Bab 16

114 3 0
                                    

Diyyana usai sahaja berborak bersama Amy di telefon. Diyyana ada niat mahu keluar bersama Amy. Tapi Diyyana perlulah meminta izin pada suaminya.

Diyyana mencari bilik Nazril. Memang pintu biliknya tertutup rapat. Diyyana mengetuk pintu.

Tok!
Tok!
Tok!
Tok!

"Awak, awak. Buka pintu sekejap? Awak? Awak?", panggil Diyyana dengan lembut sekali. Tapi malangnya Nazril tidak menyahut. Aduhai...
"Awak..... awak... awak..."

Nazril's POV

Aku baru sahaja dibuai mimpi yang indah dari tidurku. Tiba tiba pula ada orang kacau. Lain tak bukan perempuan khianat tu lah. Ketuk pintu bagai nak rak. Apa masalah kau ha, perempuan?

Aku terpaksa lah bangun dari katil. Walaupun berat, terpaksa jugalah. Apa yang dia nak, ha?

End POV

Pintu bilik Nazril terbuka oleh tuan punya badan.

"Kau nak apa?", soal Nazril dengan suara serak. Rambut kusut masai. Muka pun sembam. Tidurlah katakan.
"Aaaa, aaaa... ehem! Saya nak minta izin awak boleh?", soal Diyyana dengan tergagap gagap sikit pada mulanya. "Kau nak apa ni?", soal Nazril dengan suara tegas sedikit.
"Saya nak keluar dengan kawan baik saya boleh?", soal Diyyana dengan lembut. "Keluar dengan kawan? Kawan kau yang mana ni?"
"Dengan Amiza"
"Amiza? Amiza?", soal Nazril yang cuba mengingati kembali siapa gerangan Amiza itu. Dia seperti ingat siapa Amiza itu tapi siapa?

"Amy"
"Oh, yes, yes. Aku kenal"
"Ok, jadi izinkan tak?"
".... tak!"
"Ha? Kenapa pulak?"
"Aku tak bagi tak bagilah"
"Tapi kenapa? Saya nak keluar dengan dia saja. Kenapa awak tak bagi?"
"Suka hati aku lah. Aku ni suami kau. Jadi apa yang aku cakap kau kena akur"
"Saya cuma nak keluar dengan dia je. Dengan Amy. Saya dah janji dah dengan dia"
"Lantak kau lah. Aku tak kasi, tak kasi lah"
"Ye lah. Pergilah sambung tidur tu",kata Diyyana dengan riak wajah yang sayu. Mulut dimuncungkan, kaki berlalu pergi menuju ke bilik semula.

Nazril's POV

Hahaha. Aku saja tak bagi dia keluar. Saja lah. Sibuk je nak keluar, orang lepas kahwin ni duduk rumah, saling kenal mengenali. Ni nak keluar rumah. Apa lah yang seronok sangat si Amy tu berbanding aku ni. Aku saja tak nak bagi dia keluar. Ye lah kalau dia keluar, siapa yang nak teman aku dekat rumah ni. Hermmm, tapi aku dah buat dia merajuk. Ah, kisah apa aku?!!! Rasakan perempuan!

End POV

***************

Diyyana's POV

Alah...... kenapa dia tak bagi aku keluar? Aku nak sangat jumpa Amy. Amy..... tolong aku, wei. Aku nak jumpa kau. Nak minta pendapat.

End POV.

Telefon pintar milik Diy dicapai. Mahu dia telefon semula sahabatnya itu. Memberitahu tentang tidak terjadinya dia keluar bersama.

"Amy...."
"Ha, kau kenapa?"
"Wei... suami aku tak bagi aku keluar dengan kau", mulut dimuncungkan.
"Lah, takpelah. Kalau suami kau tak bagi nak buat macam mana kan. Alah nanti kita jumpa lah. Telefon je sekarang ni, WhatsApp kan ada"
"Aku bukan nak jumpa kau saja saja. Aku nak tanya kau sesuatu ni"
"Ha, kau nak tanya apa?"
"Tak sesuai nak tanya benda tu dalam ni. Kita kena jumpa baru lah best!"
"Alah, herm ye lah. Ni aku nak tanya kau, macam mana keadaan sekarang kau dengan Naz?"
"Macam tu lah. Suam suam kuku"
"Ha? Macam tu? Suam suam kuku?"
"Ye lah. Aku nak bagitahu kau semuanya sebenarnya. Sebab tu lah aku nak jumpa. Aku nak cakap semua tu dekat kau. Nak bagitahu"
"Takpayahlah semuanya kau nak bagitahu. Tak elok cerita keburukan rumah tangga dekat orang"
" (Sentap) aaa.. ye lah. Kau kan sahabat aku. Aku percaya dekat kau".
"Tak payahlah. Bagitahu yang penting penting je. Tak payah sampai semua kau nak share dengan aku"
"Ermmm, ye lah. Nanti kita jumpa eh, Amy. Aku nak luahkan rindu aku dekat kau. Dah lama tak jumpa. Bye! Muah!"
"Ermmm, muah! Bye!"

