七 Qi

154 21 58
                                    


Boleh tak kita dapat 50 komen atas kerja keras kita?

Renjun berlari ke arah Puan Huang lalu peluk Puan Huang dengan erat dan tidak mahu lepaskan.

"Mama, Renjun datang ni" Renjun mengalirkan airmata dengan deras sambil mengusap pipi Puan Huang.

"Anak mama dah sampai" Puan Huang tersenyum disebalik topeng pernafasan. Tao mengesat airmata lalu pegang tangan Puan Huang.

"Kami berdua dah datang, kami berdua sayang mama. Mama janganlah cakap yang bukan-bukan lagi. Jangan takutkan kami" Ujar Tao sambil mencium tangan Puan Huang berkali-kali.

"Betul tu mama, mama kena janji jangan tinggalkan kami!" Renjun mengganguk kepala dengan laju.

"Kita jumpa kat syurga ya sayang. Mama minta maaf kalau mama ada buat silap dengan anak-anak mama. Mama pun sayangkan kamu semua, baik buruk kamu tetap anak mama yang tercinta sampai bila-bila"

"Mama jangan cakap macam tu, mama suka tengok kami berdua sedih mama takde? " Renjun menggeleng kepala laju kerana tidak suka dengan apa dikatakan oleh Puan Huang.

"Mama ada wasiat terakhir, mama nak harta mama dibagikan kepada anak-anak dengan adil" Puan Huang tersenyum lebar kemudian memegang tangan Tao dan Renjun bersama-sama.

"Renjun, Renjun kena berjanji dengan mama, lepas mama tiada. Jangan buat gege marah, Renjun kena jadi budak baik. Masa mama dah tak lama, sekejap lagi baba akan jemput mama" Ujar Puan Huang dan nafasnya mula tersekat-sekat.

"Mama, jangan tinggalkan Renjun! " Renjun menjerit bagaikan dirasuk. Tao menekan butang kecemasan berwarna merah di tepi katil berkali-kali untuk memanggil doktor.

"Tt-tao.. " Panggil Puan Huang di saat-saat terakhir.

"Ya, ma" Tao menghampiri Puan Huang dan mendekatkan telinga pada bibir Puan Huang.

"Mma-maafkan sse-semua kke-ke-salahan mma-mama.. Mma-mama ssa-sayang an-anak ma..ma" Ujar Puan Huang dan matanya tertutup rapat dan juga tangannya yang memegang tangan Renjun dan Tao jatuh terkulai.

Bunyi mesin disebelah juga berbunyi dengan kuat dan akhirnya tidak mengeluarkan bunyi dan juga hanya garis lurus yang muncul di skrin.

"Mama! " Mereka berdua menjerit sekuat hati serta menangis teresak-esak melihat tubuh Puan Huang tidak lagi bergerak.

Doktor masuk ke dalam bilik lalu memeriksa nadi Puan Huang. Doktor memandang Renjun serta Tao lalu menggeleng kepala.

"Maafkan saya, pesakit Huang Liyin sudah meninggal dunia" Ujar doktor dan mencatat butiran kematian Puan Huang.

Mereka terpaksa membiarkan doktor meninggalkan topeng bantuan pernafasan di muka serta wayar yang berselirat di badan Puan Huang.

Mereka menangis teresak-esak melihat orang yang mereka sayang sudah tiada dan sedang dipindahkan ke katil lain untuk dibawa ke bilik mayat.

"Mama!!! Jangan tinggalkan Renjun! Renjun dah takde mama lagi selain mama Huang" Renjun meratapi pemergiannya, Tao memeluk Renjun dan memenangkan keluarga angkatnya.

"Mama dah takde sayang, kita kena terima pemergian mama. Renjun budak baik kan? Renjun terima kan mama dah takde? " Tao mengucup dahi Renjun dan mengusap belakang badan Renjun dengan perlahan.

"Mama.. Mama.. Mama.. " Renjun memegang kepalanya yang terasa pitam lalu pengsan di dakapan Tao.

"Renjun!" Tao segera menahan badan Renjun dan bawa Renjun keluar daripada bilik tersebut.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now