1

500 30 4
                                    





Malam ini Sowon dan Puan Kim berdandan rapi. Maklumlah harini mereka akan pergi makan malam dekat rumah sahabat Encik Kim. Encik Kim cakap ada sesuatu yang mereka nak bincangkan sambil makan2 nanti. Sowon pun agak hairan kenapa Encik Kim beria sangat nak ajak dia ikut sekali, padahal dia baru balik dari kolej je. Even pun penat sikit, tapi dia ikut jelah. Lagipun berbaloi juga sebab mereka kan nak pergi makan sekali. Alang2 dia pun belum makan lagi sejak balik kolej tadi.

"Kita nak pergi dinner rumah siapa ni yeobo" tanya Puan Kim saat mereka dalam perjalanan ke sana.

Encik Kim yang sedang memandu itu tersenyum, "Rumah Choi Goohee. Kawan lama saya"

"Oh.." Puan Kim cuma mengangguk faham.

Sowon dibelakang cuma diam sambil meneliti telefon pintarnya. Entahla apa yang dia kusyuk sangat dengan benda segi empat tu.

.

.

.

Beberapa puluh minit kemudian, keluarga Kim itu pun akhirnya tiba di sebuah kediaman yang sangat besar dan mewah. Tentunya sahabat lama Encik Kim ni orang yang sangat kaya. Tengok rumah pun dah tahu guys.

"Woah daebak, besar betul rumah kawan Appa ni" Gumam Sowon Agak teruja.

"Haha biasa la. Mana tak kayanya, dia tu ada banyak syarikat sendiri tau"

Sowon cuma ber-oh sahaja.

Mereka kemudian didatangi seorang lelaki yang boleh dikatakan macam pengawal...eh memang pengawal pun.

"Encik Kim dan keluarga kan?" tegurnya.

Encik Kim mengangguk. "Ya saya"

"Mari ikut saya masuk, Encik Choi dah menunggu didalam"

"Oh baik2"

Lalu mereka semua pun berjalan masuk kedalam rumah besar itu bersama.

"Kim!"

Baru saja nak melangkah masuk, Encik Choi munculkan diri dengan senyuman dibibirnya. Dia bersalaman dengan Encik Kim "lama betul tak jumpa ye"

"Haha ye" Encik kim membalas, "tak silap kali terakhir kita jumpa dulu beberapa bulan yang lepas kan"

"Betul tu, Ah... Mari kita terus ke dapur saya la. Kita makan2 dulu nanti kita sambung berbual lagi. Lagipula ada banyak benda yang perlu kita bualkan nanti" ajak Encik Choi.

Mereka semua kembali bergerak kini menuju ke dapur pula.
Dimeja makan, kini semua sudah duduk dengan selesa.

Mereka mula menjamah hidangan lazat yang ada disitu sambil berbual kosong. Biasa la cuma Encik Kim dan Encik choi saja yang berbual. Tentunya pasal hal kerja, kewangan dan gitu2 saja.

Sowon menatap Encik Choi dan ke beberapa sudut lain dengan aneh. Yang ada cuma Encik Choi sorang. Yang lain tu boleh Agak dah cuma pengawal dan maid.

"Omma, Kawan appa ni takde isteri ke?" bisik Sowon.

"Aish, ada. Tapi dah meninggal beberapa tahun yang lalu"

Sowon mengangguk faham. Kesiannya, kaya dan perfect tapi isteri dah meninggal. Dengan usia yang macam ni, sepatutnya dia perlu ada orang yang jaga. Dah takde isteri kan, Agak2 dia ada anak ke tak la tu.

"Ehem", usai makan. Tetiba Encik Choi berdehem. Membuatkan seisi keluarga Kim itu melihat kearahnya.
"Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin saya cakapkan"

"Apa?" tanya Encik Kim hairan. Bukan dia saja, anak dan isterinya itu juga turut hairan. Ye lah, muka Encik Choi yang tadinya senyum kini nampak agak serius.

"Saya nak minta tolong, maksud saya..." Encik Choi kembali berdehem tak selesa, "kalau boleh saya nak memperjodohkan anak saya dengan anak kamu, Kim"

"HA?" Sowon membulatkan matanya terkejut. Dia kemudian menatap kearah Encik Kim.

Kelihatannya Encik Kim juga sedikit terkejut dengan apa yang diucapkan oleh sahabat lamanya itu.

"Eoh...tapi untuk apa Choi?"

"Macam ni, kamu tahu kan yang saya ni cuma ada sorang anak lelaki, Seungcheol. Dia dah bertahun asyik menetap di LA. Dia belajar, hidup, kerja dan membesar di sana. Sampai tak ingat nak balik sini. Mungkin dia dah taksub jadi orang LA. Walaupun kami selalu bercontact hari2 tapi saya rasa dia perlu ada disini. Kamu tengoklah saya sekarang dah berusia, company saya disini perlu ada yang urus. Saya taknak orang lain selain darah daging saya sendiri yang jaga Kim" Encik Choi menghela nafas.

"Minggu lepas dia ada bagitau saya yang dia nak balik kesini untuk beberapa bulan. So saya plan untuk kahwinkan dia jelah dengan orang sini, jadi dia akan terikat dan terus menetap di sini. Sebab itulah saya panggil kamu Kim, saya tahu kamu ada anak perempuan dan juga kamu adalah kawan saya...jadi saya harap kamu dah faham kan?"

Encik Kim dan Puan Kim saling menatap antara satu sama lain. Mendengar alasan dan penjelasan Encik Choi itu, mereka berasa agak bersalah untuk menolak dan bahkan untuk menerima. Betul juga, Encik choi kesepian dan sudah berusia disini. Anaknya perlu ada di sini untuknya.

Tapi, walaupun macam tu. Sowon adalah satu-satunya anak perempuan mereka. Jika mereka menerima, itu sama saja seperti mereka menjual anak mereka sendiri. Ya even untuk benda baik.

"Emm, beri kami masa untuk fikir dulu tentang hal ini"

Married [Hiatus]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن