✔PROLOGUE✔

211 11 3
                                    

Malam yang sunyi ditemani dengan suasana yang menyeramkan di sebuah gudang lama yang tidak berpenghuni

Kelihatan susuk tubuh seorang gadis yang memakai topi beserta jaket kulit ditemani dengan beberapa orang jejaka yang juga memakai jaket kulit sedang menunggu ketibaan seseorang

"mana dia"tanya gadis itu ringkas dengan nada yang dingin

Baru sahaja salah seorang daripada jejaka itu mahu menjawab tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka

Kelihatan susuk tubuh lelaki yang berumur lingkungan 30an masuk lalu duduk di hadapan gadis itu

"Lama tunggu"tanya lelaki itu

"Tak payah tanya lama atau tidak. Aku tak de masa nak layan orang macam kau. Bagitau aku apa yang ayahanda nak"jelas tiada senyuman yang diberikan oleh gadis tersebut yang ada hanyalah muka ketat serta nada yang dingin diberikan

Lelaki tersebut hanya senyum senget lalu membalas semula pertanyaan gadis itu

"Ayahanda mahu kau gantikan tempat dia"balas lelaki tersebut

Gadis itu tersenyum jahat seakan-akan mengetahui bahawa jawatan yang diberikan oleh ayahanda memang layak untuk dirinya

"Tak payah cakap memang tugas aku untuk gantikan tempat dia"jawab gadis itu tanpa rasa malu

Beberapa orang jejaka ataupun diberi gelaran lain konco-konco gadis tersebut juga tersenyum tanda mereka setuju jika gadis itu mendapat jawatan tersebut

Gadis tersebut bangun dari kerusi yang didudukinya lalu berkata kepada lelaki tersebut

"Pesan kat ayahanda jangan risau memang jawatan dia layak untuk aku sorang je dan dengan gembiranya aku ambik jawatan itu"ujar gadis tersebut lalu berpaling ke belakang untuk pergi dari gudang lama itu

Sebaik sahaja dia mahu meninggalkan gudang lama itu

"Tunggu"

"Kau fikir senang-senang je kau dapat gelaran tu"

"Jangan terlalu excited"kata lelaki tersebut sebaik sahaja gadis itu berpusing semula dan memandangnya

"Apa maksud kau?"

Lelaki itu bangun lalu pergi ke arah gadis tersebut sambil berkata

"Semua perkara kat dunia ni ada syarat jadi kau kena tunaikan syarat yang ayahanda berikan"

"Apa syaratnya?"

"Kau kena bersekolah"

gadis tersebut bersama dengan konco-konco nya ketawa mendengar syarat yang diberi

"Jangan risau kalau sekolah aku boleh handle dan sekelip mata jawatan tu aku yang punya"jawab gadis itu dengan nada yang riak

"Jangan suka sangat kau tau sekolah apa yang kau kena masuk bukan sekolah biasa tetapi sekolah untuk sesiapa yang mahu jadi polis, perisik dan sebagainya"

Mendengarkan kenyataan tersebut gadis itu dan konco-konconya terus terdiam seketika

"Aku tahu walaupun kau sudah banyak bunuh orang tetapi kau masih dan memang akan takut dengan insan yang bekerjaya polis"

"Kalau sepanjang kau berada di sana kau berjaya rahsiakan aktiviti yang kita lakukan dan kau berjaya korek strategi mereka maka separuh daripada harta ayahanda serta jawatan dia kau punya"

"Tetapi"

"Kalau kau gagal kedua-dua tugasan itu maka kau akan kami bunuh dan harta serta jawatan itu akan ayahanda berikan kepada aku"ujar lelaki lingkungan 30an itu dengan panjang lebar

Gadis itu memandang tajam kearah lelaki itu lalu pergi kearahnya dan menarik kolar baju lelaki tersebut

"Kau jangan ingat aku perempuan aku tak boleh buat okay aku akan pergi sekolah bodoh tu tapi dengan syarat kalau aku berjaya dua-dua tugasan tu kau kena jadi korban"ujar gadis itu dengan nada yang serius serta menyeramkan sambil mengetatkan pegangannya di kolar lelaki tersebut

Lelaki tersebut menelan air liurnya tanda takut dengan pandangan tajam yang diberikan oleh gadis tersebut

"Ehh jantan kau dengar sini nama aku park yongra aku ulang sekali lagi PARK YONGRA and aku MAFIA paling digeruni dalam kongsi gelap ni so better kau lari dulu sebelum aku jumpa kau dan aku jadikan kau untuk makanan tengahari harimau kesayangan aku"saja gadis tersebut menekankan namanya dan gelarannya biar sedar sikit lelaki tersebut

Gadis itu terus melepaskan pegangannya daripada kolar lelaki tersebut lalu meninggalkan lelaki tersebut yang masih ketakutkan dengan kenyataan yang diberikan

Konco-konco gadis tersebut mengikuti gadis itu dari belakang meninggalkan gudang lama

"Kau tak tahu siapa diri aku"

"Maaf aku bukan bidadari yang datang dari syurga tetapi malaikat maut yang turun dari neraka untuk kejar kau"

Monolog gadis itu yang bernama park yongra gadis mafia yang paling digeruni dan paling diingini oleh mana-mana pihak polis









Jawatan apa ni? Nak tahu lebih lanjut sila baca sampai habis👌and jangan lupa vote and comment okay👌love you💙



















MAFIA GIRL || PJM FF [HIATUS]Where stories live. Discover now