AISYA berjalan berseorangan untuk mencari Rayyan. Rayyan cakap yang dia mahu membeli coffee sebentar. Bandaraya Singapura yang sibuk ini, menjadikan Aisya tidak keruan ketika mencari Rayyan.
Aisya berjalan menuju ke bangunan yang gah berdiri disitu untuk berteduh. Awan pula mula berarak mendung. Dia cuba menelefon Rayyan supaya datang menjemputnya. Rasanya dia sudah tersesat di negara ini.
Tapi macam biasa, kak long yang angkatkan... the number you bla bla bla. Author, tolong bagitau Rayyan supaya buang ja handphone dalam jamban!
Tidak lama kemudian, Aisya ternampak Rayyan di seberang jalan besar. Rayyan melambaikan tangan dan menjerit supaya Aisya tunggu disitu.
Belum sempat Rayyan melintas, sebuah van berwarna putih berhenti dihadapan Aisya. Jeritan nyaring Aisya memanggil Rayyan jelas kedengaran di gegendang telinga.
Rayyan pantas melintasi jalan itu namun ianya sudah terlambat. Van itu terus memecut meninggalkan kawasan itu. Yang hanya kini tinggal dia seorang disitu dan kepulan asap. Hendak dijerit meminta bantuan namun tiada siapa disitu. Hujan mula menuruni ditempat itu seperti mendengar telahan Rayyan disitu.
---
AISYA diikat didalam sebuah rumah usang. Yang pasti, didalam hutan jauh dari kekalutan dunia. Hanya mampu berdoa kepada tuhan semoga ada insan yang baik hati datang membantunya.
Gelakan dan jeritan dari luar bilik yang diduduki olehnya berkumandang. Suara tersebut semakin dekat dengan bilik itu. Tidak lama kemudian bunyi tombol pintu dibuka menyentakkan Aisya.
Dia memerhati kedua dua manusia itu. Dia sangat mengenali kedua dua manusia itu. Yang dia tidak faham sekarang kenapa mereka menculiknya? Madeena. Aidan.
Mesti tertanya siapa Aidan? Peminat Aisya ketika di universiti dulu.
"Wau... Aisya, amazing jugak you ni. Bila nak keluar ni?" kata Madeena sambil menekan perut Aisya yang agak besar.
"Jangan sentuh aku!" jerkah Aisya.
"Elehh... nak sentuh pun tak boleh. Nanti anak kau, anak aku jugak Aisya. Itu pun kalau budak ni masih hidup," kata Madeena bersama senyuman sinis.
"Kau jangan nak apa apakan anak aku. Kau nak apa sebenarnya?" jerkah Aisya. Tak faham dengan motif dua manusia ini.
"Aku nak Rayyan!" kata Madeena lalu merentap tudung Aisya. Sakit yang dirasakan. Dia tak sanggup kehilangan anak anaknya dan Rayyan.
Ya Allah, tolong hambamu ini.
"Mampu kau bagi?" tanya Madeena sambil mengangkat kening dan tersenyum sinis. Ketika ini dia hanya harapkan tuhan kabulkan semua doanya.
Dia cuba kuatkan diri.
'Yenn, saya perlukan awak!' monolog Aisya.
----
"MACAM mana boleh jadi macam ni Rayyan?" jerkah daddy apabila diberitahu Aisya diculik akibat kecuaian dirinya.
"Rayyan tinggal kejap je, bila datang Aisya tak ada dekat tempat tu," jelas Rayyan lagi. Dia sudah buntu ketika ini.
"Jangan nak dalih lagi! Salah tetap salah. Kamu ni cuai, Rayyan."
Rayyan menunduk lagi. Ya, ini semua salah dirinya. Jikalau dia tidak tinggalkan Aisya seorang diri, perkara ini tidak akan berlaku. Andai saja dia bisa putarkan masa tapi semua sudah berlaku.
"Sudahlah, Rayyan. Benda dah berlaku. Kamu cari la isteri kamu tu," kata daddy lalu naik ke bilik.
Bunyi telefon pintarnya menyentakkan dirinya. Private number. Cepat cepat dia mengangkat panggilan tersebut. Hatinya berasa tidak enak.
"Hello, siapa ni?"
"Hai, Zaf. Tak rindu I ke?" tanya si pemanggil. Suara perempuan tapi siapa?
"Siapa ni?" tanya Rayyan lagi. Waktu waktu genting inilah, sibuk pula orang mengganggunya.
"I la, Madeen. Takkan dah lupa, sejak dah ada isteri ni," sinis Madeen. Apa masalah perempuan ni, Rayyan pun tidak tahu.
"You nak apa, I tak ada masa nak layan you!" kata Rayyan. Dia sudah malas, tak ada mood.
"Alaa you ni... I nak cakap ni, wife you ada dengan I. Kalau nak dia datang la dekat I. I hantar location tapi, jangan bawa polis pulak. I tak suka. Kalau you tak ikut cakap I, dengar ni..." kata Madeena. Rayyan terdengar suara isterinya menjerit dihujung talian sebelum telefon itu di matikan.
Ting!
Lokasi isterinya diterima.
YOU ARE READING
MY SILLY WOMAN [COMPLETED]
RomanceAlso known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas bertemu lelaki itu dalam situasi yang tidak dirancang. Siapa sangka Rayyan jatuh cinta pada pandangan...