38 | ending

617 65 7
                                    

xu minghao lee sookyung

5 bulan berlalu.

Kerutan muncul di dahi Minghao apabila terlekat stick note di lokernya. Siapa pulak yang lekat?

jumpa kat rooftop :)
-sookyung.

Dari Sookyung? Eh kenapa tetiba nak jumpa ni? Malas nak fikir baik pergi jumpa sekarang memandang waktu ini waktu rehat.

"Weh! Hao , nak pergi mana siot? Kita belum makan lagi." Soal Hoshi hairan apabila melihat Minghao tergesa-gesa.

"Korang makanlah dulu! Aku ada hal!" Minghao terus beredar dari situ. Rooftop sekolah ditujunya.

Sampai di rooftop sekolah , Minghao lihat Sookyung sedang asyik makan ramen tanpa sedar yang Minghao dibelakangnya. Otak Minghao mula terfikir idea untuk menyergah(?) Sookyung dari belakang.

Semakin hampir dan-

BOO!

UHUK!

Terus tersedak ramen si Sookyung tu. Minghao apa lagi , paniklah. Cepat-cepat dia hulurkan air mineral pada Sookyung. Sookyung pantas meneguk air dengan rakus sehingga habis sebotol air mineral.

"Kenapa awak terkejutkan saya?! Kalau saya mati tersedak macam mana?" Sookyung terus menghamburkan kemarahan. Matanya sedikit berair kerana perit menahan sakit tersedak.

"Mianhae , Soo. Saya tak sengaja. Saya hanya nak bergurau." Minghao menunduk maaf. Rasa bersalah mula menghurungnya.

"Berguraulah sangat , awak memang nak saya mati kan?" Entah kenapa Sookyung emosional sangat harini sehingga asyik sebut pasal mati.

"Mana ada , saya sayangkan awak takkanlah saya nak awak mati? Please forgive me." Minghao duduk melutut sambil menundukkan muka.
Tiba-tiba Minghao rasa bahunya disentuh oleh Sookyung.

"Bangunlah , Hao." Ujar Sookyung sambil bahu Minghao dipegangnya.

Minghao terus bangun dan memandang lama wajah Sookyung. Pelik sebab Sookyung sentuh bahu dia.

"Saya maafkan awak. Saya harini tak ada mood sebab tu terlebih emo." Sookyung  berkata sambil memandang wajah Minghao.

"Sebenarnya saya ajak awak ke rooftop untuk cakap sesuatu." Sambung Sookyung lagi sebelum menarik nafas dan hembus semula.

"Terima kasih sebab tak putus asa untuk pulihkan trauma saya. Terima kasih juga sebab sentisa di sisi saya selama 5 bulan ni , saya hargai sangat. Dan hari ni adalah hari yang paling bermakna bagi saya sebab trauma saya sudah 100 pulih berkat usaha awak." Sookyung terus memeluk erat tubuh Minghao. Gembira sangat sehingga airmatanya mengalir di pipi gebunya.

"Jangan menangis. You did it , sweetie." Minghao berkata sebelum mengusap belakang Sookyung.

Selepas beberapa minit , mereka meleraikan pelukan dan Minghao mengesat perlahan airmata Sookyung yang tersisa di pipi.

"Saya ingat setahun tak cukup untuk pulihkan trauma awak , saya tak sangka awak dah pulih sebelum setahun. Awak sangat kuat , Sookyung." Minghao mengucup perlahan dahi Sookyung.

"Semua ni kerana usaha awak , Hao." Balas Sookyung lalu memandang wajah Minghao sambil pinggang Minghao dipeluknya.

"Maknanya sekarang awak jadi yeojachin sayalah?" Soal Minghao sambil mendekatkan mukanya dengan Sookyung.

"Mungkin ya." Sookyung ketawa kecil. Wajah Minghao dan Sookyung sangat dekat sehingga Sookyung dapat rasa hembusan nafas Minghao.

"Sweetheart , can I?" Soal Minghao dan Sookyung hanya mengangguk perlahan sebelum bibir mereka bercantum.

the end♡

hiks akhirnya tamat jugak cerita ni. See you all at another ff bye!

[C] trauma | minghaoWhere stories live. Discover now