4 - 💚

2.2K 259 135
                                    

Kelihatan seorang gadis yang masih diselimuti dengan comforter lembutnya . Tanpa dia sedar jam sudah menunjukkan jam 7:15 iaitu waktu yang dia patut bertolak ke sekolah .

Jam loceng dipalaunya .

"Emmmm" dia menggeliat kecil , matanya dibuka sedikit untuk melihat jam locengnya .

Terbulat besar matanya , dia terjun dari katil itu ke lantai bersama comforternya .

"Aishhh jjinjjaaaa !!!" Dia serabutkan rambutnya yang sedia serabut .

Tuala bewarna merah jambu dicapainya lalu menerjah masuk ke dalam bilik air . Sempat lagi dia tersadung jatuh .

Shower tengok pon rasa nak gelak .

Dia menggosok halus pinggulnya sambil berdecit kecil . Menyesal lari laju tadi .

Setelah 5 minit dia mandi , hmm boleh dikatakan mandi ke ?

Dia laju mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer yang dihadiahkan oleh bekas kekasihnya yang ke 45789 .

Dia calitkan sedikit maskara ke alis matanya yang sudah sedia lentik . Lipblam dioles sdikit ke bibir mungilnya .

Dia memakai klip rambut berwarna merah pada rambutnya . Melengkapkan lagi gayanya hari ini .

Setelah puas dia membelek dirinya dia terus turun ke bawah . Pasti kim taehyung sedang menunggunya .

"LAMBAT !!" Teriak Taehyung lalu menyambar telinga adiknya itu.

"Aaaaa appo !!! Aku terbangun lambat tadi !! Kau tak kejutkan aku kenapa ?"

"Kau ingat aku bibik kau ke ciau" Taehyung melepaskan telinga comel itu .

Ha Rin menggosok telinganya yang memerah itu . Habis hilang kecomelannya hari ini .

"Jom lah ! Tadi kata dah lambat kan ?" Kata Ha Rin separuh marah melihat abangnya yang belum menghidupkan enjin kereta .

"Kau ada tetamu" kata Taehyung laku menundingkan jari ke arah pintu pagar rumah mereka . Kelihatan seorang lelaki yang sedang menyandar di sisi keretanya .

Ha Rin mengeluh kecil lalu menghampiri lelaki itu . Moodnya kembali swing akibat figura lelaki itu .

"Hi good morning sayang" lelaki itu mendepakan tangan mahu memeluk gadis itu . Tetapi pelukan itu hanya dibalas angin sepoi-ii bahasa .

"Apa kau nak ? Kita dah break kan ? Aku dah bagi semua barang-ii yang kau pernah kasi , sekali duit yanh kau pernah bazirkan untuk aku" jeling Ha Rin .

"Aku tanak semua tu , aku nak kau je Ha Rin" lelaki itu bermain dengan rambut Ha Rin . Diciumnya sekilas rambut itu .

"Hmm still pakai shampoo yang aku suka kan ?" Teka lelaki itu .

"No , aku dah tukar rejoice . Aku bukan macam kau , dahlah pakai safi shayla walhal tak bertudung . Munafik tahu tak ?"

"Aku datang sini nak bincang pasal kita , bukan pasal shampoo" potong jejaka berambut hitam itu .

"Btw , aku dah tak nak tengok kau kacau hidup aku lagi . Nanti boyfriend aku marah"
Ha Rin menyilangkan tangannya ke hadapan .

"Tchh boyfriend ? Mamat dalam instagram kau tu ke ? Muka macam pondan tu ? Tak layak untuk kau"

Amboii sesedap rasa maggi je cakap muka Jungkook macam pondan .

"Dia lagi hensem dari kau . Dia ada semua pakej yang aku nak . Bukan macam kau , dasar buaya"

"Dahlah aku malas nak gaduh dengan kau , mana boyfriend kau tu ?sepatutnya dia datang ambik girlfriend pergi sekolah"

"Nanti dia datanglah"

Jejaka Instafamous + Anak Jeon Where stories live. Discover now