BAB 5 : TOO MUCH

101 6 1
                                    

Selepas sahaja mereka keluar daripada pejabat yongra mengambil keputusan untuk pergi ke tempat lain dia tidak mahu lagi menunggu di situ lagi lama dia tunggu makin menyampah dia

"Woi budak baru! Kau nak pergi mana?"tanya jejaka yang berada di belakangnya

Yongra tidak mengendahkan jejaka yang berada di belakangnya dia hanya terus berjalan dan berjalan sehinggalah tangannya ditarik oleh seseorang

"Woi!!! Kau tarik tangan aku apahal!!"marah yongra lalu merentap tangannya daripada pegangan lelaki itu

"Aku panggil elok-elok kau tak nak dengar kan"jawab jejaka yang bernama jimin itu sambil menyilangkan tangannya

"Kau nak apa sebenarnya? Aku takda masa tau nak layan mamat annoying macam kau ni"kata yongra sambil menjeling ke arah jimin

Jimin seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar dia annoying? Tanpa membuang masa jimin membalas semula

"Hey minah pendek kau fikir aku nak ke layan kau haa! Memang tak lah!"balas jimin dengan nada yang tidak puas hati

"Dah tu kau tarik tangan aku apahal!!!"marah yongra kini yongra betul-betul marah dengan jejaka di hadapannya ini

"Nombor telefon"ujar jimin dengan nada yang bersahaja manakala tangannya dihulurkan supaya yongra memberikan nombor telefonnya

"Kenapa aku perlu bagi nombor aku kat kau"ujar yongra sambil menyilangkan tangannya

"Kau tak payah nak fikir bukan-bukan aku tak minat pun perempuan macam kau!"balas jimin dengan penjelasan yang panjang supaya yongra tidak salah faham

"Aku tak tanya pun"

"Haih minah ni! Bagi jelah nombor telefon kau!! Susah sangat ke!?"tengking jimin kepada yongra manakala yongra pula hanya memandang jimin dengan wajah selamba

"Kenapa aku kena bagi"tanya yongra sekali lagi dengan soalan yang sama sebelum ini membuatkan jimin bertambah marah

"CAUSE I'M YOUR PARTNER!!"jeritnya sekali lagi kini jimin bertambah lagi marah kerana gadis yang berada di hadapannya membuatkan dia rasa annoying manakala reaksi yongra hanya biasa sahaja sedikit pun dia tidak terkesan dengan jeritan lelaki di hadapannya itu

"Gila"kata yongra kemudian dia pergi meninggalkan jimin tanpa memberi nombor telefonnya

Baru sahaja jimin mahu memanggil yongra tetapi tidak sempat kerana yongra sudah jauh daripadanya jimin hanya mengeluarkan keluhan untuk menahan rasa geram dan marahnya kepada yongra

"Kau tunggu"ujar jimin dengan nada yang perlahan selepas itu dia mengambil keputusan beredar dari tempat tersebut

Kelas kecerdasan

Jadual yang diberikan oleh pengetua sebentar tadi menyatakan kelas pertama yongra adalah kelas kecerdasan kakinya melangkah masuk ke dalam kelas tersebut

MAFIA GIRL || PJM FF [HIATUS]Where stories live. Discover now