23

445 62 1
                                    

lee sookyung

"Taknaklah , Neul. Kau pergilah beli sendiri." Aku memeluk tubuh. Boleh pulak si Haneul ni paksa aku belikan air kat mesin air? Dahlah pelajar lelaki suka lepak kat situ. Aku ni walaupun ada keberanian sipi-sipi , tetap aku takut. Takut trauma tu datang.

"Jangan risau , aku yakin kau boleh. Belajar bersendirian tanpa aku." Haneul genggam erat tangan aku.

"Hmm , okey. Kali ni je , lepastu kau kena teman aku balik." Haneul mengangguk laju.

Aku terus keluar dari kelas dan menuju ke mesin air yang berdekatan perpustakaan.
Aku lihat di mesin air tu , tiada seorang pun berada di situ. Aik? Pelik betul , dah insaf ke diaorang semua tu?

Aku memasukkan duit syiling ke dalam mesin tersebut , dan memilih latte ais dan kopi ais.
Setelah tunggu beberapa minit , dua tin air keluar dari mesin tersebut(?). Aku cepat-cepat ambil dan ingin beredar. Aku tolehkan muka , ada seorang lelaki yang sedang menuju ke arah mesin air.

Aku hembus nafas , cuba tenangkan diri. Aku terus jalan melepasi lelaki itu , namun tetiba lengan aku dipegang.
Gelisah aku dibuatnya , Empangan air mataku sudah mahu pecah.

"Erkk , kenapa awak menangis?" Lelaki itu menyoal pantas.

"Kau cuba nak buat benda tak senonoh kat aku kan? Sebab tu kau pegang lengan aku." Aku rentap lengan aku dari pegangannya. Airmata aku seka kasar.

"Awak jangan salah faham. Saya bukan lelaki macam tu , saya pegang lengan awak tadi sebab nak cakap tali kasut awak terlerai." Aku tercengang , malu siot. Aku pandang kasut aku , ya betul memang tali kasutku terlerai. Malunya! Baik aku lariiiiii

Aku terus berlari pecut bak Usain Bolt meninggalkan lelaki tadi. Maluuuu!

tbc

[C] trauma | minghaoWhere stories live. Discover now