6

1K 27 10
                                    

Seusai mandi, tidak semena-mena, terdapat satu cahaya seperti api melintas di langit. Guruku membaca sepotong ayat yang aku kurang pasti kerana terlalu asyik melihat cahaya itu. Kemudian, guruku bertempik seraya berkata, "Aku berlindung dengan keesaan Allah dari ancaman makhluk-makhluk halus."

Booom!!!

Bunyi seperti sesuatu meletup. Semua melihat kejadian itu. Guru aku berkata kepada kami bahawa itu adalah cara orang menghantar santau melalui angin. Jika kita ternampak dan berlindung dengan keesaan-Nya lantas kita tegur cahaya itu, dengan izin Allah, hancur santau itu.

Orang yang menghantar itu masih tidak berhenti menguji dan berputus asa dengan matlamatnya untuk memusnahkan hidup Haikal. Tetapi dengan kekuasaan Allah, akhirnya penyakit yang dialami Haikal terjawab sedikit demi sedikit.

Ilmu Papan SekepingWhere stories live. Discover now