Bab 32

52 2 0
                                    

"Oh My God! Sorry Sara!", kata Nazril dengan keadaan kelam kabut. Nazril terus menghampiri Sara yang sedang membuat muka merajuk kerana lama  menunggu. Nazril terus duduk di hadapan Sara. "Why? Why you late?", soal Sara. "I... actually I'm sleep late last night. Sorry again, okay?", kata Nazril. "Lain kali jangan lewat dah tau", kata Sara sambil memuncungkan bibir. Nazril hanya mengangguk. "You dah order dah ke?", soal Nazril sambil mengambil buku order yang telah diberi oleh pelayan kafe itu. "Dah dah. I dah order", kata Sara. "Beri saya Hot Mocha ye, satu. Terima kasih", kata Nazril kepada pelayan itu. Pelayan itu menggangguk lalu beredar dari situ.

Sara perasan ada sebentuk cincin silver berada di jari manis kiri Nazril. Sara terus menegurnya. "Nazril, are you married?", soal Sara. Terdengar sahaja persoalan Sara, terus dia menyorok jarinya ke bawah meja. "Umm.. n.. nnn.. no. I tak kahwin lagi lah. I just suka pakai cincin.. hehe", bohong Nazril pada Sara. "Seriously?!! Omg! I'm glad to hear that!!!!!", kata Sara dengan seronoknya. "Of course, Sara", bohong lagi Nazril.

***********

"Arghhhhh!!!!!!! Sakit!!!!!", marah Rafiq pada dirinya selepas mengerat lengan kirinya. Rasa menyesal mulai tiba pada dirinya.

"Sayang, kenapa awak buat macam ni pada saya? Saya tunggu awak sayang. Sanggup awak lakukan kepada saya begini?", soal Rafiq pada seseorang wanita yang dicintai olehnya. Rafiq sedang stalk instagram milik Diyyana. Disitu terdapat gambar yang telah dipost olehnya beberapa bulan yang lepas.

"Truly married💍❤️", itulah caption yang ditulis olehnya. Itu lah penyebab Rafiq mengelar pergelangan tangannya itu. Darah mulai jatuh berlimpah limpah. Rafiq memukul lukisan karyanya. Habis lukisan itu terdapat tapak tangannya yang berdarah. "Shhhh... maafkan saya sayang. Saya tak sengaja", kata Rafiq sambil mengusap wajah lukisan Diyyana. Rafiq bangun dengan marah lalu mengambil kunci keretanya.

*********

Sesampai sahaja Rafiq di hospital, jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan itu sedar akan keadaan Rafiq. "Cik, cik. Cik ok ke?", soal jururawat perempuan itu. "Ok kau cakap? Mana doktor?", soal Rafiq dengan marah. "Umm, mari, mari ikut saya", kata jururawat itu sambil membawa Rafiq ke bilik doktor. "Tok, tok!", pintu diketuk oleh jururawat itu. "Masuk!", menyahut doktor di dalam itu. Jururawat itu membuka pintu lalu memberi ruang kepada Rafiq untuk masuk. Rafiq terus duduk di atas kerusi yang disediakan. "Maaf menganggu, dok. Ini pesakit kecemasan dok", kata jururawat yang bernama Siti itu. "Tak mengapa, Siti. Awak boleh keluar", kata doktor itu. "Baik, dok", kata Siti lalu beredar sambil menutup pintu.

Rafiq langsung tidak menatap wajah doktor itu. Dia hanya melihat lukanya yang pedih itu. Doktor itu memakai pelitup muka yang menutup wajahnya. Doktor tersebut terus bangun dari tempat duduknya dan dia ke arah Rafiq. "Encik, sila masuk ke sini", arah doktor tersebut. Rafiq tidak menyahut tetapi dia bangun dari tempat duduknya.

Doktor tersebut membalut luka Rafiq dengan penuh perhatian. Semasa doktor tersebut membalut luka Rafiq, Rafiq melihat wajahnya. Dia seakan akan kenal dengan wajah itu. Sungguh cantik doktor itu. Rafiq tidak malu untuk bertanya. "Maaf, doktor ni... Diyyana Syafikah eh?", soal Rafiq. Doktor tersebut berhenti dari membalut luka Rafiq. Doktor tersebut memandang wajah Rafiq lalu berkata "ye saya, macam mana awak kenal saya?", tanya Diyyana. "Oh My God! Diyyana ke ni?", tanya Rafiq di dalam hati. Air matanya bergelinang.

"Umm.. ummm... kau tak kenal aku ke?", soal Rafiq. "Maaf, saya tak kenal awak", jawab Diyyana. "Alah, aku lah.. Rafiq", kata Rafiq sambil tersenyum gembira. "Ha? Rafiq?", tanya Diyyana. "Ye, budak yang sukakan kau dulu, hahah", kata Rafiq dengan gembira. "Oh, Rafiq! Hahahah, lama wei tak jumpa kau!", kata Diyyana lalu bersambung semula membalut luka Rafiq. "Kan, aku pun lama tak jumpa kau. Hahaha. Dengar cerita dah kahwin. Hahahah, tahniah!", kata Rafiq pada Diyyana. "Macam mana kau tahu, aku dah kahwin?", soal Diyyana. "Tu. Kat jari kau tu", kata Rafiq sambil menunding jari ke arah jari manis kanan Diyyana yang sedang bekerja membalut luka Rafiq. "Oh", kata Diyyana sambil senyum. "Siapa suami kau?", soal Rafiq. "Nazril", kata Diyyana dengan nada serius. "Oh, tahniah! Mesti best kahwin dengan orang yang kau suka kan?", soal Rafiq. "Terima kasih. Best tu memang best. Hahah. Jap.. macam mana kau tahu, dia crush aku?", soal Diyyana. "Alah.. kau ni.. aku tahulah. Nampak sangat kau suka dia lah, aku tak tahulah kenapa Nazril tu bodoh sangat tak nampak kau ni", kata Rafiq. Diyyana hanya tersenyum sahaja. "Wei dahlah. Aku dah balut luka kau ni. Dalam tiga minggu sembuh lah, okay?", kata Diyyana pada Rafiq. "Oh, terima kasih, Diy", kata Rafiq. "Sama sama", kata Diyyana.

Selepas semuanya selesai, Rafiq pulang dengan seronoknya. "Hahahah, bahagianya aku hari ni", kata Rafiq dengan gembira. Rafiq terus memasuki bilik lukisannya. Dia terus memandang lukisan Diyyana yang terkena darahnya. "Sayang, saya tahu awak dah berpunya, namun saya akan tetap cuba memiliki awak walau bagaimana cara sekali pun ye", kata Rafiq. Rafiq membuat jari telunjuk dan jari tengah disatukan, selepas itu dua jari itu ke arah bibirnya, dan selepas itu ke arah bibir Diyyana pula.
Rafiq's POV

Aku sebenarnya cuba untuk berlakon gembira di hadapan dia. Ye aku tahu berita dia sudah berkahwin sangat sedih buatku. Sehingga aku mengelar pergelangan tanganku. Betapa peritnya hati ini untuk menerima khabar kau sudah kahwin, Diyyana. Namun takdir menemukan kita, dan aku sungguh bahagia melihat wajahmu kini. Aku akan cuba untuk menjadikan kau milikku kerana aku tahu kau seperti tidak bahagia bersama Nazril. Aku cukup tahu, sayang. Aku kenal rupa bahagia kau, ceria kau dan kesedihan kau. Aku disini akan cuba untuk membuat kau bahagia, sayang.
               I want you to be mine.

Crush... Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