四 Si

162 24 3
                                    

Jangan lupa vote dan komen. Nanti aku suruh arwah Lucas dengan Snowy hantui korang hehe 😼😼

Setelah semua kerja telah selesai, Tao terus pergi ke hospital untuk menjaga ibunya di hospital.

Puan Huang lah siapa lagi. Nak kata mak mertua, Tao bujang terlajak.

Sebelum itu, Tao singgah ke kedai untuk membeli limau mandarin. Puan Huang suka makan limau mandarin sejak muda.

Tao berlari menuju bilik Puan Huang dan memulas tombol pintu dengan perlahan takut bunyi bising akan mengganggu Puan Huang.

"Mama, Tao datang ni bawa limau mandarin. Kesukaan mama dari dulu lagi" Tao duduk di sebuah kerusi yang telah disediakan dan letakkan plastik berisi buah limau mandarin di atas meja.

Puan Huang membuka mata perlahan-lahan lalu memandang Tao disebelah. Puan Huang mengukirkan senyuman indah apabila melihat anak sulungnya telah datang.

"Tao, Renjun kesayangan mama mana? Kenapa kamu tak bawa adik kamu sekali?" Soal Puan Huang kepadanya. Tao yang senyum lebar tadi berubah kepada senyum tawar.

"Rr-renjun-- Hah, Renjun sekolah hari ni. Cikgu dia kata ada kelas tambahan" Balas Tao lalu menyeka peluh di leher.

Wajah Puan Huang berubah kerana pelik dan hairan mendengar balasan daripada Tao.

"Renjun kan budak istimewa, tak pernah dengar pun yang sekolah tu adakan kelas tambahan. Lagi-lagi untuk budak autism macam Renjun" Ujar Puan Huang.

"Cikgu dia mungkin ada sesuatu nak tunjuk. Kejap lagi Tao ambil dia kat sekolah ya mama? Jom makan limau mandarin yang Tao bawakan ni" Tao mengeluarkan buah dari plastik dan kupas kulitnya sebelum beri pada Puan Huang.

Puan Huang makan seulas terlebih dahulu dan tersenyum kerana rasanya manis.

"Sedap kan? " Soal Tao sambil mengupas beberapa biji limau lagi.

Puan Huang mengganguk perlahan lalu menghabiskan selebihnya di tangan.

"Renjun suka sangat makan limau mandarin ni. Setiap kali Tahun Baru Cina, mama mesti belikan berkotak-kotak untuk Renjun seorang je. Kamu pun mana lah selera sangat dengan limau ni. Kamu pun tak suka adik kamu juga masa tu" Puan Huang membuka cerita lama lalu sambung mengunyah limau tersebut.

Tao berhenti mengupas limau dan memandang Puan Huang. Tao membersihkan tangan dengan tisu lalu memegang tangan ibunya yang sudah berkedut.

"Dah lah ma, dah berlalu dah pun. Tao pun dah terima adik sekarang. Tak bermusuhan macam dulu" Ujar Tao kepada Puan Huang.

Sebenarnya Tao cuba menahan daripada menangis didepan Puan Huang. Setiap cerita mengenai mendiang Renjun akan membuatkan mata Tao berair dengan mudah.

Tapi, mahu bagaimana lagi. Puan Huang sudah tidak ingat banyak perkara kerana sudah tua dan disebabkan penyakitnya.

"Suara kamu tiba-tiba serak, kamu tak sihat ke? " Soal Puan Huang, Tao menggeleng dan mengesat sisa airmata yang keluar.

"Mana ada, kadang-kadang suara Tao memang akan jadi serak. Mama je yang tak perasan" Balas Tao. Puan Huang tersenyum lalu menghadiahkan ciuman pada kedua pipi Tao.

"Sekarang anak mama dah sihat. Sebab ciuman mama ada penyembuh" Ucap Puan Huang dan membuat Tao geli hati.

"Aiyo, mama ni comel lah. Sayang mama" Tao mencubit pipinya dan memeluk Puan Huang dengan erat.

Puan Huang membalas pelukkan tersebut dan menghirup bau badan Tao yang wangi.

Puan Huang meleraikan pelukkan dan menatap wajah Tao dengan lama.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now