"Okay, omma. Nanti bila Lisa dah betul-betul pulih, Chaeng berbincang dengan dia." Ujar Chaeyoung. Mungkin dia akan pulang ke Australia. Tapi mungkin hanya seorang diri.

"okay. So, omma nak berbual lagi dengan kamu tapi appa kamu dah panggil. Lagipun kitorang nak pergi ke rumah Uncle James kamu. Dia buat majlis sikit. Bye, sweetheart. please still healthy and i love you."

"Okay, omma. Bye. I love you too." Sebaik sahaja panggilan terputus, Chaeyoung melemparkan telefonnya di sebelahnya. Namun, disebabkan dia melempar dengan terlalu kuat, telefon tersebut tidak mendarat di atas kusyen lembut itu sebaliknya di atas lantai.

Chaeyoung menepuk dahi. Kenapa nasibnya begitu malang sekarang?

Lantas dia bangun dan cuba untuk mengutip telefonnya itu. Namun, ketika dia hendak bangun semula, dia ternampak akan satu cebisan kertas yang berada dicelah kusyen tersebut.

Berkerut dahinya kerana kehairanan. Tanpa berlengah lagi dia menarik kertas tersebut. Keningnya pula terjungkit apabila mendapati yang kertas tersebut merupakan sampul.

Kerana berasa ingin tahu, dia membuka sampul tersebut dan mengeluarkan helaian kertas yang berada di dalam sampul itu. Lantas dia membaca isi kertas tersebut sebelum terbeliak.

Serta-merta kertas tersebut terlepas daripada genggamannya dan air matanya mula bergenang di kelopak mata.

"No..."

***

"Lisa!" Panggil Eunji apabila melihat Lisa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe tersebut. Lisa yang ternampak akan kelibat Eunji itu tersenyum dan terus melangkah ke arahnya.

"Mana Chorong unnie?" Soal Lisa apabila perasan akan ketiadaan gadis tersebut sedangkan Chorong menyuruhnya untuk datang ke sini.

"On call." Jawab Eunji ringkas. Lisa mengangguk faham.

Selepas minuman yang dipesan Lisa itu tiba dimeja mereka, Lisa bersuara.

"So..kenapa nak jumpa?" Soal Lisa yang daru tadi lagi berasa pelik dengan perjumpaan kali ni. Kalau nak bincang pasal jantung dia, boleh jer nak jumpa dekat hospital. Tapi ni dekat kafe bagai.

Eunji tersenyum lebar. Lalu dia menghirup jus limaunya sebelum kembali memandang  ke arah Lisa.

"I have a new for you." Ujar Eunji. Dan serentak itu, Lisa merasakan yang jantungnya berdegup laju. Dia menelan air liur.

"Ap..Apa dia?" Soalnya. Eunji tersenyum lagi.

Lantas dia mengeluarkan sehelai kertas daripada satu sampul dan menghulurkannya kepada Lisa.

Lisa menjungkit kening. Dia memandang kertas itu lalu memandang Eunji sebelum membaca isi kandungan fail tersebut.

"Borang persetujuan pemindahan jantung" serentak itu Lisa terkedu. Dia terkebil-kebil seketika dan membaca semula tajuk utama yang tercatat pada kertas tersebut dan membaca keseluruhan isinya.

Serentak itu, air matanya mula bergenang. Dia memandang Eunji dengan riak yang tidak percaya. Senyuman lebar terukir dibibir.

"Selepas pasangan suami isteri tu setuju untuk pindahkan jantung anak mereka kepada kamu, Chorong terus buat pemeriksaan untuk pastikan yang jantung tu sesuai dengan darah kamu. And yup.. Ia sepadan. So, Lisa.. you can sign up that form for your surgery next week."

#bersambung..

ak nk sgt tau mcm mana reaksi korg utk chapter kali ni... hahah.. btw.. maybe chapter slps ni mrupakan chapter akhir.. maybe la..

(✔)HER UNTOLD SECRET[CHAELISA] GirlxGirlWhere stories live. Discover now