HARI ni cuti. Jadi, Aisya hanya duduk dirumah. Manakala Rayyan entah melesap ke mana dia pun tidak tahu. Yang pasti sejak dia bangun tidur, Rayyan sudah tiada di sebelah. Sudah la hari ni anniversary mereka. Namun Rayyan seakan lupa tentang hal ini.
Ini Aisya nak merajuk sangat dengan Rayyan. Mahu taknya, anniversary yang pertama tau, mestilah dia nak sambut. Masalah sekarang Rayyan yang hilang.
Sudah masuk 20 kali dia membuat panggilan tapi tak diangkat. Telefon dilempar ke sofa ruang tamu. Aisya mengeluh buat kesekian kalinya. Nak kena Rayyan ni.
"Mana dia pergi... call tak angkat, whatsapp pun tak reply," gumamnya seorang diri. Matanya sejak tadi dijeling kearah jam yang terletak cantik didinding.
"Assalamualaikum!" ucapan salam dari luar rumah diselangi dengan bunyi loceng menyentakkan Aisya yang tidak senang duduk sejak tadi.
Aisya segera membuka pintu sambil menjawab salam. Figura yang amat dia kenali, Fitrah. Senyuman ceria ditayangkan buat Fitrah.
"Babe, rindu kau!" jerit Aisya lalu menjemput Fitrah ke dalam rumah. "Masuk la. Semakin berseri sekarang kau ya," gurau Aisya ketika menjemput Fitrah masuk.
"Aku pun, rindukan kau... Dah lama kita tak jumpa sejak kau kahwin ni. Langsung tak menjenguk aku," katanya setelah duduk di sofa ruang tamu menghadap televisyen.
"Tu la pasal. Agak setahun dah la kan. Kita jumpa last waktu aku nikah dulu. Hari ni la, anniversary aku yang pertama," kata Aisya dengan cerianya. Biasa la excited jumpa kawan lama
"Happy anniversary, babe. Malam ni, jom keluar makan dengan aku. Ke kau dah ada rancangan dengan suami kau?" ajak Fitrah.
"Tengok la du-" kata kata Aisya terputus tatkala mendapat panggilan daripada Rayyan. Finally, dia call juga. Panggilan tersebut cepat saja diangkat.
"Bie... aku kena outstation hari ni. Lupa nak cakap dekat kau. Tadi aku keluar tergesa gesa sangat. Kejap lagi ada meeting dalam 20 minit lagi. Esok, mungkin aku balik," beritahu Rayyan selafaz.
"What? Bie... don't you remember something, today?" tanya Aisya dengan sayunya. Sampainya hati Rayyan tinggalkan dia macam itu saja. At least, tinggalkan nota.
"What? Today is saturday. Weekend, baby. What's wrong bie? Ada something yang aku lupa ke?" tanya Rayyan seperti tidak bersalah. Makan nasi setiap hari, tapi kenapa macam makan semut setiap hari. Suami siapalah ni.
"Bie, how could you... tak apa la, tak ada apa apa pun. Bye, love you!" ucap Aisya dengan sayunya yang tak dapat dibendung lagi. Aisya mematikan telefonnya selepas mendengar balasan cinta dari sang suami yang tercinta.
"Ye la... kita keluar malam ni. Nak pergi mana?" tanya Aisya. Dia cuba sembunyikan rasa sedihnya di dalam hati. Tak mahu siapa pun tahu. Biar dia saja yang pendam.
"Ehh... kejap, aku PA dia. Tak dapat pun info pasal outstation. Lupa nak tanya dia pula," desis hatinya. Itu la, tadi sedih sangat sampai lupa nak tanya semua dekat Rayyan.
"Aku nak bawa kau pergi tempat yang paling special! Aku pasti kau akan suka punya! Tapi, aku nak dress up kau dulu, sebab aku nak raikan kau. Hari ni anniversary kau and kita dah lama tak jumpakan," kata Fitrah dengan sengihannya.
Dengar cerita dia dah official dengan kawan Rayyan. Rayyan la cerita. Harap harap naik pelamin tak lama lagi.
"Hmm... ye la. Tapi, aku dah cantik la. Tak dress up pun tak apa la, Fit!" kata Aisya lagi.
"Alaa... aku nak meletopkan lagi kau ni!"
"Ye la, ye la. Sibuk je kau kan," pasrah Aisya. "Kau bila nak kahwin pula, Fit. Teringin nak ada anak menakan dari kau," gurau Aisya bersama tawanya.
"Elehh... kau! Minta dekat aku buat apa, dia dah ada suami kan. Pergi la buat anak sendiri dengan suami tercinta sana," gurau Fitrah pula.
"Nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi dohh. Inshaallah, kalau ada rezeki ada la. Doa doakan la untuk aku dengan Rayyan ada anak cepat cepat sikit," kata Aisya dengan senyuman plastik.
"Ye la, Puan Aisya. Aku doakan kau cepat ada anak. Hidup bahagia selalu bersama insan insan tercinta. Aku selalu support kau. Kalau ada apa apa call aku. Aku sentiasa ada untuk kau,"
"Aminn, thank you babe. Kau la, kawan baik aku yang tak pernah jemu melayan kerenah aku dari dulu lagi,"
"Jom makan! Aku lapar," ajak Fitrah. Mereka berdua bergerak menuju ke dapur untuk menyediakan breakfast. Sekurang kurangnya Aisya tidak terlalu sedih dengan hadirnya Fitrah ke rumahnya. Tunggu Rayyan! Masih banyak perhitungan yang belum diselesaikan. Nampak macam mommy happy sekarang ni?
YOU ARE READING
MY SILLY WOMAN [COMPLETED]
RomanceAlso known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas bertemu lelaki itu dalam situasi yang tidak dirancang. Siapa sangka Rayyan jatuh cinta pada pandangan...