Tahun 1961: Mei Lin 10 tahun

1.1K 33 17
                                    

Di rumah kecil di pinggir pantai Kuala Kedah itu, lima beradik berbangsa Hakka tidur berhimpit di atas pangkin buluh, seorang ibu lewat 30-an merenung anak-anaknya kemudian merenung keluar jendela. Ah Soon memikirkan nasib anak-anaknya yang seramai lima orang itu, pendidikan hanya itu yang mampu mengubah nasib mereka.

Ah Soon menguis-nguis kakinya di lantai dari tanah berpasir, rumah ini berdiri di atas tanah Tok Ali tuan punya sampan yang di pinjam kepada Ah Huat iaitu suami Ah Soon dan bapa kepada anak-anaknya.

Rumah yang sungguh daif berbumbung nipah dan berdinding rumbia bekas pondok Tok Ali membaiki jala-jalanya. Huh! Ah Soon berdengus marah, Ah Huat sejak tadi tidak pulang. Tentu berjudi lagi entah bila mahu berubah. 

Ah Soon teringat Tok Ali yang baik hati, 

"Kau dan anak-anak duduk saja di sini, guna tanah Tok untuk bercucuk tanam untuk makan kamu anak-beranak, pasal Ah Huat tu nanti Tok nasihatkan dia, kalau ada tak cukup bagitau Tok."

Ah Soon teringat ketika itu tiada langsung makanan di rumah, anak-anak menangis kelaparan, Ah Soon memberanikan diri meminta sedikit beras dari Tok Ali. Banyak jasa Tok Ali kepada keluarganya. Tanah yang sekangkang kera itu ditanam dengan sayur-sayuran dan ubi kayu, dapatlah meringankan bebannya sedikit. Ah Huat pula masih tenggelam dalam angan-angannya,

"Kau tunggu bila aku menang judi, aku akan bawa kau dan anak-anak tinggal di rumah besar, pakai mewah-mewah, makan apa sahaja yang kau mahu."

Ah Soon mencebik bibirnya,

"Sudah la! Bertahun kau berjanji tidak juga senang hidup aku, tahun ini Ah Bee sudah berusia 13 tahun kau tak kesiankan diakah, dia tidak ke sekolah kerana harus bekerja membantu kehidupan kita. Kau mabuk dan berjudi sahaja kau tahu".

"Ah perempuan apa kau tahu, merungut sahaja kerja kau, sudah aku keluar dengan Abu."

Ya,  Abu pemuda itu anak ketua kampung itu seperti malaikat di depan bapanya, serupa syaitan di belakang. Dia yang menjadi kepala judi di perkampungan nelayan ini, peminjam wang, sebut sahaja berapa tiada masalah.

Mei Lin terbangun,

"Ma belum tidur,"tanya Mei Lin.

Mei Lin anak ketiga dari adik beradik itu, dia mempunyai seorang abang, seorang kakak dan dua orang adik perempuan. Ah Bee kakak sulongnya berusia 13 tahun dan Ah Boon abangnya 12 tahun kedua-duanya tidak bersekolah. Mei Lin berusia 10 tahun dan 2 adik perempuannya, Ah Yan, Mei Lan yang masih kecil. Ah Bee tidak bersekolah membantu ibunya bercucuk tanam, kadang-kadang kakaknya itu menjual sayur-sayuran dan ubi kayu dari rumah ke rumah di kejiranan itu.

Ah Boon pula mengikut ayahnya Ah Huat ke laut, kadang-kadang dia mengambil upah menjual dan menyiang ikan di jeti, yang bersekolah cuma Mei Lin dan Ah Yan. Mei Lin memandang ibunya, wanita itu benar-benar dimamah usia, kehidupan yang serba daif ini benar-benar mencuri usia dan kecantikkannya.

Ibunya berdarah campuran Siam dan Cina. Datuknya dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih di Perak di situ datuknya bertemu neneknya yang merupakan orang Siam berasal dari utara tanah air, setelah British keluar dari Tanah Melayu datuknya berhijrah bersama keluarganya ke Ipoh dan membuka kedai runcit.

Di situ ibubapanya bertemu, Ah Huat bapanya berhijrah ke Tanah Melayu pada usia 13 tahun setelah komunis menguasai tanah besar China bersama pak cik nya. Beza umur 8 tahun antara Ah Huat dan Ah Soon tidak menjadi masalah kepada mereka, mereka sepasang kekasih yang saling menyintai.

Ah Soon berusia 18 tahun ketika itu menerima seadanya diri Ah Huat. Ah Huat yang segak, Ah Huat yang prihatin dan bertanggung jawab benar-benar telah mencuri hatinya. Setelah berkahwin Ah Soon mengikut Ah Huat ke Kuala Kedah, rupanya realiti kehidupan ini sungguh berbeza, judi dan minuman keras benar-benar menghancurkan.

MEI LINWhere stories live. Discover now