Mukaddimah

3.8K 14 0
                                    

-Kepalaku berat memikirkan masa depan yang entah mana hala tuju. Badan tulang empat kerat ku letih dek dikerjakan di siang hari. Tubuhku dilabuhkan diatas tilam yang sederhana empuk bertemankan bunyi cengerik malam dan hawanya yang nyaman. Walaupun badanku cuba direhatkan Namun mindaku masih memikirkan tentang saat dahulu bersama Dia yang telah mengukir senyum tawa hidupku dan juga telah menghancurkan ukiran yang megah itu. Aku rasakan tiada lagi ingatan terhadapku olehnya setelah berlalunya beberapa tahun ini tanpa diriku disisi. Sesekali ku menyangkal dakwaan minda ku yang mengatakan bahawa Shazwan tidak lagi mengingatiku. Namun dakwaan itu tidak dapat ku abaikan salamanya kerana bukti dan petanda sudah banyak disaksikan oleh mata ku sendiri. Aku terus berdiri dan menghadap ke tingkap apartment 18 tingkat menyaksikan pemandangan malam di sempadan ibu kota.
Kilauan cahaya dari bangunan dan kereta yang banyak dijalan melayangkan fikiran Farhan yang asyik memikirkan masa lalunya. Tidak dinafikan, kisah hidup Farhan telah mencampakkan dirinya dalam kemurungan, ketidakyakinan(insecurity) dan juga anxiety yang agak teruk. Namun semangat dan kekuatan Farhan melawan semua itu berjaya menstabilkan mindanya. Pintu bilik Farhan dibuka dengan ucapan salam,kelihatan sahabatnya masuk dengan membawa plastik. Farhan dapat menggagak di dalam plastik itu terdapat makanan. Sahabatnya itu memang selalu membawa pulang makanan

" Waalaikumussalam Alif, kau dah balik ye",sapa Farhan. " Yela penat do kerja harini aku kena kerja extra hours memang pancit ah." Jawab Alif sambil melabuhkan punggungya di atas katil yang bertentangan dengan katil Farhan.

" kau dah makan ke Farhan? aku bawak balik makanan ni untuk kau Nasi ayam lebih tadi aku beli. Pelawa Alif.

" Alaa Alif kau ni selalu bawak balik makanan kat aku susah-susah je kau ni, aku boleh cari makanan sendiri la. Kata Farhan

"Eleh kau tu kalau aku tak bawak balik makanan, bukan kau makan pun malam-malam. Sebelum tidur perut kau berbunyi ingat aku tak dengar ke?" Alif sememangnya seorang sahabat dan juga roomate yang baik terhadap Farhan.

Farhan hanya mampu tersengih dengan kata-kata Alif kerana sememangya Farhan jarang makan malam dan berlapar sebelum tidur kerana 'kurang selera' kalau dia makan bersendirian.

Alif menghulurkan sebungkus nasi ayam kepada Farhan. "Nah ambik jela ni, japgi kita makan sama-sama. Aku tahu feveret kau Nasi Ayam pak Rahim ni. Tapi kau kena tunggu aku habis mandi dulu".

Jelas terukirnya
keterujaan di muka Farhan mendengar nama Pak Rahim. Nasi ayam buatan pak Rahim merupakan kegemaran Farhan sejak berpindah ke kawasan itu. " thanks Alif, okay pegi mandi cepat kalau tak aku makan nasi kau!". Gurau Farhan.

Memori Waffle 🧇Where stories live. Discover now