B2

467 12 0
                                    

Papa.

Lelaki yang paling aku hormat sehingga akhir hayat.

Senakal-nakal aku, bila papa mula tegur, aku takkan membantah. Sebab aku tahu dia tegur kerana dia sayang aku. Begitu juga kakak.

Tapi, ada beberapa perkara yang kadang-kadang buat aku still buat benda yang sama.

Well, darah muda.

Dari awal aku masuk U, at first, aku still behave. Balik on time dan kalau lewat pun masih dalam batas yang papa dah tetap. Tapi, sejak assignment banyak, aku jadi balik lewat dah on that point aku dah berjinak-jinak nakal.

Satunya, sebab papa beli kereta untuk aku.

Aku rasa bebas.

Keduanya, sebab kerap juga aku balik lewat and selamat sebab papa and mama takdek kat rumah.

Kakak aku? Dia semestinya kat rumah dia sebab dia dah kahwin.

Tapi, itulah, kena dengan pepatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Aku kantoi.

Rupanya papa pasang spy untuk intip kegiatan aku.

Aku nakal. Balik lewat.

Tapi bukan pergi kelab malam! Not my taste.

Aku lepak. Lepak dengan Seulgi dan Sulli.

Awalnya papa maafkan lagi sebab aku buktikan text midterm aku, aku dapat full A. Aku janji aku behave lepastu.

Tapi,

Aku buat lagi.

Aku keep on repeat the same things and kadang-kadang pukul 2 or 3 pagi baru sampai rumah.

And yes, kantoi lagi.

Tapi yang herannya, papa tak marah. Papa cuma diam dan akhirnya secara tiba-tiba, semua harta benda yang dia bagi pada aku, ditarik balik.

I swear, aku menangis teruk gila masa tu.

Pergi kelas dengan driver papa. Duit belanja papa bagi untuk sehari dah macam pergi sekolah.

Pernah sekali tu, aku tak balik dengan driver papa. Aku balik dengan Seulgi. Alih-alih, Seulgi pon di blacklist oleh papa. Mujur  Seulgi jenis berani, dia datang minta maaf and papa pon forgive her.

Start daripada tu aku totally behave. Sampai Seulgi dengan Sulli takut nak berkawan dengan aku.

Dan, semuanya bermula,

Entah macam mana, malam tu aku dipaksa ikut makan malam dengan papa and mama. Mama tak arahkan bibik untuk masak so aku memang kena ikut.

Mama siap belikan aku gaun untuk dipakai.

So, aku tak assume panjang and just wear it. Kakak aku dengan abang ipar aku pon dijemput dan aku ingat ni macam dinner family aku.

Sampai saja kat Hotel Grand Hyatt, kami disambut dengan kawan papa yang juga makan malam dengan keluargnya.

Malam tu lah,

Aku bertentang mata dengan lelaki bernama Kim Jongin.

Keluarga aku dan keluarga Kim bergabung makan malam bersama. Aku macam biasa just seat and stay silent jer. Sembang dengan kakak and abang ipar aku. Sesekali aku dapat rasa lelaki tu curi-curi pandang aku.

MINE Where stories live. Discover now