Episode 8

31 4 0
                                    

Selang Seminggu,
Amalina membongkarkan segalanya mengapa harus dia merahsiakan Hal Ini kepadaku. Pada awalnya, dia sudah ingin memberitahu namun masa tidak mengizinkan lalu dia mengutuskan untuk menutupi rahsianya sehingga tiba waktunya.

Amalina menceritakan bahawa dia sangat menyanyangiku Dan dia takut aku mencari pengganti lain kerna dia merasakan bahwa dia sudah menjadi wanita Yang tidak normal. Lantas aku memotong percakapannya bahawa dia tidak sadar, aku telah memberikan separuh jiwa, raga Dan hidup aku hanyalah untuknya. Mustahil aku tidak boleh mengorbankan waktu ku hanya untuk Menjaganya

Air matanya perlahan-lahan berlinang di pipinya begitu juga aku. Tuhan jualah Yang mengerti Dan tahu bahawa kami sangatlah saling mencintai. Biar sajalah takdir memisahkan

Tiba-tiba, Amalina Batuk dengan sangat teruk lalu darah keluar Dari mulutnya. Aku segera memanggil doktor Yang berada di situ.

Sebaik sahaja doktor tiba, aku dipaksa untuk keluar Dari wad tersebut agar tidak menganggu doktor membuat pemeriksaan terhadap amalina. Ramai Yang bertanya, kemana perginya Ibu bapa Amalina. Mereka berada di Kuala Lumpur kerana bekerja Dan meminta pertolongan aku Dan keluarga untuk menjaga amalina dengan sebaik mungkin kerana sanak saudara mereka berada berjauhan.

Selepas setengah jam menunggu di luar, lalu aku pergi ke wad amalina semula namun aku terkejut bahawa katilnya tiada begitu juga dia. Aku menjadi panik lalu menanyakan kemana amalina dipindahkan kepada semua doktor berhampiran namun mereka memberikan jawapan Yang sama bahawa mereka tidak tahu.

Keagungan CintaWhere stories live. Discover now