2

1.5K 24 3
                                    

"Kamu orang kenapa ganggu aku? Aku orang baik. Budak ni yang jahat; aniaya anak dara orang, permainkan perasaan orang. Dan orang itu datang mengadu pada aku. Aku hanya membantu orang. Jadi, jangan kamu semua ganggu dan sibuk dalam urusan aku!" kata suara disebalik pesakit tersebut.

Guru aku meminta izin untuk ke belakang bagi menunaikan solat sunat hajat. Selesai berdoa, dia menyambung ruqyah sehingga gangguan pada pesakit hilang. Kemudian, dia memberi ruang kepada pesakit untuk berehat selama lima minit untuk memulihkan tenaga pesakit supaya pesakit tidak menjadi lebih teruk.

Guru aku menyoal siasat pesakit tersebut. Selepas bersoal siasat, barulah kami tahu bahawa pesakit sudah lama menanggung sakit iaitu hampir enam bulan. Pesakit asyik masuk keluar hospital kerana doktor mengesahkan bahawa pesakit dalam keadaan baik. Bukan itu sahaja, apabila pesakit berjumpa dengan pakar psikiatri, beliau mengatakan pesakit hanya mengalami tekanan.

Ilmu Papan SekepingWhere stories live. Discover now