× Bab 17 ×

683 66 0
                                    

BADAN Lisa bagaikan terapung-apung di dalam air. Matanya terpejam rapat. Keadaannya sama seperti ketika dia mula-mula kembali ke masa lampau dahulu. Baru Lisa sedar yang selama ini dia berada di cebisan memori yang hilang. Maknanya ada kemungkinan yang dia masih hidup di masa hadapan. Adakah dia akan kembali ke masa hadapan sebab dia tahu kebenaran?

Mata Lisa terbuka. Di hadapannya merupakan satu pancaran cahaya yang sangat terang. Tak boleh. Lisa tak boleh kembali ke masa hadapan. Dia kena tahu apa punca memori dia dan Max terpadam dari kotak memorinya. Dia mesti tahu!

"Cik Lisa? Cik Lisa?"

Samar-samar kedengaran suara seseorang yang Lisa tidak kenali. Lisa menutup rapat matanya semula. 'Tolong jangan hantar saya sekarang. Tolong...'

Lisa terbangun dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Dia masih berada di dalam bilik tidurnya di rumah agam. Dia mencapai telefon pintarnya yang terletak di sebelah dia lalu dia memeriksa tarikh. Menyedari yang dia masih berada di garis masa di mana Max dan yang lain masih hidup, dia menghembuskan nafas lega.

"10 missed call dari Max?" Lisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia baru berhasrat untuk menelefon Max kembali, dia ternampak jam di telefon pintarnya yang menunjukkan jam 1:30 pagi. Lisa membatalkan hasratnya lalu berdiri dari katil. Tak sangka dia boleh tertidur di hujung katil.

Sebelum melelapkan matanya semula, dia menghantar mesej selamat malam kepadanya Max. Usai menghantar mesej, dia terus melelapkan matanya. Keinginan untuk tahu cebisan memorinya tentang Max melonjak tinggi. Begitu juga dengan sebab kenapa memori dia dan Max terpadam.

____

KEESOKKANNYA di syarikat, keadaan sangat huru hara dengan kehadiran wartawan dari pelbagai rancangan dan majalah gossip. Lisa menjadi hairan. Begitu juga dengan Linda yang tidak menerima berita tentang kehadiran para wartawan itu.

"Awak nak ikut pintu belakang?" Soal Linda kepada Lisa. Mereka kini berada agak jauh dari pintu utama syarikat. Lisa mengangguk kepala ya. Dia tidak mahu berurusan dengan kaum wartawan ni sekarang.

Lisa memakai sweater hitam dan cermin mata hitam yang sentiasa tersedia di dalam keretanya. Kedua-dua benda ini adalah untuk masa-masa kecemasan seperti ini. Usai mengenakan kedua benda itu, Lisa keluar dari kereta. Linda akan masuk dari pintu utama untuk mengalihkan perhatian para wartawan yang berkumpul. Sementara itu Lisa akan mengambil kesempatan ini dengan bergerak pantas ke pintu belakang.

Seperti yang dirancang, sebaik sahaja kereta Lisa tiba dihadapan pintu utama, semua perhatian teralih di sana. Lisa mengambil kesempatan ini untuk segera ke pintu belakang. Selepas itu dia menggunakan lif pekerja untuk ke tingkat seterusnya dan barulah Lisa menggunakan lif yang dikhaskan untuknya.

"What in the world is going on right now?" Bisik Lisa. Dia menekan butang yang mempunyai huruf CEO di sebelah kanannya. Dia masih tidak faham tentang apa yang sedang berlaku sekarang. Kenapa boleh ada banyak wartawan di sana?

Ting!

Lisa kini tiba di ruang CEO. Dengan pantas dia keluar dari lif lalu berjalan menuju ke arah pintu pejabatnya. Selepas itu dia menguak buka pintu lalu masuk ke dalam pejabat. Namun belum beberapa langkah dia berjalan untuk ke meja kerjanya, tiba-tiba dia dipeluk dari belakang. Tangan individu misteri yang memeluknya, melingkar ke paha.

"Pervert!" Lisa memijak kaki individu tersebut lalu berpusing ke belakang dan menolak dia sehingga terjatuh. Alangkah terkejutnya Lisa melihat Max yang sedang menahan kesakitan akibat kakinya dipijak oleh Lisa. "Ops. Sorry."

"Sakitlah, betina!"

____

"SORRY awak." Lisa meminta maaf kepada Max. Dia dan Max kini sedang duduk bersebelahan di sofa dalam pejabatnya.

"Takpe. Dari reaksi kau tadi aku rasa benda tu tak betul." Ujar Max dengan serius. Lisa menjadi semakin bingung. Apa maksud Max?

"Maksud awak?"

"Kau tak tahu?" Max bagaikan tidak percaya yang Lisa tidak mengetahui apa yang sedang berlaku sekarang. Wajah Lisa ditenung dengan muka hairan. Lisa menggeleng kepalanya.

"Kalau saya tau, saya tak soal awak." Lisa berkata acuh tak acuh.

"Ni —" Max mengeluarkan telefon pintarnya lalu masuk ke dalam satu artikel. Selepas itu dia menyerahkannya kepada Lisa untuk dibaca. — " Tu berita sensasi pasal kau sekarang ni. Tak sangka kau pun tak tahu."

"Berita apa pulak?" Lisa membaca headline artikel tersebut. Jantungnya berhenti berdegup untuk beberapa saat.

HANGAT! GAMBAR INTIM LISA RESVILTH DAN RAPHAEL ALFREDO TERSEBAR!

Satu per satu ayat di dalam artikel itu dibaca oleh Lisa. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang dibacanya. Siap ada gambar lagi. Gambar di mana dia dan Raphael tidur sekatil tanpa sehelai pun benang.

"Awak, ini tak betul. Saya tak pernah tidur dengan adik awak." Lisa menjadi cemas. Cemas sekiranya Max percaya dengan artikel palsu itu. Max mengeluh berat sebelum memegang kedua belah pipi Lisa dengan tangannya. Dia memicit wajah Lisa.

"Oi perempuan. Aku tak bodoh. Memang aku pun mulanya terkejut tapi lepas siasat, aku tahu benda ni palsu. Dasar perempuan pelik." Max berkata sambil memicit wajah Lisa dengan lebih ketat lagi. Bibir Lisa sekarang bagaikan mulut ayam cuma yang bezanya bibir Lisa berwarna merah jambu akibat lipstick yang dipakai. Max merenung ke arah bibirnya Lisa.

"Urm...."

Max melepaskan tangannya dari pipi Lisa. Habis merah pipinya akibat dipicit sedemikian rupanya. Mujurlah Lisa ni bukan jenis yang pakai makeup 5 inci. Hanya ala kadar sahaja. Kalau tak, memang rosaklah makeup akibat perbuatan Max tadi.

"Ouch... Bila artikel ni keluar awak? Setahu saya, artikel ni tak ada kelmarin." Soal Lisa.

"Artikel ni keluar sekitar jam 4:27 pagi tadi. Masa tu aku masih belum tidur untuk buat sedikit kajian jadi aku di mention dengan followers aku di IG." Jawab Max lalu dia berpeluk tubuh. Lisa mengangguk kepala.

"Macam mana awak tahu benda ni palsu?" Soal Lisa lagi.

"Sebab aku dah biasa dengan bab-bab photoshop ni. Hanya orang yang tak pernah terlibat dengan dunia photoshop yang akan percaya gambar ni betul. Lain cerita dengan orang macam aku. Faham?" Max menjentik dahi Lisa. Lisa mengusap dahinya yang dijentik. Tak habis-habis dahi dia kena jentik dengan si Max ni.

"Apa nak buat?" Soal Lisa.

"Boleh tak kau stop bagi soalan?" Max mencubit pipi Lisa dan menarik-nariknya bagaikan getah.

"Sakitlah, Dante." Lisa merungut. Max melepaskan cubitannya. Pipi Lisa kini merah padam akibat dicubit. Puas hati Max tengok.

"Disebabkan aku tak nak orang salah anggap yang calon isteri aku ni tidur dengan calon adik ipar dia sendiri, aku dah aturkan press conference untuk kau petang ni. Aku juga dah upah orang untuk cari pemilik blog yang publish artikel ni."

Lisa tersenyum lebar. Max memang sangat pantas bertindak. Malah lebih pantas darinya. Lisa memeluk Max lalu mencium pipinya.

"I love you."

"Mm."

Back In Time (Complete √ )Where stories live. Discover now