Tahun 1972 : Mei Lin 21 tahun

181 12 0
                                    

Zain bertemu dengan sahabat-sahabat baiknya ketika belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid hampir 20 tahun dahulu di restoran  Amran. Mereka berlima merupakan ahli salah satu kumpulan kugiran yang ditubuhkan di sekolah semasa trend kumpulan kugiran sangat popular. 

"Wah dari ramai-ramai ni Zain dan Basher yang nampak steady lagi, yang lain semua perut sudah ke depan," kata Amran ketawa.

Zain dan Basher kedua-duanya bujang terlajak, jika Zain bernasib malang dalam percintaan Basher lain pula kisahnya, pemuda berdarah keturunan India Muslim sekacak bintang Bollywood Shashi Kapoor itu mempertaruh seluruh usia mudanya menjaga ibunya yang lumpuh. mereka berdua tersenyum sahaja mendengar usikan Amran itu.

"Tapi tiada siapa boleh lawan Tuan Mahmud kita, dalam diam dia pasang dua," Hong Guan ketawa besar.

Hong Guan satu-satunya rakan berbangsa Cina dalam kumpulan mereka mewarisi sekolah swasta yang ditubuhkan oleh ayahnya Hong Luan.

"Eh kau ni, Hong Guan aku tak takut bini macam kau, susah betul nak ajak kau keluar kalau MEM besar kau ada," perli Mahmud.

Mahmud rakan mereka yang paling pendiam, jarang-jarang sekali dia bersuara, agak kelakar juga bila difikirkan orang seperti Mahmud boleh berkahwin dua.

Perhatian, kawan-kawan aku ada pengumuman hendak dibuat. Aku bakal menamatkan zaman bujangku tidak lama lagi, aku ingin sahabat-sahabat karibku mengetahuinya dulu.

"Wah, siapa gerangan wanita bertuah itu" tanya Amran.

"Alah kau kenal la Amran, Aku dan Maryam akan bertunang bulan Mac nanti dan bersatu 6 bulan kemudian. Aku harap kamu semua boleh hadir.

" Wah bertuahnya kau, Maryam itu cantik orangnya"

" Tahniah! tahniah Zain, kawan-kawan mari kita wujudkan semula kugiran kita, bolehlah kita membuat persembahan dimajlis pernikahan Zain nanti," kata Hong Guan.

Hong Guan mula menyanyikan bait-bait lagu Monalisa yang terkenal ketika 50-an dinyanyikan Nat King Cole. Lagu ini dipersembahkan ketika mereka menjadi johan pertandingan kugiran di sekolah dulu.

Mona lisa, Mona lisa, men have named you
you're so like the lady with the mystic smile
is it only 'cause you're lonely they have blamed you?
for that Mona lisa strangeness in your smile?
Do you smile to tempt a lover, Mona lisa?
or is this your way to hide a broken heart?
many dreams have been brought to your doorstep
they just lie there and they die there
are you warm, are you real, Mona lisa?
or just a cold and lonely lovely work of art?

Do you smile to tempt a lover, Mona lisa?
or is this your way to hide a broken heart?
many dreams have been brought to your doorstep
they just lie there and they die there
are you warm, are you real, Mona lisa?
or just a cold and lonely lovely work of art?
Mona lisa, Mona lisa

"Wah! masih menyengat lagi suara Si Hong Guan ini, hebat-hebat" kata Basher.

Pengunjung restoran Amran mula bertepuk tangan.

Hong Guan yang terkenal dengan sikap spontan dan cerianya menundukkan kepala seperti seorang penyanyi yang baru selesai membuat persembahan.

Mahmud yang dari tadi diam sahaja tiba-tiba merapati Zain.

"Kau agak begini sifatnya ketika mengajar disekolah," kata Mahmud tersengih sebelum mereka berdua ketawa.

Ya, Hong Guan bukan sahaja mewarisi sekolah swasta itu malah dia juga mrrupakan guru besar dan salah seorang tenaga pengajar di sana.

Hari ini Zain tidak pulang ke Kuala Nerang seperti kebiasaannya pada setiap hari Rabu, dia ingin menyampaikan berita tentang keputusannya untuk memperisterikan Maryam kepada Wan Besah.

"Mak tak setuju Zain, apa yang kau tengok pada budak Maryam tu, apa yang dia tahu adat budaya orang Melayu, agama islam pun dia baru belajar. Bagaimana nak menjaga kamu dan mendidik anak-anak kamu?" protes Wan Besah.

"Piah pun tak setuju, betul kata mak, ini mesti Wan Jah yang aturkan," kata Sufiah ingin mengapi-apikan Wan Besah.

"Piah, janganlah bersikap kurang ajar, Wan Jah itu mak kandung Zain, ibu saudara kita juga," tegur Mashitah kepada adiknya.

"Mak fikirkanlah dulu, takkan mak sanggup tengok Zain membujang hingga ke tua, sakit peningnya nanti siapa yang hendak ambil tahu?" kata Mashitah.

Anak-anak Wan Besah, Mashitah dan Sufiah tinggal dengan Wan Besah walaupun sudah berkahwin, Mashitah berkahwin dengan Razak seorang pemandu lori, perkahwinan itu ditentang hebat oleh ibunya. Namun kerana jodohnya kuat dengan Razak akhirnya Wan Besah mengalah. Sufiah pula janda berhias, bekas suaminya Muhsin anak taukeh getah di Pendang, kerana tidak tahan dengan sifatnya yang cemburu buta dan suka mengawal, Muhsin akhirnya berkahwin dengan seorang wanita Siam dan menceraikannya. Dahulu Wan Besah suka membandingkan kedua-dua menantunya, hampir sahaja Mashitah dan Razak berpindah dari situ kalau tidak dinasihatkan oleh Zain.

Zain risaukan keadaan Mashitah dan anak-anaknya ditinggalkan sendirian ketika Razak keluar memandu lori selama berhari-hari. Namun setelah Muhsin suami Sufiah menantu kesayangannya berkahwin lain di sempadan, Wan Besah langsung tidak pernah menyebut nama Muhsin lagi.

"Ah, mak tak setuju itu kata muktamad mak, tapi kalau kau ingin teruskan juga ikut suka kamulah, kamu anak lelaki, kalau berlaku perkara yang tidak baik pandai-pandailah kamu, jangan kata mak tak nasihat," kata Wan Besah.

Sebenarnya Wan Besah agak berlembut hati, dia yang membesarkan Zain tentu sekali dia ingin melihat Zain bahagia, dia merasa bersalah melihat Zain merana ditinggalkan Soraya dahulu disebabkan sikapnya. Namun kerana egonya yang menggunung, kesalahan itu tidak pernah dia akui.

Sufiah dan Mashitah terkejut mendengar keputusan Wan Besah. Sufiah membentak kaki dan terus masuk ke biliknya tanda protes.

Mashitah tersenyum, dijangka ibunya akan menentang habis-habisan tadi. lembut hati juga orang tua ini bisik hati kecilnya.

Zain cepat-cepat mencium tangan Wan Besah.

"Terima kasih Mak, Zain sayang Mak, Zain naik ke atas dahulu hendak solat ya" kata Zain sambil menaiki anak tangga ke ruang atas rumah, risau kalau Wan Besah berubah fikiran jika dia duduk lebih lama.

Mei Lin membelek dua bentuk cincin belah rotan dijarinya, satu cincin risik yang kedua cincin tunang. Kata Wan Jah itu adat orang Melayu di negeri Jelapang padi ini, upacara merisik dijalankan dahulu , bertunang kemudian baru bernikah. Wan Jah telah menyatakan hasratnya untuk membuat majlis perkahwinan yang meriah untuk mereka berdua.

Ingatannya kembali kepada dua tahun lepas ketika umurnya 18 tahun, dia mengingati wajah-wajah yang dirinduinya. Ma, Pa, Ah Bee, Ah Yan, Mei Lan, Halimah dan Hassan. Apa khabar mereka sekarang, dia ingin sekali pulang melawat mereka di Kuala Kedah tetapi apabila dia mengingati cerita Wan Jah tentang keadaan dirinya selama hampir dua tahun itu, dia menjadi takut. Dua tahun yang hilang dari hidupnya, dua tahun dirasakan masa tidak bergerak seolah-olah terperangkap di dalam lohong hitam, dia langsung tidak dapat mengingati apa-apa.

Aku perlu mengetahui keadaan keluargaku, Halimah dan Hassan, lagi pula aku perlu mendapatkan dokumen pengenalan diriku, tentu Halimah dan Ah Yan sudah lama menamatkan pelajaran, Ya Cikgu Salamiah tentu masih mengajar di sana, untung-untung aku boleh mendapatkan pertolongannya.

Ring!ring! deringan telefon di pejabat guru sekolah Tun Saleha.

Seorang kerani mengangkat ganggang telefon sebelum memanggil Cikgu Salamiah yang kebetulan berada di bilik guru.

"Hello, adakah ini Cikgu Salamiah?"

"Ya, saya bercakap"

"Adakah cikgu mengenali Mei Lin"

"Ya, Oh Mei Lin, Siapa yang bercakap ini?" Cikgu Salamiah terkejut, dia tidak menyangka akan menerima panggilan tentang Mei Lin, dia tertanya-tanya tentang nasib Mei Lin. Dia berdoa dalam setiap solatnya agar Allah memelihara Mei Lin walau dimana dia berada.

"Saya Zain, abang angkat Mei Lin, adakah cikgu sudi sekiranya saya mengatur pertemuan cikgu dan Mei Lin di Kota Setar."

"Tentu sekali, saya amat rindukan murid saya itu" kata cikgu Salamiah sambil menyeka air matanya.

MEI LINWhere stories live. Discover now