SEPERTI hari hari yang lain, Aisya dan Rayyan akan ke pejabat. Sebenarnya, jikalau boleh dia mahu isterinya tinggal sahaja dirumah tapi maklumlah Aisya mana pernah makan saman.
Aisya mengetuk pintu pejabat Rayyan sebelum masuk. Sejak bila Aisya formal sangat dengan Rayyan. Selama ni, dia terjah saja.
"Boss, esok ada meeting di Singapura bersama Mr.Lim. So, saya dah aturkan semua. Ada yang nak ditambah atau dibantah?" beritahu Aisya dengan muka yang serius.
Rayyan memandang jelik kearah isterinya itu. "Tak payah nak formal sangat. Bukan geli je meleleh cair tahi telinga ni!" kata Rayyan sambil menyambung kerjanya.
Aisya mencebik. Nak rasa jugak berformal dengan boss sendiri. Kau mana pernah formal dengan dia.
"Alaa.. try je! Awak, saya rasa macam malas pulak nak pergi Singapore. Awak pergi sorang tak boleh ke?" kata Aisya sambil mengambil tempat dikeruai hadapan Rayyan.
Rayyan menjeling kearah Aisya. "Boleh, nanti bie potong gaji bulan ni," kata Rayyan dengan senyuman manis buat isterinya itu. Pelik juga, sejak bila dia malas kalau nak pergi overseas ni.
Aisya mencebik kecil. Rayyan memang suka mengugut. Mana boleh potong gaji dia. Nak rasa makan perut dia yang besar ni, try la!
"Awak ni... jangan la potong gaji. Saya nak beli phone baru la..." kata Aisya. Asal tak mintak laki kau je. Laki kau tu terlebih mampu.
"Nak phone apa?" tanya Rayyan. Matanya memandang tepat ke anak mata isterinya yang tersenyum senyum.
"Iphone yang baru keluar tu, kenapa? Awak nak belikan untuk saya ke? Terima kasih!" kata Aisya. Mengada nak orang belikan untuk dia.
"Mana ada. Beli la sendiri," kata Rayyan. Tak baik kedekut dengan bini sendiri. Sengihan diberikan kepada isterinya itu.
"Haji bakhil betul! Duit dalam bank tu simpan untuk siapa? Nak nikah baru?" kata Aisya. Untuk anak kau la! Anak kau bukan seorang tapi dua. Itu tak kira lagi yang akan datang. Entah entah satu dozen.
"Yup, untuk bini baru. Kau tahu apa, bini baru aku tu lagi lawa tau," gurau Rayyan. Saja melayan perangai Aisya yang satu ini. Kejap lagi ada yang sentap.
"Elehh... tahu la kita tak lawa! Dah gemuk semua!" kata Aisya sambil mengusap perutnya yang berisi.
"Alala... orang gurau pun tak boleh kau ni! Mana ada gemuk, cuma berisi. Dah la pergi sambung kerja sana," suruh Rayyan.
" Ye la, bye bye." Lambai buat suaminya juga dibelikan. Aisya keluar dari bilik itu menuju ke biliknya. Dia menyibukkan dirinya dengan kertas kerja yang bakal dibawa olehnya ke Singapore esok.
Dia menerima satu pesanan ringkas daripada private number.
Stay away from Ryan.
Aisya hanya memandang sepi. Mungkin tersalah hantar. Dia juga tidak mahu berfikir panjang tentang hal ini.
YOU ARE READING
MY SILLY WOMAN [COMPLETED]
RomanceAlso known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas bertemu lelaki itu dalam situasi yang tidak dirancang. Siapa sangka Rayyan jatuh cinta pada pandangan...