二 Er

186 40 6
                                    

Tao memegang tombol pintu lalu memulasnya secara perlahan-lahan sehingga terbuka. Tao melihat keadaan rumah yang ditinggalkan sementara tadi.

Masih sama, tiada apa yang berubah. Tiada lagi gelak tawa yang selalu didengari, tiada lagi yang sambut kepulangannya. Tao melangkah masuk menutup pintu dan mengunci pintu supaya tiada orang boleh masuk kedalam rumah sesuka hati.

"Sunyinya.. " Bisik Tao perlahan lalu pergi ke ruang tamu. Tao melihat bingkai gambar yang disusun dengan teratur di atas meja.

Tao mengambil satu bingkai gambar lalu membersihkan kotoran yang menempel di kaca bingkai itu.

Hati Tao sebak lagi sekali.

"Kalau lah gege tahu yang tuhan cuma pinjam kamu beberapa tahun je kepada kami. Gege akan jaga kamu sebaik mungkin sejak kamu lahir tapi gege benci adik sebab adik tak normal macam orang lain.. " Tao mula tersedu-sedu, dia membawa bingkai gambar itu pergi ke bilik yang berada di tingkat dua.

Tao naik tangga dengan berhati-hati, satu tangan kanan memegang pemegang takut akan terjatuh manakala tangan kirinya memeluk gambar tadi dengan erat.

Tao melepasi satu persatu bilik yang tidak dihuni lagi. Elkie adik perempuannya telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Puan Huang pula masuk hospital dan memerlukan rawatan rapi.

Tao memulas tombol pintu, dia memasuki bilik adik lelakinya. Semua barang-barang didalam bilik mendiang Renjun tidak terusik sama sekali atau dialihkan. Kecuali Tao ada membersihkan sekali-sekala upaya tidak berhabuk.

Tao akan masuk bilik mendiang Renjun jika amat merinduinya atau tiada siapa-siapa yang dapat menemani Tao.

Kini Tao tinggal berseorangan, dia hanya akan pergi kerja, pergi hospital melawat Puan Huang, krematorium untuk melawat adiknya.

Tao baring di katil empuk yang pernah menjadi tempat tidur Renjun sebelum pergi selamanya dan tidak akan kembali.

Tao ambil pula patung Moomin milik Renjun yang bersaiz besar sehingga menyamai ketinggian orang dewasa. Tao memeluknya sebentar dan melepaskan. Tao melihat bingkai gambar tadi yang diambil di ruang tamu.

"Adik, hari ni gege jumpa orang kat krematorium. Mukanya sangat mirip dengan adik. Ha, lepastu tangan kanan adik kan ada tanda lahir warna hitam kan? Dia pun ada " Tao meletakkan gambar tadi di dada. Tao tahu tiada balasan yang akan diterima tapi sekurang-kurangnya Tao boleh bercerita.

"Nama dia pun Huang Renjun, rupa-rupanya dia anak kepada cikgu adik dulu. Lucas lah siapa lagi, rupanya masa adik meninggal dulu.. Masa tu juga dia dilahirkan. Sekarang umur dia dah 15 tahun. Perangai dia sama dengan adik, suka sepahkan makanan, menjerit, buat perangai kat tempat awam kalau keinginan dia tak dituruti. Cuma bezanya dia dilahirkan normal, adik austism." Tao letakkan gambar itu di atas meja.

Tao menutup mata dan mula masuk kedalam dunia mimpi.

*ringtone IPhone*

Belum seminit Tao melelapkan mata, telefon bimbitnya telah berdering dengan kuat. Mahu tak mahu Tao terpaksa bangun dan melihat siapa yang menelefon Tao petang-petang sebegini.

"♥ Doktor Yang Kayi ♥"

"Kenapa doktor mama tiba-tiba telefon aku ni? Ada kecemasan ke apa? " Tao sempat bermonolog sebelum mengangkat panggilan yang asyik berdering.

Tao menekan ikon berwarna hijau lalu mengangkat panggilan.

"Wei (hello), kenapa doktor telefon saya? Selalunya tak macam ni pun" Tao keluar dari bilik dan turun tangga.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now