Bab 20

79 2 0
                                    

"Ibah, kenapa awak ni? Malam malam telefon kakak?", soal Encik Syafikri pada isterinya, Puan Syuhaibah yang sedang melabuhkan punggungnya di atas katil bilik mereka. "Saya bukan apa, bang. Saya risaukan anak sulung kita. Macam mana lah dia sekarang dengan Nazril. Saya risau takut takut lah dia tak bahagia ke, dia dipinggirkan ke. Saya tak sedap hati, bang. Saya nak sangat dia hidup bahagia dengan suaminya", luah Puan Syuhaibah pada suaminya yang sedang focus pada bacaan surat khabarnya. "Awak ni janganlah risau. Diorang dah kahwin. Tahulah si Nazril tu nak menjaga kakak macam mana. Kita ni sebagai ibu bapa kena doa yang baik baik untuk mereka berdua. Awak juga kan yang pilihkan calon suami kakak, jadi awak tu tahulah apa sikapnya. Sesuai ke tidak nak dikahwinkan kakak dengan dia. Dah lah, Ibah. Tak usahlah awak nak memikirnya lagi. Nazril ada nak jaga kakak", kata Encik Syafikri. "Baiklah, bang. Betul juga apa yang abang cakap tu", kata Puan Syuhaibah dengan perasaan lega sedikit selepas mendengar nasihat suaminya itu. "Herm, awak tu kena lah jaga saya. Jaga hati saya", kata Encik Syafikri lagi dengan manisnya. "Ishhh, abang ni. Malam malam ni nak juga bersweet sweet bagai", kata Puan Syuhaibah dengan malu malu kucing. "Dah lah. Jom tidur", ajak Encik Syafikri sambil menutup surat khabar itu.

*****

2 minggu kemudian....

Tibalah masa untuk Diyyana bekerja di hospital Swasta, Kuala Lumpur. Sebagai doktor pembedahan tau.

Pada pukul 5.50 pagi, Diyyana bangun dari katil bagi menyiapkan dirinya untuk bekerja. Diyyana berasa berat kerana seharian bekerja malam baru balik ke rumah. Tetapi, Nazril tidak kisah makan di luar mahupun tidak kisah akan Diyyana pulang malam. Baguslah tu.

Diyyana memasak nasi goreng kampung dan menyediakan air kopi o panas. Diyyana makan masakannya. Selepas semuanya selesai, Diyyana menyimpan nasi goreng itu di dalam tudung saji lalu menulis nota kecil "Assalamualaikum awak. Hari ni saya masak biasa je. Kalau awak nak makan nasi ni panas panas, awak panaskanlah dalam microwave tau. Saya pergi kerja dulu. Bye", tulisnya dalam nota itu. Dia meletak sticky note itu di atas tudung saji.

*******

Tepat jam 7 pagi, Diyyana sudah berada di hospital Kuala Lumpur. Nasibnya baik, dia ke kerja awal dan tidak tersekat dalam jem. Diyyana menunggu Amiza di ruangan menunggu hospital. "Mana Amy ni", bebel Diyyana sambil melihat lihat jam di tangan kanannya. Sudah jam 7.30 pagi. Mesti Amiza ni tersekat dalam jem. Aduhaiii, kesiannya. Pukul 8 tepat pagi, sudah kerja boleh mula. Sekarang ni lagi setengah jam dah nak mula. "Wei, Diyyyy!!!!! Ahhhh!!! Sorry wei!!!!!", jerit Amy sambil berlari ke arahnya. Jururawat yang sedang bertugas terkejut, nasib tidak tercampak kertas kerja di muka Amiza. "Shuuuhhhhh! Ada pesakit", suruh jururawat yang sedang bekerja pada shif pagi. "Ye lah ni mesti sangkut dekat jem kan?", soal Diyyana. Amiza mengangguk akan soalan Diyyana. "Puan Nurul Diyyana Syafikah Binti Muhammad Syafikri dan Cik Nur Amiza Binti Iskandar. Cik dan puan, sila ikut saya", arah jururawat perempuan yang bernama Khairina. "Baik", kata Amiza dan Diyyana serentak.

......

"Baik, ini ialah nametag untuk Doktor Diyyana dan Doktor Amiza", beri Khairina nametag pada Amiza dan Diyyana. "Wow, baru start kerja dah ada nametag?", soal Amiza sambil memasang nametagnya pada baju doktor yang dipakai olehnya. (Maafkan author, author tak pasti apa nama baju doktor yang selalu dipakai oleh doktor tu). Diyyana menyekeh siku Amiza menggunakan siku kanannya itu menandakan bahawa "kau ni Amy, diamlah. Bising je mulut kau". "Hihihi. Cik Amiza, tugas cik ialah menjadi doktor pakar sakit puan. Manakala puan Diyyana, doktor pakar pembedahan. Sebelum ni, dua minggu lepas kita sudah mengadakan latihan dan tugasan kan. Jadi buat seperti biasa sahaja seperti yang kita telah lakukan sebelum ni", kata Khairina. "Oh, baik. Nurse, saya mahu tahu dekat sini doktor laki laki hensem tak?", soal Amiza. Sempat lagi Amiza ye. Diyyana membuat muka supaya Amiza diam. Khairina hanya tersenyum manis sahaja. "Cik Amiza, jangan risau dekat sini, doktor lelaki semua kacak kacak belaka. Ha, lepasni saya nak ajak doktor pakar dua orang depan kita ni pergi jumpa sorang doktor ni. Hensemnya! Mesti, Cik Amiza suka tak tidur malam tau!", kata Khairina lagi sambil keluar dari bilik pakaian doktor dan menuju ke satu bilik untuk berjumpa dengan doktor yang dimaksudkan. "Ha? Serius lah!!! Yeayyy!!!", kata Amiza dengan terujanya perlahan lahan. Diyyana hanya diam sahaja. Amiza ni memang macam ni gatal dia tak boleh buat main. Hensem sikit, minat. Hensem sikit, minat. Tak hensem, kutuk rupa laki tu pulak. Amiza ni pelik. Taste lelaki idaman dia pun tinggi tau.

Crush... Where stories live. Discover now