』19『

3.3K 268 68
                                    

ehehe sorry lama tak update! but insyaallah daily update during this restricted movement hehehe.

btw, please please take care of yourself during this quarantine. Always wash your hand after pegang pegang barang, stay at home, always 1m away from people and if you got symptoms or feeling unwell, please quarantine yourself or hubungi pihak kesihatan berdekatan. ataupun yang terlibat dengan mana mana gathering yang menjadi punca merebaknya this covid 19 virus, please please pergi serah diri. fikir kehidupan orang lain, insyaallah Tuhan kurniakan balasan yang cukup bernilai untuk situasi sebegini. Ameen!

******

Jungkook merebahkan dirinya di atas katil selepas bertengkar dengan isterinya. Perkara remeh tetapi dibesarkan. Kes ciapannya di laman sosial Twitter menimbulkan kemarahan Jiyeom.

Dia mahukan anak. Bukannya saja- saja mahu menggatal dengan isterinya. Gila ke apa? Tapi Jiyeom berkeras untuk tidak merancang mempunyaj anak pada masa sekarang.

"Apa masalah awak hah Jungkook? Awak fikir ada anak- anak ni perkara main- main ke?"marah Jiyeom saat mereka baru pulang ke rumah. Briefcase suaminya dicampak ke atas sofa. Pandangannya tajam menghala ke arah Jungkook.

"Whoa, whoa rileks. Pasal tweet tu, gurau je. But yes, saya nak anak. Awak boleh tak bertenang? Saya tak fikir pun perkara macam ni main- main. Kita pun dah kahwin hampir 4 bulan. Awak sentiasa mengelak bila.... huh. Nevermind."

"Saya ni model, Jungkook! Kalau saya mengandung, macam mana saya nak jaga body saya? Macam mana saya nak kekalkan rupa saya?!"bidasan Jiyeom membuatkan Jungkook terdiam. Tidak menyangka bahawa isterinya sedang bercakap sedemikian.

"Aku ada Jiyeom. Macam macam rawatan kita boleh buat untuk kekalkan rupa dan badan kau kalau kau tetap nak teruskan kerjaya kau. Aku bukannya lelaki yang tahu buat anak then tinggal isteri yang jadi hodoh sebab beranak. Anak tu anugerah Tuhan—"

"Oh cakap 'aku' 'kau' eh bila nak marah? Fine, whatever! You are not in my shoes! Awak tak akan faham apa yang saya rasa."belum sempat Jungkook menghabiskan kata, Jiyeom memotong bicaranya. Pandangannya seperti serigala yang mahu menerkam si mangsa.

"Apa- apalah Jiyeom. Aku tak nak gaduh dengan kau. Sampai sini sahaja."

Jungkook menggelengkan kepalanya apabila perbualannya terngiang- ngiang di telinga.

Ya, dia membuat janji untuk tidak memaksa Jiyeom. Tapi dia juga tidak memaksa untuk mempunyai anak. Argh, semuanya menjadi kacau!

*****

Jiyeom yang selesai memasak untuk makan malam, mula diserang rasa bersalah melihatkan Jungkook yang sedang tidur sewaktu mahu memanggilnya turun makan.

Bukan niatnya untuk melukai hati Jungkook. Bukan kemahuannya. Tetapi saat mahu pulang ke pejabat Jungkook, dia terserempak dengan Jungkook dan Taehyung dari jauh selepas berbual dengan Jimin.

Dia memerhatikan mereka di balik pokok pokok hiasan di sekitar situ. Ya benar, suaminya tidak melayan. Tetapi Taehyung, sengaja memautkan lengannya pada pinggang Jungkook.

Huh, Jungkook. Termakan dengan omongan penuh muslihat Taehyung.

Hatinya sakit. Sakit memikirkan pesaingnya yang berlawanan jantina. Jika tidak mengenangkan Taehyung itu rakan suaminya, sudah ditampar lama pipi lelaki itu.

Rambut Jungkook dielus, beriringan mata bundarnya mula berkaca- kaca. Esakan kecil mula terbit.

"Shhh, sayang dont cry. I forgive you. Shhh, stop crying."tanpa disedari, Jungkook sudah lama bangun cuma matanya belum dicelikkan. Tangan Jiyeom dipegang lama dan diusap.

"Sorry. Saya buat silap. Teruk kali ni."Jiyeom membuka apronnya lantas baring di tepi Jungkook sambil kepalanya dilentokkan pada bidang dada Jungkook.

Jungkook ketawa kecil.

"Im easily melt with you, sayang. Dont worry."pandangan mata mereka beradu.

"Jungkook, saya perlu bagitahu sesuatu."

"Hm, apa dia?"

Jiyeom menghembuskan nafasnya. Mengumpul semangat sebelum melontarkan kata.

"Kawan awak, gay actually."

Overprotective Husband 『J.J.K』Where stories live. Discover now