Cinta Bus Stand

206 5 12
                                    

Pagi itu, cuaca cerah. Air di saluran paip rumah Mak Timah mengalir seperti biasa tanpa ada gangguan bekalan. Mengalir ibarat wang tambahan 20 sen yang digunakan untuk mengisi petrol di dalam tangki motosikal Pak Seman. Ditambah pula dengan cukai GST yang disokong oleh Pak Meon. Mereka semua tidak ada kena mengena dalam kisah ini.

Suasana di bus stand itu agak lengang. Beberapa orang wanita duduk di atas kerusi besi menunggu bas. Ayyat dan Ejat berdiri di tepi tiang bus stand sambil menyilang tangan masing-masing. Sejuk agaknya walaupun matahari tegak di atas kepala. Mujur nafasnya tidak berasap seperti di Cameron Highlands ataupun di Greenland. Bak kata orang sekarang, syukur Malaysia masih aman. Aman ke?

Seorang gadis dengan berbaju singlet pink dan skirt pendek kuning bersilang panggung di atas kerusi. Betisnya mulus. Putih gebu. Rambut ikal mayang mengurai ibarat rambut Elsa dalam filem animasi Frozen walaupun Elsa tidak membuka ikatan rambutnya sepanjang filem itu ditayangkan. Sejuk beku tatkala menonton filem itu. Ditambah pula dengan gaya malu-malu kucing menambahkan keseksian gadis itu.

Ayyat terpandang betis gadis itu. Telan liur dibuatnya. Lelaki sepertinya iman memang agak rapuh bak kriuk kriuk bawang goreng Mee Sedap. Tidak berkelip langsung mata Ayyat.

"Pssttt... Ejat. Cuba tengok sana tu. Ada awek cun lah. Betis dia kau tengok. Gebu siot..." kata Ayyat kepada Ejat. Penuh yakin dan ghairah kata-katanya itu.

Mata Ejat terus memandang gadis itu. Dari hujung rambut hingga hujung kaki dipandangnya. Usai, dia memandang semula ke arah Ayyat yang berside burn ibarat Tun Dr. Mahathir semasa memikat Tun Dr. Siti Asmah dahulu (tak ingat tahun bila).

"Takde apa pun yang best. Betis gebu je pun. Standardlah betis gebu. Nak hairan apa? Betis kau pun gebu, kan? Normal. Cuma betis berbulu sikit," balas Ejat. Dia terus memandang ke arah jalan raya dengan lopak air yang kosong, kosong, wo wo... segala kata cacian yang telah engkau berikan, membuatkan lopak itu kosong, kosong, wo wo...

Ayyat terus menampar perlahan bahu Ejat. "Memanglah... takpe, kau tunggu sini. Kau tengok, lelaki sejati pergi ngorat awek." Bibirnya mengukir senyum meleret.

"Haa... pi lah. Hang kata hang tera sangat, kan? Pi, pi," kata Ejat dengan loghat utaranya.

Ayyat masih lagi senyum meleret. Kolar baju kemejanya dinaikkan. Wajahnya penuh dengan sifat berlagak.

"Aku pergi ni..."

"Pi ja la. Pi." Tangan Ejat membuat isyarat menyuruh Ayyat pergi.

Ayyat dengan megahnya melangkah. Kepalanya didongakkan sedikit lantas memusingkan badannya di hadapan gadis itu. Ayyat terus melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. Gadis itu hanya melihat gelagat Ayyat.

"Hai cik adik manis... buat apa tu? Tunggu bas eh?" Soalan tidak masuk akal Ayyat mula keluar tanpa sengaja.

Gadis itu mengangguk perlahan sambil senyum tersipu-sipu. Malu gayanya.

"Hihi. Saya pun bodoh tanya. Mestilah awak tunggu bas, kan? Takkan tunggu saya pulak. Ke... memang awak tunggu saya?" Kali ini Ayyat pula tersipu-sipu. Macam kerang busuk yang ada side burn tebal.

Gadis itu mengangguk lagi. Tersenyum malu sambil menundukkan wajah. Gadis seksi pun tahu malu rupanya.

"Ihei... dia tunggu aku," bisik Ayyat sendirian. Gembira betul nampaknya.

Ejat hanya menggelengkan kepalanya dari jauh. Dia hanya melihat Ayyat dari tepi tiang. Tangannya masih disilangkan.

"Nama awak siapa?" soal Ayyat kepada gadis itu.

Gadis itu tetap tunduk. Malu lagi agaknya.

"Ala, takyah la memalu. Bagilah tahu..." Ayyat cuba mengayat gadis itu.

Jari telunjuk gadis itu menolak manja bahu Ayyat.

"Alahai... dia tolak bahu aku. Eee... geramnya aku. Aum aum..." Ayyat seronok tidak terkata waktu itu.

Ayyat terus menoleh ke arah lain. "Okey, awak bagitau nama awak. Saya tengok nanti awak malu. Nama saya Ayyat. A... Y... Y... A... T... Ayyat. Nama awak?" soal Ayyat lagi sambil mengenalkan dirinya.

"Nama kita Mar," balas gadis itu.

"Oh... Mar. Sedap nama tu. Tapi..." Ayyat mula pelik lantas menoleh ke arah gadis itu.

Gadis itu senyum tunjuk gigi sambil melambai ke arahnya. "Hai abang..."

"ALLAH! Apasal suara awak garau?" Ayyat terkesima seketika.

"Memanglah. Saya lelaki la. Tengok ni, ada halkum lagi," kata gadis itu sambil menggerakkan halkumnya itu.

"Hal... halkum? Le... lelaki?" soal Ayyat lagi sambil menelan liur.

Gadis itu mengangguk sambil matanya berkelip-kelip laju dengan muncung duckfacenya itu.

"Ini bukan seksi... ini seksa." Ayyat terus rebah ke bumi. Badannya menggelupur. Mulutnya berbuih.

Kebetulan bas pun tiba waktu itu. Maka orang lain yang berada di situ mula menaiki bas. Gadis (lebih tepat mak nyah) itu bingkas bangun.

"Asal tegur orang je, pengsan, muntah buih. Mencik ah!" Gadis itu menghentak kaki lantas terus menaiki bas.

Ayyat masih lagi menggelupur. Ejat melangkah mendekati Ayyat lantas bercangkung di tepi rakannya itu.

"Dah la tu... awek tu dah pi dah pun. Bangkit lekaih," kata Ejat.

*****

Sejurus selepas kejadian tempoh hari, Ayyat demam teruk selama sebulan. Meracau-racau. Fikirannya terbayang-bayang wajah gadis itu. Suaranya terngiang-ngiang.

Satu hari, adik perempuan Ayyat yang selama ini yang menjaganya ketika demam masuk ke dalam bilik lalu duduk di sebelahnya. Dia membawa ubat-ubatan yang patut Ayyat makan.

"Abang..." tegur adik perempuan Ayyat.

Ayyat menoleh. Dia terkejut. Apa yang dia lihat bukanlah adiknya. Otaknya membayangkan itu adalah gadis bersuara garau tempoh hari.

"Abang... abang... abang..." Suara itu terngiang-ngiang di telinga Ayyat.

"Tidaaakkk!"

-TAMAT-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Demi CintaWhere stories live. Discover now