B18

858 4 0
                                    

Aku tenung Kai yang sedang main dengan anak kami.

Ya, tak sangka, dalam aku bercakap belum bersedia, now kami dah laluinya. Anak perempuan kesayangan aku dan Kai.
Paling Kai manjakan. Sekarang dah 10 bulan dan boleh berbahasa bayi. Makin buat Kai jatuh cinta.

Setiap kali anak kami dah tidur, Kai selalu datang kat aku and ucap terima kasih.

Kata dia, dia takkan mampu milik anak secantik itu jika bukan aku yang kandungkan. Jadi dia sangat bersyukur.

Agak cringe untuk aku terima ayat dia tu tapi aku hargai. Buat aku rasa mengandung itu indah.

"Ayang, saya nak pergi toilet jap." Kata Kai lalu serahkan Baby pada aku.

Menunggu Kai ke tandas sambil aku tepuk-tepuk Baby yang nampaknya dah nak tidur. Seronok seharian berjalan dan sekarang dah letih. Saja aku dan Kai bawak dia ke taman. Supaya dia tahu, bukan aku dan Kai saja yang wujud dalam dunia ni dan juga kena tahu, indahnya ciptaan Tuhan.

Disebabkan Baby dah pun terlelap, aku masukkan dia dalam stroller. Aku suka tengok muka tidur Baby. Sebijik macam Kai. Tak nafi memang 99% genetik Kai melekat kat Baby. Cuma bahagian hidung mancung tu jer Baby amik genetik aku. Haa, warna kulit aku. Kalau ikut Kai, maybe agak gelap sikitlah.

"Tidur dah?" Kai kembali. Aku angguk.

"Jomlah balik." Ajak Kai. Dia galas beg aku dan beg Baby lalu kami sama-sama beredar dari kerusi yang kami duduk.

Suasana petang, ramai orang beriadah kat taman. Anak-anak kecil main buat aku tak sabar nak tengok Baby membesar dan dapat main dengan kawan-kawan dia kat taman.

"Kai, nak tu!" Aku ajak Kai beli rojak.

Lama tak makan! Sejak pregnant ke Baby memang aku jauhi rojak, satu sebab dalam rojak ada nenas dan satu lagi bau kuah rojak tu entah kenapa buat aku rasa mual.

"Yang pedas ke yang biasa?" Soal Pakcik tu.

"Pedas satu biasa satu." Kataku. Kai senyum. Dia tahu aku kalau bab makan mana pernah cukup satu.

"Yakin ke habis tu?" Soal Kai.

"Kalau tak habis awaklah makan."

"Nakal eh? Awak yang nak, awaklah makan!" Balas dia.

"Tapi saya yakin, saya boleh habiskan!" Balasku. Kai geleng kepala dengan kerenah aku.

Nyenyak betul Baby tidur. Nampak sangat letih. Harini dia tak take a nap langsung. Seronok dia berjalan. Kami bawak dia bershopping, pergi aquaria tengok ikan walaupun aku tahu dia tak paham sangat lagi apa yang dia tengok, and now kat taman. Memang eloklah tidur pun.

"Kai, cer check, mana tahu Baby panas." Aku agak risau sebabnya cuaca petang ni boleh buat Baby peluh. Anak aku ni ada masalah eczema, mujur bukan major, cuma tak boleh peluh, nanti ruam-ruam merah menyerang.

"Ayang!!" Jerit Kai dengan muka panik. Aku menatap hairan. Saat itu Kai pusingkan stroller dan,

MANA BABY?
ANAK AKU MANA???

*

"Baby!!!"

"Hey, sayang..." Kai tenung aku. Aku pandang sekeliling dan aku yakin aku di bilik aku. Nafas aku naik turun.

"Kenapa?" Soal Kai. Aku hela nafas berat lalu peluk Kai. Aku lega kerana semua hanya mimpi. Hanya mimpi. Aku dan Kai mana ada anak lagi. Kenapa mimpi tadi begitu?

MINE Where stories live. Discover now