*************

Terasa bosan Diyyana berada di bilik keseorangan sendirian. Nak jumpa Amy, suami tak kasi. Apalah yang mahu dibuatnya kali ini?

"Diyyana!!!!!!!", panggil Nazril dengan jeritan yang kuat sehingga ke bilik Diyyana. Terkejut dirinya dipanggil sebegitu rupa.

Terus sahaja dirinya berlari ke arah bilik Nazril. Mahu lihat apa yang dirinya buat sehingga Nazril memanggilnya sebegitu rupa.

**
"Kenapa ni, awak?", soal Diyyana dengan muka yang panik. "Kau pergi ambil baju aku ni letak dalam bakul tu. Aku nak mandi ni!", suruh Nazril sambil menunjuk baju dan seluarnya di bawah lantai. Malas betul mahu ambil baju sendiri. Kenapa? Tangan dan kaki tiadakah?

Diyyana mengeluh kecil, ingatkan apalah yang terjerit jerit panggil sebegitu rupa, rupa rupanya suruh ambil baju saja? Itupun malaskah?

Badan Nazril hanya ada tuala di badan. Sungguh sasa badannya hingga terjelopok biji mata. Opps!
Diyyana mengambil baju dan seluar milik suaminya itu dan masukkan di dalam bakul. Mukanya mampu menunduk malu kerana segan mahu melihat jejaka idaman yang hanya berkemban sahaja. Jangankan badannya sasa, mukanya lepas tidur pun masih segak bergaya.

"Dahlah, apa lagi yang kau tercegat dekat situ?! Keluar!", arah Nazril dengan menunjuk pintu yang luas terbuka. Diyyana masih lagi tertunduk malu lalu keluar sambil mengundur. Pipinya mula membahang merah kerana ternampak sedikit badannya yang sasa lagi tegap. Awww! Nazril, Nazril.

*********

"Good Morning, Malaysia!!!!", suara lembut yang sedikit serak membuka langsir. Morning? Dah afternoon tahu?

Siapa lagi kalau bukan Qaisara. Mulutnya luas menguap kerana baru bangun. Anak dara apa lah dia ni sampai matahari tegak atas kepala baru nak bangun. Subuh? Terlepas tak? Of course! Haih, Sara, Sara.

"Mummy!!Good Morning!", kata Sara sambil mendepakan kedua tangannya untuk memeluk Puan Didiah. Puan Didi membuat muka geli. Tak nak berpeluk dengan anak perempuannya yang baru bangun itu. Bau mulut pun dari jauh boleh bau. Mmm, busuk nau!

"Apa kamu ni, Sara? Matahari dah tegak baru bangun?! Morning?! Dah Afternoon tau?", bebel Puan Didi sambil terinjak sedikit dari berpeluk dengan Sara. Sara dah tercari cari kelibat mummynya kerana mahu bermanja sebaik sahaja bangun.
"Mummy!! Sara nak bermanja lah! Mummy tolong Sara!", kata Sara sambil berlari mengejar mummynya yang jauh dari pandangan. Memang Sara ni sebaik sahaja bangun, dia memang ingin bermanja.

******
"Hahahaha, kelakar betul diorang ni!!"gelak Diyyana dengan besarnya. Seronok betul dia mengisi kebosanan dengan menonton rancangan lawak di televisyen. Tapi gelakkannya terhenti semua keadaan menjadi sunyi kerana ada pemerhati. Siapa lagi kalau bukan Nazril Si Suami!

"Seronok gelak? Sampaikan aku dekat sebelah pun tak perasan?", soal Nazril sambil duduk di sofa dihadapan Diyyana. Diyyana membetulkan keadaannya yang terkangkang kerana seronok gelak. Diyyana tidak menjawab pertanyaan Nazril itu. Nazril memang sengaja cari pasal.

Diyyana malas hendak bergaduh dengan dia. Biarkan sahaja dia. Diyyana mengambil alat kawalan jauh yang berada di atas peha. Cuba menukar rancangan yang lain. Tiba tiba televisyen itu berada di rancangan cinta. Telemovie cinta kegemaran Diyyana. Telemovie itu menceritakan kisah cinta seseorang gadis yang memendam perasaan cintanya terhadap jejaka idaman. Memang kisah itu ada pada diri Diyyana. Hampir serupa. Diyyana memang layan telemovie itu kerana heronya yang kacak seperti Nazril manakala heroin itu cantik seperti dirinya. Hehehe.

Diyyana terjerit kecil lalu melayan telemovie itu. Nazril hanya memerhati Diyyana lalu melihat pula telemovie itu silih berganti.

Diyyana dah menekup mulutnya kerana menahan dari terjerit. Adegan telemovie itu ialah hero tersebut sedang tersenyum manis pada heroin sambil jalan berlalu pergi. Sangat manis. Nazril menyembunyikan senyumannya kerana kecomelan Diyyana. Nazril hanya memerhati Diyyana dari jauh sahaja.

**************

Jalankan tugas anda readers!! Hehehe. Terima kasih ye😆👍👍❤️❤️✌️✌️😊😊😊💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

Crush... Where stories live. Discover now