』16『

5.5K 440 14
                                    

Jemput baca new ff saya tittle Universe Of Us [K.N.J] . Ni first ff saya pasal Namjoon. ❤

•••••

"Ahh, lega."tisu yang digunakan dicampak ke dalam tong sampah yang disediakan di dalam tandas tersebut. Jimin berdiri lantas zip seluarnya ditarik ke atas.

Tombol pintu dipulas tetapi dikunci dari luar. Lelaki itu mula panik, peluh mula membasahi wajahnya.

"Sesiapa! Tolong saya!"dinding pintu ditampar kuat oleh Park Jimin. Berharap akan ada seseorang yang datang menyelamatkan dirinya.

•••••

Jeon Jungkook meletakkan kaca matanya di atas meja. Matanya merenung tajam ke arah Jiyeom dan Guanlin.

"Baru hari pertama, tapi awak semua dah tunjuk sikap yang paling utama. Paling utama yang saya tidak sukakan iaitu...."permukaan jam tangannya diketuk beberapa kali.

"Tidak menepati masa."

Jiyeom gelisah. Dia cuba untuk mempertahankan dirinya dan rakan-rakannya. Guanlin hanya mampu menundukkan wajah. Kata-kata Jungkook tidak mempengaruhi dirinya. Dia lebih memikirkan keberadaan Jimin.

"Tapi Jungkook, kami telah sampai—"

Jungkook mengangkat tangannya.

"Sebarang alasan tidak diterima. Dan hei, panggil saya Encik Jeon ya. Walaupun awak mempunyai sebarang hubungan dengan saya, tolong bersikap profesional. Itu adalah etika yang paling penting."bicara Jungkook membuatkan Jiyeom tertunduk.

knock! knock!

"Maaf tapi saya ada meeting dengan model baru saya—"

"Maaf semua. Encik Jeon, maafkan saya."Jimin menundukkan badannya beberapa kali di muka pintu.

Jiyeom dan Guanlin mampu menarik nafas lega. Jungkook hanya mampu memandang wajah berpeluh Jimin dengan pandangan hairan.

"Sigh, apa-apa sahajalah. Silakan masuk dan tutup pintu."

•••••

"Bye korang!"

"Bye, Jiyeom!"

Melihatkan rakan-rakannya beredar dari syarikat Jungkook, Jiyeom juga melangkah ke keretanya di tempat parkir syarikat itu. Saat dia ingin meloloskan diri ke dalam perut kereta, kelibat Jungkook di parkir VIP dilihatnya.

"Hei Jiyeom, awak dah nak balik ke?"Jungkook melambaikan tangannya sambil tersenyum.

Jiyeom mencebik. Acah baik pulak mamat ni. Tadi marah sangat, getus Jiyeom.

"Haah, pergilah. Jumpa kat rumah nanti."

Jungkook hanya mengangguk lantas dia melakukan perkara yang sama dengan Jiyeom. Jiyeom membiarkan kereta Jungkook pergi dahulu lantas dia mengikuti kereta suaminya.

Sepanjang perjalanannya pulang ke rumah, Jiyeom memikirkan kata-kata Jimin.

" Aku tak tahu macam mana aku terkurung. Aku cuma ikut pekerja tu then masuk dalam bilik air. Sumpah! Aku tak tahu macam mana terkunci dalam bilik air. Nasib baik ada pengawal lalu depan bilik air dan dengar jeritan aku."

Pelik. Jiyeom meletakkan tangannya di tingkap kereta dan bertongkat kepalanya dengan tangannya di lampu trafik.

Taehyung. Dia tidak silap lagi.

Dia ingin menceritakan kepada Jungkook tetapi risau lelaki itu tidak mempercayai dirinya.

•••••

"Awak, esok temankan saya. Saya nak ke mall. Awak cuti kan esok? Saya pun."ujar Jiyeom sambil menyikat rambutnya di hadapan cermin meja soleknya.

Jungkook yang bersandar pada dinding katil menganggukkan kepalanya lantas memandang Jiyeom daripada belakang.

"Boleh, awak ingatkan eh. Takut saya tak ingat—"wajah Jungkook berubah menjadi kemerahan saat memandang badan Jiyeom.

Tatkala Jiyeom mengangkat tangannya untuk mengikat rambutnya, bayangan lekuk badannya turut kelihatan di dalam baju tidurnya.

Ya tuhan, sabar Jungkook. Sabar.

Overprotective Husband 『J.J.K』Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang