7

1K 25 7
                                    

Setelah Haikal menukar pakaiannya, guruku meminta Haikal untuk duduk di hadapannya. Ketika ini, teknik kembara rohani digunakan untuk berdialog dengan si tukang hantar sihir.

Tatkala menggunakan teknik ini, ia memerlukan penghayatan yang tinggi. Maka, guruku meminta semua yang ada senyap dan jangan sesekali menggangunya dan juga Haikal.

Guruku bertanya, "Mahukah kamu menerima tawaranku agar kita dapat berdamai tanpa ada antara kita yang kecelakaan?"

"Apa tawaranmu?" soal suara yang keluar dari mulut Haikal.

"Mahukah engkau hidup dalam keadaan aman dan damai? Mahukah engkau mengenali Islam? Islam itu agama yang mencintai aman damai yakni kau akan terselamat di dunia dan juga di akhirat. Hidup kau akan menjadi lebih tenang sekiranya engkau mengenali Islam. Islam turut menegah keras dengan perlakuan engkau sekarang ini. Aku memberikan jaminan bahawa Islam mampu mengeluarkan hidup engkau yang mungkar ini ke jalan yang Tuhan redhai."

"Tiada siapa yang menyampaikan agama kepada kami. Kami percaya dengan apa yang nenek moyang kami ajar. Itu hidup kami!" kata suara tersebut. "Tapi... Dari mana kau dapat kekuatan untuk mengalahkan aku?" soal suara tersebut.

"Allah," jawab guruku tenang.

"Siapa Allah? Aku mahu belajar daripada Dia. Ceritakan kepadaku tentang Allah," kata suara tersebut.

"Allah itu ialah Tuhan sekalian alam. Dia tiada beranak dan Dia tidak diperanakkan. Engkau akan mengenali Allah sekiranya engkau mempelajari Islam."

"Hmm... Aku mohon maaf kerana aku silap. Aku sangka apa yang aku buat ini adalah untuk membantu orang yang teraniaya. Apa kau hendak aku membunuh perempuan itu?"

"Tidak. Cukuplah engkau menyuruhnya bertaubat. Kembalilah kepada ajaran Allah."

Ilmu Papan SekepingTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon