B12

752 6 0
                                    

Kai pulang lalu segera naik ke bilik.

Terkejut dia tadi bila terdengar Amber bersembang dengan seseorang  yang Krystal dah balik dengan driver. Padahal pagi tadi gadis itu dah janji nak balik sekali.
____________________________________

Beberapa jam sebelumnya,

Guyssss! Final is doneeeee!!!

Finally aku dah tamatkan sem 3 aku! Bebas daripada buku buat seketika.

"Krys!"

Aku toleh dan terlihat Seulgi, Sulli dan Sehun di hujung pintu utama dewan.

"Wehhh! Korang datang sebab aku ke?" Soalku.

"Ye lah! Kan kau sorang-sorang ada paper harini. By the way, dah habis finallll!!!"

Maka, terloncat-loncatlah kami bertiga di situ penuh girang dan ria nya. Siapa jer tak seronok final dah habis? Ingat best melingkar kat rumah dengan buku?

Tapi, riang ria hanya sementara.

Kerana ada yang lebih meriah dari kami.

"Weh! Sir Kai!" Jerit Seulgi.

Aku hanya diam kelu seribu bahasa kerana apa? Kerana sekarang 'Sir Kai' merangkap suami aku telah di kerumuni oleh pelajar-pelajar gilanya.

Termasuk si Seulgi yang dah heret Sulli mendekat.

Amboi, suami aku tu melayan student selfie. Bukan main senyum macam lupa ada bini!

"Kau tak join?" Celah Sehun buat aku kembali ke realiti.

"Malas aku. Tah apa yang ada kat Sir Kai tu sampai semua berlari nak ajak bergambar." Kataku.

Mood aku agak bergelojak sebab adegan ni. Haishhh..

Makin bertambah student yang nak selfie.

SI AMBER PON JOIN?!

Parah gini. Kai dah janji nak bawak aku pergi makan untuk celebrate final aku. Tapi situasi ni sumpah annoying.

"Kau join kami makan-makan tak?" Soal Sehun lagi.

"Taknaklah. Malas." Balasku.

"Lah, dahtu? Kami datang ni sebab nak bawak kau pergi makan lah. Jom lah?" Ajak dia lagi.

"Kau rasa, kita boleh pergi sekarang ke? Tak nampak tu Egi tengah bersesak berebut nak selfie dengan Sir kesayangan dia tu?!"

Sehun pandang aku dengan senyuman meleret. Aku angkat sebelah kening tanda apa.

"Kau tak suka or kau jealous?" Soal Sehun. Aku diam.

Terlalu nyata sangat ke aku punya jealous ni? Hmmmm.

"Aku balik lah dulu. Korang lepak lah. Aku takdek mood pulak nak lepak. Aku nak golek-golek atas katil." Kataku lalu laju menelefon driver papa untuk pick up aku.

Lantaklah kat mamat ni. Sibuk melayan peminat dia tu.

Huh!!

*

"Sayang, kenapa balik tak bagitahu?"

Aku diam jer dari awal dia masuk dalam bilik sampai sekarang dia menyoalkan aku soalan tu.

"Sayang, saya tanya, jawablah." Soal dia lagi dan naik ke katil cuba dekat dengan aku. Aku jeling jer dia.

"Kenapa? Tak boleh jawab soalan exam ke tadi?" Soal dia lagi.

Dia tak sedar ke yang aku ni hilang mood sebab dia?! Haih.. makin menyebalkan ni!

"Saya nak pergi toilet." Kataku lalu masuk ke tandas. Sempat aku nampak dari hujung mata dia nampak confuse.

MINE Where stories live. Discover now